Monday, 16 July 2012

Nanti dulu


"Sebab apa? Sebab bila hati tengah berbunga, buruk aku macam mana pun, cantik dimata kau kan? Marah aku sedahsyat mana pun, kau terima sebagai nasihat kan? Itu semua dulu. Tapi sekarang?"


Bukan aku tak percaya. Tapi bila setiapnya perlu 'nanti dulu', buat aku ragu.

Memang cinta itu bukan untuk dimiliki. Atau, mungkin juga bukan hak milik mutlak apa pun biar pun rasa kita satu.

Tapi bila tadi kau kata nanti dulu saat aku mahu pinjam talifon, buat aku tertanya; kenapa kena nanti dulu? 

Jujur, aku tak pernah nak sibuk mengenai privacy. Tapi bila kita sudah kongsi hati, kenapa aku perlu jadi orang disebalik privacy? Tidak. Jujur, aku bukan seorang yang cemburu.

Malah untuk relationship apa pun, hubungan dengan siapa pun, kekuatan pada setiapnya itu adalah percaya. Tapi, entah. Bila aku mula ragu, hati aku banyak yang bisik kata-kata yang mungkin kecil bunyinya, tapi bila lama-lama, rapuh jadinya.

Memang betul kata orang tak baik untuk kita simpan curiga. Tapi bila ia dah bersarang dalam hati, yang kecil jadi banyak kan? Yang bersarang dah jadi rumah kan?

Aku paling tak suka dan jijik untuk jadi pencemburu. Kerna dalam hati disebalik perang, aku luka. Aku taknak. Aku percaya, siapa pun tak mahu. Tapi bila rasa antara aku dan kau, kita tak boleh lari dari itu kan ?

Kemarin waktu kita ke shopping mall, bila talifon kau berbunyi di gengamam aku, kalau dulu aku jawab untuk diberitahu kau ke tandas, tapi kali ini aku biar. Kerna aku tak mahu dikatanya mencerobohi ruang privacy yang kau sendiri anggap itu terlalu penting. 

Panggilan itu bergetar hampir 8 kali. Dan aku takda pilihan lain selain angat. Nama yang keluar disebalik panggilan itu adalah nama perempuan. Tapi bila aku jawab, kenapa suara lelaki? 

"Hello, you kat mana?"


Bila aku tanya ini siapa, dia letak. Kalau kau jadi aku, curiga kau keluar tiba-tiba kan? Tak kau mintak kan?

Lepas kau keluar bilik air, kita terus ke cinema. Waktu itu aku dah tak banyak cakap dengan kau. Kau tahu sebab apa ? Sebab bila aku persoalkan itu dan ini, kau sebut privacy. Malah, kau pernah balas kata, bahwa kau tak pernah nak angkat, dan lihat talifon aku sebab kau percaya.

Persoalannya bukan soal itu. Kalau dari mula-mula kau didik sikap ini seperti ini, aku baik-baik saja. Tapi, bila sekarang benda kecil pun, tak akan jadi kecil. Semua jadi paling besar.

Kau tahu kan, berkasih itu adalah perkongsian? Dan bila setiapnya itu aku mohon masa kau, aku seolah jadi pengemis pada kekasih aku sendiri. Entah kenapa hati aku berbisik kau dah lain, tak sama macam yang dulu.

Mustahil kan bila aku tanya soalan yang kau sendiri jadi hakimnya? Soalan dimana;

"Kenapa you dah tak sama?"

Tanpa soal pun, kalau kau jawab sekalipun, macam peguam bela pertahan diri sendiri kan? Tak adil kan?

"Mana ada. I tetap sama macam you. Yang penting, I sayangkan you. Cintakan you.."

Kau jadikan kata itu 'senjata' tiap kali aku tanya dan mempersoalkan tentang kau disebalik kata-kata yang mempertahankan.

Bila aku marah waktu kita selisih faham, kau kata aku tak faham kau. Memang. Memang aku tak faham kau pun. Sebab bertahun aku bersama dengan kau, seolah hari ini aku baru kenal siapa orang disebalik kekasih aku sendiri.

