Sunday 30 September 2012

Kertas dah rabak,
Takkan ia kembali cantik lagi.

Curang sekali,
tak mustahil dua kali.

PERGI !

--BSA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Pada orang yang sama, mungkin setiapnya itu sudah tak sama lagi: PECAH. Untuk yang lainnya: aku sedang diam menanti bahagia, pada janji jalannya. --BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Barai dah hati ni. Ranap dah jiwa ni. Pecah dah semua kepercayaan yang kau bagi. Sekarang, kau bla.." --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jangan dihitung tentang berapa lama kita bersama. Tapi selam, adakah kita bahagia pada jalan kita: Sekarang. --BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jangan terlalu menjaga, jalannya sudah ditulis: ada. --BSA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Kita akan ditinggalkan, sepertimana kita meninggalkan. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Bukan kita taknak positif. Mungkin sebab sebelum ini semuanya 'game' buat kita negatif. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 28 September 2012

Jangan hanya minta aku untuk memahami selain dirimu yang langsung tidak beri ruang untuk aku mengerti. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuhan, aku mohon. Andai yang tertulis dari Kau itu boleh dipadam, aku mahu gantikan sepertimana rasa aku sekarang.
Aku mohon agar rasa ini sebagai rasa pemula yang tersesat dalam menemui jalan akhir.

Semoga ia sentiasa bermula, tidak berakhir.

--BSA

--
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 27 September 2012

Mungkin apa yang buat kita cemburu, adalah kerna kita sendiri tidak syukuri apa yang kita miliki; sekarang. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 26 September 2012

DIAM

Diam.

Orang yang diam,
lebih seram dari orang yang bercakap.

Yang bercakap,
kita boleh baca apa yang ada dalam hatinya.

manakala yang diam,
kita tak tahu apa yang berbisik dihatinya.

Diam.

Biar aku diam,
Biar mereka bercakap,
Biar Tuhan buat kerja dia.

Maka;

Aku Diam lagi.

Lagi,
Lagi,
Dan lagi.

Diam.


--BSA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 25 September 2012

'Hidup ini kalau kita diam, memang selalu kena pijak.." --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday 24 September 2012

Tak Sama

[Setelah tulisan Nanti DULU yang telah diklik hampir 6 ribu view, saya persembahkan lagi tulisan rentak seperti itu di blog. Tulisan NANTI DULU diantara tulisan yang berada di top list blog BSA. Sekarang saya mempertaruhkan tulisan judul TAK SAMA. Semoga tulisan ini akan di share dan diterbangkan seperti mana entri NANTI DULU. Buat pembaca BSA, Selamat Membaca!]


KADANG-KADANG aku fikir, aku tak pernah kenali kau hari ini. Kadang-kadang aku fikir, aku berkenalan dengan 'sikap' bukan sifat untuk seorang kau hari ini.

Kerna terlalu manis pada jalan pertama, aku selalu tanya dalam diri adakah ini lumrah untuk manis pada jalan pertama?

Atau,

setiap yang dipanggil cinta itu adalah lumrah diawal manis hingga menemukan keadaan yang kita sendiri sering tertanya-tanya;

"kenapa hari ini seolah tak sama seperti mula-mula ?"

Puas aku jadi seorang perawat buat hati sendiri untuk yakinkan pada diri sendiri setiap jalan yang terbentang sekarang ada jalan keluar seperti orang-orang lain yang kecapi kebahagiaan yang maha.

Tapi, setiap kali hati aku bermain dengan emosi yang aku sendiri tak mahu, aku jadi seorang yang paling putus harap. Aku tahu, itu salah.

Jadi seorang penghukum bagi setiap relationship sekarang, bagi aku pemula adalah pemula. Bukan penyambung bagi setiap pemula, iaitu kebahagiaan.

Aku telah korbankan banyak hati hanya kerana aku sendiri tak yakin dengan apa yang aku lalui. Dengan orang itu, dengan orang ini, dan akhirnya aku tak boleh. Perasaan aku tak boleh tinggi.

Aku selalu berdoa agar Tuhan kasihan dengan aku tanpa ada karma dengan setiap korban jiwa yang telah aku buat. Kecewakan hati orang, beri harapan pada orang, tapi aku sendiri tak mampu hanya kerana aku terlalu mencari bahagia.

