Wednesday 29 February 2012

Kelemahan terbesar dari seorang manusia adalah keengganan mengatakan Cinta pada org yg dicintai, disaat mereka masih hidup. --Optimus Prime

Monday 27 February 2012

Hidup adalah pilihan. Terkadang untuk membuat pilihan, kita lebih bahagia memilih jalan yang kita pilih. Tapi merasa sakit bila jalan yang kita pilih itu, harus korbankan hati orang lain. --BSA
Kita akan peroleh nikmat hidup,
melalui kesulitan.

Kita akan gengam kejayaan,
melalui kegagalan.

11:38 pagi,
28 Februari 2012.

Jadikanlah aku ini pilihan yang terakhir. Kerna aku tahu, aku tidak ada apa. --BSA

Sunday 26 February 2012

Biar jauh,
Tapi kita rasa dekat.

Jangan kita dekat,
Tapi rasa menjauh.

--BSA
7:38 malam,
26 Februari 2012

Anggun bertanya

"Papa?"

"Ya sayang"

"Kenapa papa tulis 'manusia yang tertunda' pada 26 Februari 2012 di status BBM papa?"

"Kerna, tiada siapa pandang kita kalau kita bukan siapa-siapa"

:)

Kalau aku pencil,
Kau adalah kertasnya.

Kalau aku tulis,
Mereka diluar sana jadi pemadamnya.

--BSA
6:50 petang,
26 Februari 2012

Saturday 25 February 2012

Lebih baik tak mengenali dari mengenali, tapi terus menghakimi. --BSA
Aku selalu merasakan dunia ini kecil kerna kemana saja aku aku pergi, kau ada. --BSA

Thursday 23 February 2012

Manusia selalu merasakan bahwa seseorang itu ada harga bila dia sudah tiada. --BSA

Wednesday 22 February 2012

TADAH TANGAN: Tuhan, restui jalan ini. Walau aku tahu berjalan sendirian tanpa ada yang pimpin tangan itu payah. Tapi kalau kau ada dimana-mana, aku percaya kau membantu. --BSA
Buat apa kita tahan gelora air mata sedangkan ia diciptakan bukan untuk ditahan? --BSA
Biarpun aku dikecewa lagi untuk hari mendatang, aku tetap bersyukur. Kerna dari situ, aku menemui kesempurnaan hidup. --BSA

HUKUM

Dihukum manusia, hanya dengan BARIS KATA bukan tingkah.

Sungguhpun tingkah itu sengaja dimulai dengan langkah kiri,

kau, dia, mereka, bukan wakil Tuhan untuk menjatuhkan hukum manusia.

--BSA
7:51 malam,
22 Februari 2012.

Monday 20 February 2012

Laut dimata kamu itu lebih mendalam dari kata-kata. Dan air mata yang melaut itu sudah cukup terkesan tanpa tingkah. --BSA
Biar kalah dimata mereka, janji kita menang dihati sendiri. --BSA
"Kalau dia itu seorang perokok, itu maknanya dia tidak langsung peduli dengan kesihatannya sendiri. Terus, kalau dia tidak jaga kesihatannya, bagaimana dia mahu lindungi saya? " -Tia Rizqi Aulia
Rindu itu berat, cinta itu tak nampak. --BSA

Sunday 19 February 2012

Terima kasih tolak aku. Kerna aku mungkin tidak akan menemukan kesempurnaan hidup tanpa penolakan itu. --BSA
Biar kita tak rapat tapi kau ada. Jangan kita rapat, tapi nanti kau hilang tiba-tiba. --BSA
Kita bertemu atas nama PATAH bersama, jika bersama atas rasa ingin cuba lagi. --BSA