Sebab apa? Sebab bila hati tengah berbunga, buruk aku macam mana pun, cantik dimata kau kan? Marah aku sedahsyat mana pun, kau terima sebagai nasihat kan? Itu semua dulu. Tapi sekarang?

Tak peduli sikit pun soal rasa dan hati aku. Bila aku marah, kau cakap aku tak faham kau. Bila aku kata 'tak boleh' pada sesuatu yang dulu kau cakap; ok sayang - sekarang kau cakap aku seolah kongkong kau.

Bila semua jalan ke kiri dan ke kanan pun jadi seolah tak kena, kau letak pula soal jodoh. Soal datang semula saat kalau sudah tertulis untuk kita bersama.

Kemudian kau lepas aku seolah aku ini orang yang dilahirkan terpisah dengan hati dan perasaan hanya dengan satu ungkapan: kalau ada JODOH, tak kemana.

Kau biar aku ditepi sambil kau pergi siap-siap untuk terus harungi jalan kau. Sikit pun kau tak toleh aku. Iyalah, siapa mahu laki-laki miskin benda? Dunia sekarang, ada apa dengan cinta?

Terus, aku hadap jalan yang satu-satu kau tak pernah tahu aku terpaksa harungi detik-detik berdikari paling gila setelah bertahun setiap jalan aku bersama dengan kau dulu.

Jatuh air mata saat aku buka laptop lihat gambar-gambar kita, sidai hati sendiri hingga kering. Jadi orang yang paling keras untuk apa pun.

Kemudian, tak sampai beberapa bulan orang lain ambil tempat aku. tempat aku kau tahu? tempat aku! Kau sudah bersama dengan orang lain sedang aku cuba merangkak bagaimana untuk bangun sendiri.

Kau nak tahu, benda yang paling aku kasihan apa? HATI!  adalah HATI aku sendiri. Betapa ranapnya aku jalan hari-hari aku tanpa ada orang yang peduli.

Sedang kau? Boleh berjalan dengan orang yang faham kau, yang mengerti setiapnya kau, yang boleh semati dengan kau,  Tak macam aku. Aku miskin kasih sampai bertahun-tahun aku dengan kau, orang yang tak sampai beberapa bulan dah jadi penghuni dihati kau. Bina kasih baru disetiap susunan batu mahligai kasih dihati kau.

Sedang aku dulu? bina kasih dihati kau dengan papan yang beratapkan zink paling buruk. Bila hujan, habis aku terpaksa cari baldi untuk tutup air yang bocor atas atap. Tapi dalam susah dan usangnya rumah papan aku, paling jujur aku cakap, aku sejuk. Tanpa penghawa dingin pun aku nyaman.

Tapi sekarang tak. Orang baru dihati kau sedang bina banglo paling mewah untuk kau. Bentangkan permaidani merah untuk setiap jalan kau. kan? Nampak sangat aku ini paling murah dalam hidup kau. Tanpa harga hingga paling mudah untuk orang lain ganti.

Macam yang selalu terbisik dalam hati aku sendiri. Orang lelaki yang miskin benda tak pernah dipandang tinggi orang. Siapa pun didunia ini.

Lagi pula, aku bukan siapa-siapa. Orang picisan yang ditepi jalan, kerja pun tak sehebat mana. 

Sudah ditulis jalan paling ranap, kau ingat senang aku nak bina semula kepercayaan? Bukan saja kepercayaan aku pada orang, bahkan kepercayaan aku untuk beri kasih pada orang lain pun dah mati. 

Mahu zuriatkan perasaan? Tak semudah sapu air yang tertumpah atas meja. Tak secepat sidai kain dijemuran waktu pagi, petang dah kering.

Lama. Tapi aku tau kau tak pernah kisah. Sebab apa? Sebab dalam hati kau untuk seorang aku pun dari seratus persen, jatuh menjunam kepada kosong. 

Kosong--

9:50 malam,
15 Julai 2012.


klik: SINI

No comments:

Post a Comment