Betul kata orang. Bercinta saat hati bersedia, bukan bercinta saat rasa tengah sunyi. Jalannya memang takkan pernah kemana.

Tapi, sekurang-kurangnya aku cuba untuk cari kebahagiaan aku sendiri. Aku cuba untuk tetap mahu seperti mana mereka diluar sana. Kerna aku sendiri kosong, sepi sejak kau tinggalkan aku.

Sejak hari itu aku tertembak dengan lafaz tak mahu kau. Aku rasa terkorban. Tubuh aku kaku. Separuh jiwa aku mati. Bagaimana lagi untuk aku jalan kalau sebelum ini setiapnya itu aku dan kau bersama?

Bila jiwa aku mati, rasa aku punah. Untuk aku bangun dari ranap itu, jalannya terlalu payah. Sebab tak pernah aku bayang yang aku akan ditinggalkan seperti ini; patah.

Tak pernah aku bayangkan yang aku sudah tak dipeduli oleh orang yang aku terlalu sayang sepertimana mula-mula. Dulu, jangankan kata demam, pening kepala aku pun kau kelam kabut cari ubat.

Sebab apa? Sebab waktu itu kau masih rasa mencintai. Dikala itu, kasih kau pada aku tak boleh kira. Kalau tanya;

"Awak sayang saya dalam mana?"

"Seperti dalam dilautan"


Bila diberi perumpamaan, macam gula dalam balang. Macam helaian rambut manusia yang beribu tak boleh kira tu. Jadi, setiap yang aku lalui bersama kau itu dulu tak pernah kau anggap itu remeh. Semua prihatin belaka.

Ucapan selamat pagi aku, makan tengah hari aku, makan malam aku, malah selamat malam aku pun dulu kau selalu anggap itu penting. Kata kau, ucap selamat pagi tanpa selamat malam itu tak lengkap.

Tapi bila waktu cinta kau dah habis rasa best, dah sedut rasa manis semua, mula dibisik hati kau aku ini dah tak ada apa. Jangan nak kata talifon, sms pun dah jarang. Balik-balik dengan alasan yang selalu aku telan; sibuk, Sibuk, sibuk.

Kasihan. Aku kasihan sebenarnya dengan hati sendiri. Waktu kau tolak aku sekalipun, aku tak mempeduli apa pun yang aku hadap. Tetap aku merayu untuk kata jangan tinggal aku. Tetap kata jangan pergi dari aku. Murah rasa aku sebagai seorang perempuan. Tapi, aku dah tak pernah kisah itu semua. Sebab aku terlalu sayang kau.

Kalau hati ini boleh menjelma tiba-tiba depan mata, jujur. Aku tahu, itu parah. Membayangkan saja sudah cukup ngeri.

Payah. Aku rasa, mungkin aku ditemukan dengan ramai yang setiapnya itu salah, hingga aku dilihat jadi seorang pengemis untuk kasih orang.

Sudah tertulis setiap manusia itu nikmatnya adalah bila kita berkongsi, sudah ditetapkan kebahagiaan itu ada untuk setiap manusia yang pijak bumi ini, aku tak mahu terkecuali. Aku tetap mahu rasa kebahagiaan itu. Seperti orang lain.

Sekarang, aku hanya bergantung pada doa. Aku cuba untuk jadikan itu senjata paling hebat dalam bunuh emosi dan bisikkan syaitan yang selalu bermain dihati.

Pelan-pelan, aku bangun. Dengan rasa hati-hati aku jalani hari aku. Kerna aku tahu kalau aku terus kecewa begini, Tuhan boleh jadi benci dengan aku.

Kalau aku tetap bersedih untuk jalan yang telah ditulis, itu tak redha namanya. Dan bila tak redha dan berserah, sampai matipun aku tak bahagia.

Sekarang, aku telah berserah pada jalannya. Aku tahu, Tuhan dengar. Aku yakin, Tuhan kasihan.

Aku tetap mahu seperti manusia lainnya;

'Bahagia'

Aku tunggu adam paling hebat dari syurga ilahi untuk aku. Kerna itu adalah janji Tuhan yang tak akan pernah erti mungkiri.