Saturday 18 February 2012

Tolong lah mat salleh sikit. Kurangkan mengumpat yang macam mat salleh.
sarapan dengan papa, roti canai telur bawang. Nyummy!
Kita akan bertemu dengan undang-undang cinta jika kepercayaan antara kita itu semakin pudar. --BSA
Melihat sedalam lautan atau luasnya landasan langit; ingin aku mohon untuk ditempatkan aku kesana. Dilangit biru semata untuk memerhati bagaimana langkahmu dimana kita terpisah antara laut, sekarang. --BSA
Dengan beribu titik air mata yang jatuh atas sejadah dengan setiap keluh yang kau kisahkan pada dia, dengan berjuta selawat yang setia, dia juga tahu arti kasihan dengan dugaan yang dia beri. Cuma satu: jangan pernah berhenti untuk bercinta dengan dia, si pencipta kita. --BSA
Diangkat tinggi pada rasa pertama, dibuang jauh pada rasa TAK MAHU. --BSA
Sudah diberikan kita dulu arti susah untuk belajar, dan kemudian diberikan kita nikmat kutip bahagia selepas belajar, dan itu adalah kebahagian hidup sebenarnya. --BSA
Kesat air mata, lautan manusia masih ada. --BSA
Berapa orang yang sudi luang waktu dengar cerita kita saat kita perlu bahu seseorang? Berapa kerat orang yang sudi buang 10 sen SMS untuk dikirimkan pada kita untuk bertanya khabar atas nama seorang kawan dengan; hai, bagaimana hari mu? . Atau menelifon semata tanya; kamu sudah makan? --BSA
Terbangkan hasil karya papa. Anggun rindu papa :'(
Jangan dirunsingkan KENAPA relationship kita seperti ini, sebaliknya cari makna dan fahami disebalik kata BAGAIMANA untuk kita pulihkan relationship ini. --BSA
Senyum sambil tenangkan lah hatimu dengan; Tuhan itu menciptakan manusia dengan kekuatan kudrat yang paling tinggi. Jadi kenapa kita harus lemah ya? Kenapa kita harus menyerah sebelum lawan ya? --BSA
Doa, Tuhan tak pernah tidur. --BSA
Untuk apa kita beri 100 persen cinta kita sedangkan kita sendiri tidak tahu adakah yang kita laburkan ini adalah jawapan kepada persoalan yang tidak pernah sudah walaupun kita sudah bernikah? --BSA
Jadikan rintik hujan itu, denyutan nadi cinta saya. --BSA
Kita terlalu muda untuk jaga setiap langkah dia, sedangkan langkah kita juga belum cukup sempurna untuk dipelihara. --BSA
"Kau ingat nak lupakan kau, semudah hapus tulisan pensil dengan pemadam?" --BSA
"ok kan? Boleh senyum kan? Walau terpaksa kan? Apa boleh buat. Semua pun hadap benda sama. Kan? " --BSA
ia akan berulang hingga satu saat terpahat; PENAT. Paling dahsyat; aku lelah hadap semua ini. Sampai bila? --BSA

1:08 malam,
19 Februari 2012.

Tuesday 7 February 2012

"..if I were you, saya tak akan. Sebab I tahu, semua orang pun tak setuju.."

Friday 3 February 2012

Fav brand papa Fred Perry sekarang ada sale 50% di tangs Pavilion.

Sujud disetiapnya

Untuk dibuka jalan,
Diberi waktu paling tenang,
Dimurahkan setiap yang datang
Setiap waktu.

Dengarkan.

Thursday 2 February 2012

"Go ahead. Sebab you sudah suka. Lagipun, ini tak bertentangan dengan agama.. Jadi, go ahead.." JUN

3:06 petang,
3 Februari 2012.

"..Simpan duit untuk 3 tahun. Stress takpa, 3 tahun saja. Untuk rumah, kereta dan isteri. Lepas 3 tahun, tukar kerja. Cari kerja yang tekanan kurang sikit.." - JUN

3:02 petang,
3 Februari 2012.

"Suami, aku mohon ampun untuk tiket ke syurga..." -BSA

Wednesday 1 February 2012

Selamat pagi. Apa ni org bawah ni pagi2 main mercun?
Sebenarnya, adalah nikmat bila kita tulis pendek-pendek macam ni.
Dah pukul 3 pagi, dan aku belum tidur. Besok pagi2 dah kena keluar rumah. Jadi, selamat tidur.
Anjing kat bawah rumah ni vodo la. Orang tengah online, dia gong gong nampak hantu pulak. Dem!

Denyut nadi ibu


Ibu,

terima kasih kerna lahirkan Anggun.

papa,

terima kasih kerna tak kenal apa itu arti jemu.



hai

saya anak papa yang kadang-kadang kasar macam lelaki. Selamat berkenalan. Jangan macam-macam dengan saya ok. Papa saya pahlawan! kang ini makan dy *penumbuk*