4:48 pagi,
25 September 2012.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bila jadi jujur,
Orang tak suka.

Bila jadi baik,
Kena pijak.

Bila diam,
Dilayan macam orang bodoh.

Bila kita dah cakap,
Sentap!

--BSA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baik kita,
Diingat hanya satu hari.

Cela kita,
Diingati sampai mati.

--BSA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 23 September 2012

dan sedar kita, bila dia sudah tidak ada. Seolah HILANG sesuatu yang pernah kita ada. --BSA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ANGIN MALAM

andai hujan lagi malam ini, angin yang mendayu itu adalah angin rindu dari aku untukmu. Nyaman lah disana biarpun malam ini malam sayu tanpa aku. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Orang disebalik orang

Kita tak akan pernah nampak BAIKnya orang kalau takada orang lain yang mengantikan tempat dia.

Dan apabila ada orang yang menggantikan tempat dia, baru kita sadar bahwa dia adalah orang yang paling baik pernah kita miliki.

Tapi sayang, sepanjang dia ada dalam hidup kita, kita langsung tak pernah wujudkan dia nilai dalam harga pada setiap titis peluh yang mengalir ditubuhnya, biarpun dia telah bertembung dengan pelbagai tragis keadaan.

Dan waktu itu, kita mula rasa menghitung betapa mahalnya dia, saat dia sudah tidak ada.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 22 September 2012

Relationship

"Dalam relationship dengan siapa pun, antara alasan kenapa kita tak mampu bertahan untuk tetap terus akrab adalah kerana EGO diri sendiri yang langsung tak bawa kita kemana. Malah yang ruginya adalah kita, yang menangnya adalah musuh kita" --BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Kenapa kita tak meringankan jalan antara kita untuk kesana?" --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

WAKTU

Orang yang hanya kritik tanpa melakukan apa-apa untuk generasinya, dia akan ditinggalkan waktu. Malah dalam sejarah sekalipun, dia dilupakan. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 20 September 2012

JANJI

"Aku tak marah. Cuma rasa lucu. Orang yang slalu berjanji ini ibarat ludah tinggi-tinggi, kemudian jalan. Satu saat, air liur yang dia ludah tinggi melangit tu terkena dimuka sendiri sebab dia pun lupa, bahwa dia pernah meludah. Jijik kan? Kita sakit hati kan? Tapi, siapa yang peduli?" --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PANAH

Kirim salam panah padanya. Kalau ditanya panah kemana, bilang padanya; Panah ke hati. --BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
orang yang bangun dari tidur lalu memikirkan tentang harapan semalam, itu sama mendidik hari kita ini dengan; MATI. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Plastik

"Bila hati kau dah barai dengan perangai manusia, baru kau tahu manusia itu macam mana. Plastik!" --BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HUKUM

Dunia akan hukum hanya kerana salah dari kita.

Sekecil apa pun.

hakimnya,
adalah manusia.

Tapi,
Cuma hanya didunia kan?
Bukan diakhirat sana kan?

Jadi,

untuk apa kita merasa terhukum pada mereka yang sama juga seperti kita?

Dimana ia;

'Manusia disebalik manusia'

--BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HARGA

Harga kita dinilai,
selepas kita pergi.

Diri kita dihargai,
selepas kita jauh.

--BSA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HATI

"Sebab hati setiap manusia itu tak nampak. Kalau Tuhan tunjuk hati aku serupa apa, aku yakin kau tentu tak jadi macam tu.." --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bila

Tidak ada siapa peduli bila kita buat baik. Kerna ramai yang lebih ambil peduli bila kita dikata; Tak Baik. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"buat apa jaga hati orang yang langsung tak pernah nak jaga hati kita?" --BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HIDUP

"hidup seberat apa pun, tetap lah terus jalan. Diluar, ramai yang mahu lihat kita terjatuh dari berdiri.." --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 19 September 2012

BERCINTA

Kita bertemu,
atas rasa PATAH bersama.

Kita bersama,
Atas rasa ingin lagi.

--BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 18 September 2012

SIBUK

Tuhan tak pernah sibuk.

Biarpun DIA banyak kerja,
DIA selalu ingat kita.

Tak macam kita,
Yang tak sesibuk mana,

Tapi kita lupa DIA.

--BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

AIR MATA

Jatuhkan saja air mata. Kerna itu adalah cara yang boleh mereda. --BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BENDA MATI

Dalam banyak-banyak benda mati, aku nak jadi jam tangan kau. Kerna aku tahu, setiap waktu kau itu, kau akan lihat aku. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jangan ikat, lepaskan. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday 17 September 2012

RASA

Ada apa dengan rasa?
Yang jelas kenal mati.

Ada apa dengan lafaz cinta?
Kalau reti ungkap, tapi tak memahami?

--BSA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DINGiN

"Saya nak.."

"Nak apa?"

"Button restart"

"Macam mana?"

"Macam kali pertama awak talifon saya.."

--BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KARMA

Lebih baik ditinggalkan,
Dari meninggalkan.

--BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

CAHAYA

Lihat bintang diatas sana,
ia hilang satu.

Lihat cahaya disebelah awak,
ditemukan bintang yang hilang itu.

--BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 16 September 2012

RINDU

Terkadang kita sudah habis TAK TAHU bagaimana lagi untuk kita bagitahu dia, bahwa dalam hati ini, yang kita paling rindu adalah dia. --BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

RINDU

RINDU

Moga dihadirkan kamu dalam mimpi malamku,

Agar dikhabarkan pada aku;

"Kau sedang merindu"

--BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HILANG

Senang je cakap.

tak layak untuk you,
tak layak untuk you,
tak layak untuk you,

Habis tu,

kenapa masa dulu tu fikir layak?

Kenapa masa mula-mula tak cakap;

"I TAK TERBAIK UNTUK YOU ?!"

Sebab apa?
Sebab dah habis rasa best? Dah habis rasa suka?
Dah?

Lepas tu,
nak balik.

Lepas tu,
Aku pun terima balik.

Lalu,
kau buang lagi,

Kemudian;

"KAU HILANG"

--BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 15 September 2012

Oh ya?

"Manusia ni, bukan setakat lupa apa yang dia pernah kata. Janji dia pada diri sendiri pun dia boleh lupa.." --BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 13 September 2012

PUISI

"Boleh karang satu puisi untuk aku?"

"Kenapa puisi?"

"Sebab itu adalah satu-satunya suara dari hati"

--BSA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

GAGAL

Alasan paling gagal: Bila berjanji, lalu mungkiri. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HUKUM

manusia makhluk,
bukan Tuhan.

Jiwa kita hidup,
dari Tuhan.

--BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MASA

"dalam bisik hati ini, kita sebenarnya telah banyak habiskan waktu memikirkan orang yang tak pernah fikirkan kita.." --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 11 September 2012

HIDUP

Bangun dengan sendiri tanpa tidak lagi mempersoal KENAPA? Malah jerit kuat-kuat hingga tertembak didada dengan ungkapan; TAK APA! TUHAN ADA! --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SATU JANJI

Biar serabak mana pun hati kita terguris,

Biar sedalam mana pun luka tertusuk angkara kecewa,

Biar sekusut mana pun situasi yang datang, Kita hadap dengan menerima.

Pujuk hati;

"karma itu tak terkecuali. Kerna itu adalah satu janji."

--BSA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday 10 September 2012

KEKASIH

Kekasih,

Jangan jatuhkan air mata,
Aku masih ada.

Kekasih,

Walau dunia ini tak pernah berhenti biarpun sesaat,

Aku masih ada.

Kekasih,

Segarkan hati setiap kita tentang harapan dan cita-cita,

Kuatkan jiwa setiap kita dengan ungkapan tetap bersama,

Agar ia menjadi tembok kekuatan buat sekaliannya orang yang tak pernah berhenti untuk iri.

Kekasih,

Andai diizin Tuhan untuk dipinjamkan aku bernafas didunia yang penuh plastik ini, aku tetap berani untuk hidup sejuta tahun lagi.

Agar dapat aku sempurnakan yang tertunda itu menjadi realiti.

Agar kau tak disakiti orang-orang lagi.

--BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 9 September 2012

IRI HATI

Saat musuh kita berduka, adalah saat kita bisik pada hati kita sendiri dengan ungkapan; TAK APA! --BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

IRI HATI

Saat musuh kita berduka, adalah saat kita kata pada hati kita sendiri dengan; TAK APA! --BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DUNIA

"Dunia ini bukan syurga untuk kita nikmati setiapnya itu bahagia.." --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DISEBALIK WAJAH MANUSIA

"Kesedihan tak pernah terkecuali. Ia sering datang dan pergi bukan untuk jadi seorang yang paling tak terdaya. Tapi jadi seorang yang sedayanya untuk terima setiap ada yang terbentang didepannya..." --BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HARAPAN

"Terima kasih awak. Untuk selamat pagi, selamat malam, dan kemudian terus hilang" --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HARAPAN

Harapan dari persoalan yang tertunda, adalah kekecewaan. Dan hidup itu, tak pernah ada kepastian. --BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 8 September 2012

PERASAAN

Bergelut dengan rasa tak mahu, kerna setiapnya itu seolah tak mengerti aku. --BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DUNIA

Kalau baik,
Ditipu.

Kalau jahat,
Dibenci.

--BSA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 7 September 2012

BERJUANG

Dunia tak kejam.

Dalam lelahnya jalan tiap hari kita dipukul ombak siang malam kita, kita tetap ada perhentian.

Perhentian,

Semata hanya berhenti untuk 'minum air'

kerna sedasyat mana pun ujiannya, kita masih diberi kesempatan untuk itu.

lalu terus berjuang.

Kemenangan kita tak nampak disini,

tapi disana.

Tetaplah terus berjuang!

--BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BAZIR

Buat apa kita buang waktu pada orang yang cuma pandang kita hanya dari tepi? --BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DUNIA

Tidak ada pancaroba kalau tidak lalu jalan orang tepi yang dengki. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 5 September 2012

REDHA

Tuhan,

Sudah sedayanya termampu.

Sekarang
Redha dari aku

Untukmu.

--BSA



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KEADAAN

Jangan kata ADA kalau diri sendiri tak pasti samaada boleh ADA, sesulit keadaannya. --BSA



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 4 September 2012

Doa Buat Kita

"Percintaan itu indah. Lebih indah sesulit jalannya." --BSA

Sayang,

Tak perlu kau ungkapkan kata cinta untuk menyakinkan setiap apa apa pun rasamu. Aku sudah cukup rasa yakin bahwa hatimu itu sudah terisi dengan setiap rasa ketulusan.

Sayang,

Aku diantara jutaan lelaki yang punyai harapan menjadi suami mu. Apalagi kau dilahirkan dari rahim seorang wanita yang gagah dalam berjuang untuk hidup seperti sekarang.

Aku merasai penderitaannya detik ini. Terpaksa jauh dari berkasih bersama papamu. Terpaksa menyimpan rasa rindu dalam laci hatinya seakan sendu.

Sesekali, dilepaskan hangat rindunya ditalifon. Kadang-kadang, dihempaskan rindunya melalui tiket kapal terbang yang membawa dia sejuta kebahagiaan pada bahu suaminya.

Sayang,

Ibumu cantik, persis hatinya. Wanita yang kaya dengan cinta, sepertimana yang diceritain oleh ibumu padaku tentang satu kisah bulan malam.

Bagaimana bulan itu menjadi saksi cinta ibu dan papamu saat muda mereka, hingga diterbangkan khayal penyatuan abadi cintanya sekarang. Betapa ia menjadi simbolik atau lambang cinta agung mereka hingga kini, bersaksikan bulan malam.

Sayang,

Ibumu romantis. Dikirim lagu-lagu indah buat papamu yang jauh harus bertugas dari Medan. Ditulis pada wall facebooknya tentang rindu seorang penagih kasih, dan dikirim bunga diatas meja kantor saat papamu menyambut ulang tahun.

Kalau sudah ada sifat setia yang ada pada ibumu, berjuta tahun sekali pun dunia ini berjalan, tak akan merubah sifat seperti mana yang diukir Tuhan dari ketulan zarah, hingga membentuk seorang manusia sepertimana ibumu.

Sayang,

Percintaan itu indah. Lebih indah sesulit jalannya.

Sayang,

Aku tahu memilikimu bukan hal yang mudah. Apalagi sekarang kita harus melalui penantian yang lama. Perjuangan pancaroba dan juga ranjau yang bagai lautan. Entah kapan datang ombak besar yang gila memukul kita itu, tak ubah seperti teka-teki yang selalu datang dengan misteri. Itulah hidup.

Sesekali kita dipukul ombak tanpa kita tahu harus dimana tangan ini memegang puncanya. Sesekali hati kita hujan hanya kerana rasa cemburu yang berat dan buta, atau apa pun ranjau bersamamu, itu tidak mudah.

Sepertimana yang kau bilang kepadaku tempoh hari. Cintamu yang kau serah itu adalah kerana aku ini AKU, dan ungkapan dari aku itu juga sama. Cinta ini ada kerana kau itu adalah KAU, maka itu kita bersama sekarang.

Sayang,

Kita bina mahligai singgah sana pelan-pelan untuk kita. Kita dirikan mahligai ini dengan iman dan cinta. Maka ruang dalamnya adalah kerinduan untuk tetap rasa ingin membangun dan membina.

Bila setiap niat kita itu ikhlas dalam mendirikan satu masjid indah buat kita, Tuhan itu sering jadi jambatan penyambungnya. Aku yakin sekali dengan itu.

Aku percaya akan ajaiban doa buat ilahi. Memohon hanya dengan keikhlasan sejujurnya dalam hati kita. Meminta hanya pada jalannya. Aku optimis bahwa manusia itu adalah mahluk yang digerakkan Tuhan punyai hati nuraninya.

Biarpun dilafaz berapa tahun pun penantian, biarpun susah bagaimana pun jalan menuju ke mahligainya, optimisnya aku itu, hanya doa pelembut untuk setiap hati dan pemudah buat setiap jalan yang kita harungi.

Sayang,

Tiap waktuku tidak pernah putus untuk mohon agar dikirim aku seorang bidadari dari syurga-nya. Aku tidak pernah putus doa agar diberdirikan seorang yang tulus hatinya turun ke dunia untuk hidup berjuang bersamaku.

Hidup tidak mudah dengan mengharugi segala macam hanya dengan satu jiwa. Lalu, aku pupuk dan tanam ke jiwaku sekarang bahwa dia sudah berteman seperti mana lafaz dirimu malam itu;

"Disebelahmu kini, ada jiwa yang hidup. Bukan lagi laptop yang tidak bernyawa"

Sayang,

Aku percaya dan yakin dengan setiap ketentuannya.

Akhirnya, Tuhan temukan dirimu dari jutaan orang didunia ini buatku. Bidadari yang turun dari syurga melalui doa-doa yang aku kirim tiap waktuku.

Aku bersyukur menemuimu dalam kesesatan aku bertemu banyak orang. Seperti yang selalu aku bilang, matamu sudah cukup khabarkan apa pun rasamu.

Sayang,

Ketulusan itu adalah hal yang paling sulit untuk kita peroleh. Rambut mungkin sama hitam, tapi jarang selari dengan hati. Wanita yang berjilbab, tidak semua hatinya sesopan dengan pemakaiannya. Apalagi sekarang ini dunia bergerak laju yang aku sendiri tidak tahu destinasinya itu berhenti dimana? Tapi tujuan hidup, tetap sama. Berjuang.

Sayang,

Andai diizin Tuhan aku menjadi seorang lelaki penjaga amanahnya untuk memeliharamu, akan aku peliharamu dengan iman dan cinta. Kerna zahirnya perempuan itu, cukup hanya kasih, perhatian dan setia.

Sayang,

Tidak ada yang lain selain aku minta itu adalah doa buat kita. Aku mahu kau dan aku mohon agar Tuhan kasihankan kita untuk berjuang didunia dan juga diakhirat nanti bersama-sama.

Agar disempurnakan hidup itu: berpasangan. Dan pasangan hidup aku itu, adalah dirimu. Zuriat dari ibumu yang tulus hatinya.

Sayang,

Berdoalah.
Doa buat kita.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone