Wednesday 25 July 2012

Jangan hukum setiap keadaan hanya kerana kita pernah jadi mangsa keadaan itu. --BSA
Diangkat tinggi pada rasa pertama, dibuang jauh pada rasa tak mahu. --BSA

Tuesday 24 July 2012

Ungkapan dari bibir terkadang tidak sama seperti hati yang berbicara. --BSA
Sudah tulis kita hidup berpasangan. Ajal menjemput tak sempat pun, diakhirat sana kita ada jalan. --BSA
Aku tak mahu jadi kenangan. Aku hanya mahu jadi keabadian. --BSA

Rasa Pertama

Jangan terbangkan rasa pertama terlalu tinggi.

Kerna kita sendiri juga tidak pasti sama ada ia akan kekal tinggi, atau separa mati.

4:47 petang,
24 Julai 2012.
Perjuangan hidup adalah dimana kita mampu bertahan setiap yang diberi, kemudian cuba utk memberi yg baik, biarpun yg diberi itu pahit. --BSA

Friday 20 July 2012

Berhentilah bermain bunyi. Nanti hati aku tercuri. --BSA
Merasakan kekurangan seseorang lelaki itu dilengkapi dengan hadir seorang wanita. --BSA
Tumpahkan setiap resah pada lembar putih paling suci, seperti sucinya hati setiap kita. Jangan pernah simpan setiapnya dalam hati, agar ia tidak didik dendam yang akhirnya menyakiti. --BSA

Thursday 19 July 2012

Wednesday 18 July 2012

Rama-rama

Rama-rama itu ditakdirkan untuk terbang. Kalau itu memang kita punya, jauh mana pun dia singgah ke bahu orang, akhirnya dia akan tahu jalan pulang bagi tempat tinggalnya dimana. --BSA
Ceritalah walau resah bagaimanapun.

Hidup ini bukan untuk menahan,
tapi meluahkan.

--BSA
"Bila nak, cakap saya cintakan awak. Bila dah taknak, cakap saya bukan terbaik untuk awak.." --BSA
Faham.

Takpa,
pelan-pelan.

Macam yang awak cakap;

GAGAH.

Tapi disebalik jaga hati orang,
kadang-kadang kita perlu kasihankan hati sendiri.

Kerna disebalik ucap bibir kata gagah kita, tak sama dengan hati kita yang berbicara.


--BSA
9:47 malam,
18 Julai 2102.

Hakim antara kita

Hai Tuan Hakim,

Adakah sayang dan kasih kau sama seperti dulu?

Atau sekarang ini kau mahu bicarakan soal jodoh?

Menjatuhkan hukum antara kita, untuk lari dari serba salah keadaan setelah bertahun-tahun semai harapan?

Tuan Hakim,

Adakah kau tahu makna disebalik harapan itu, adalah kekecewaan?

--BSA

9:29 malam,
18 Julai 2012.
Setiap orang itu ada jalannya. Kalau sudah bukan masanya, kita cepat-cepat ni mahu kejar apa sebenarnya? --BSA
Takpa.

Untuk apa kita bersedih pada jalan yang telah tertulis ?

--BSA
"Jalan yang tertulis telah ditetapkan. Tapi kalau tiap waktu kita doa, Tuhan kasihan. Faham kan maksud saya?" --BSA

Tuesday 17 July 2012

Disitu ada harapan. Disitu ada keinginan. Manusia perlu itu. Tapi terkadang bila melewati itu, kita harus lalui satu fasa: iaitu ranjau. --BSA
Izinkan aku bersandar dibahumu sebagai destinasi terakhirku, setelah aku lelah dalam bergelut dengan emosi dunia yang gila. --BSA

Monday 16 July 2012

Keramaian

Dalam keramaian orang yang ada hari ini, dimana setiapnya itu senang ada disamping kita, hingga kita sendiri tak cukup daya untuk ingat satu persatu nama, kita akan disentapkan dengan hanya satu dua orang.

Ia adalah orang yang tak pernah ada saat kita senang, dan membantu kita saat kita susah.


--BSA
1:39 Siang,
17 Julai 2012.

Perasaan terpendam

Dalam berjuta lelaki, aku tak tahu kenapa dia. Kalau ditanya tentang sosok kedudukan, dia bukan orang kenamaan.


Aku suka dia. Dan ya, satu dalam berjuta-juta. Tiap pagi perkara yang paling aku dulukan, adalah lihat iphone. Dan ya, tiap pagi aku selalu kecewa kerana jarang dapat ucapan selamat paginya.

Bertahan, aku lantakkan untuk tidak mempeduli tentang kata umum; Perigi cari timba. Tapi kalau hati aku sudah suka, bilang saja apa. Aku tetap suka.

Pertemuan 2 minggu lepas masih segar. Satu perkara. Yang buat aku tewas adalah alunan suara dan layanannya. Begitu buat aku seolah dilindungi oleh seorang pahlawan paling gagah. Didunia.

Kami baik, hubungan kami rapat. Dan setiap kali aku keluar mendampingi dia, degupan jantung aku tidak pernah berhenti untuk jadi degupan paling kencang. Pernah satu ketika, aku terjatuh depan maybank hanya kerana senyuman membunuh dia.

Terkadang aku terfikir, apa punya dia. Hanya pegang tiket lulus diploma yang masih mencari tapak untuk hidup. Tapi aku pelik, aura apa dia?

Puas aku tolak rasa ini. Puas aku kata JANGAN sms untuk langkah dulu. Kerna aku diantara orang yang paling kenal siapa aku, seorang yang mudah layu. Sumpah aku lemah. Pernah aku cuba untuk tinggalkan iphone dirumah agar aku tak boleh berhubung dengan dia. Tapi dipejabat aku tewas. Aku berhubung dengan dia melalui google talk.

Hampir lima bulan aku perang dengan perasaan sendiri. Sudah puas aku kata; Jangan Sofia. Bukan. Bukan kerana apa. Aku bimbang disepaknya perasaan aku jauh-jauh. Atau, dikecewakan dengan patah kata; aku tak suka kau.

Aku dapat rasa betapa itu kejam. Kerna rasa ini berpihak dari seorang perempuan kepada lelaki.

Semalam kami ke pelita belakang KLCC. Dan ya, aku rasa aku perlu cakap pada lelaki itu tentang rasa aku. Tapi, errr.. Bagaimana?

Aku tiba lewat 10 minit. Lelaki itu duduk sambil minum air teh ais seperti selalu. Dan didialogkan dengan ini;

"Sofia, I nak cakap something.."

"Cakap apa?"

"Next week, I nikah. Pilihan mak I. Dia dah tetap tarikh dan I ikut semua plan dia. Mak kata, dia penat tunggu calon dari I..."

*terdiam*

NOTA: Kadang-kadang kita perlu cakap tentang rasa walau perempuan atau lelakinya kita. Jantina tidak membezakan tentang siapa harus mulakan dulu. Dan ya, Sofia sisip rasa sesal. Kalau sofia cakap lebih awal tentang rasa dia kepada lelaki itu, mungkin punya harapan untuk mereka bersama.

11:09 malam,
30/12/2011.

Sukar, sebab kita manusia. Tapi boleh cuba 5 point ini ? Kalau boleh, anda hebat !


SENYUM WALAU APA PUN
Cuba untuk senyum depan public, walau hati rabak bagi aku itu satu usaha kekuatan.

Jarang ada orang yang boleh jenaka saat diduga musibah besar, dan bagi aku itu terlalu kagum.

SEMBUNYIKAN KESEDIHAN
Menyembunyikan kesedihan, tidak pamer raut muka gusar, itu adalah gagah walau hati hari-hari berperang dengan perasaan, minda hari-hari dipukul beban. Tapi seseorang itu masih boleh jenaka, itu hebat.

MENGAWAL EMOSI
Mengawal diri emosi untuk tidak update status social network berbau amarah dan emosi , bagi aku itu mengagumkan. Kerna apa? Kerna orang yang bijak kawal emosi ini, berupaya tenangkan keadaan yang huru-hara.

TULIS UNTUK GAGAH
Didalam blog, diruang twitter, distatus facebook, semua. Semua laman sosial kalau seseorang itu tulis sesuatu untuk tidak menulis tentang kelemahan pada dunia, seseorang itu akan dilihat hebat oleh orang-orang sekeliling. Jujur.

KETAWALAH DEPAN UMUM, MENAGISLAH HANYA PADA SEORANG
Orang yang ketawa hari-hari bagi aku sangat misteri. Kerna orang yang terlalu banyak ketawa, 90% adalah orang yang mudah untuk menangis. Dan ya , seiring. Dan kalau seseorang itu hanya lepaskan rasa sedih hanya pada seorang lelaki/perempuan, itu baginya tempat kepercayaan.

Watak dan karektor seseorang akan dianggap tinggi jika kita berjaya sembunyikan kesedihan dan kekurangan. Pamer pada dunia, bahwa aku seorang yang gagah hanya dengan senyuman dan perwatakan riang, itu terlalu karisma.

Dan terakhir, sekarang otak aku selalu bermain dengan kata-kata ini;

"Orang yang melalui hidupnya bertahun-tahun tanpa teman hidup adalah orang yang paling gagah didunia.."


3:14 petang,
3 Januari 2012.

Pilihan tak terpilih itu menyakitkan

Dalam jerit jiwaku,
Aku ingin sekali bertanya;


Kenapa aku berada dalam satu persimpangan memilih
sedangkan kau pun tahu berada dalam kotak terpilih itu adalah korban jelas?

Dalam denyutan nadiku,
Aku selalu ingin akhirkan dengan kata;

Pilihlah kebahagiaan kau, walau aku tahu lara aku ini mungkin lama.

Kerna aku terlalu berhati-hati memberi hati,
Setiap permulaan.

Aku simpulkan sedikit harapan: didoakan semoga kau peroleh kebahagiaan yang maha sepertimana kau kecapi hari ini walau terpaksa korban aku.

Juga minta kau aminkan secebis doa dari aku; nikmat hidup paling lazat bermula hari ini, tanpa kau.

3:00 pagi,
8 januari 2012.

Dua hati, satu jiwa

Andai satu hari nanti aku diakhirkan dalam pencarian, diberdirikan seorang wanita luhur hatinya, biarlah aku benar-benar penat dalam hidup keramaian.


Dinikmati puas oleh hadir muka-muka penyeri, dinikmatkan dengan segala bunga api dunia, agar aku tarik nafas untuk kata; sekarang aku mahu nikmati dua hati dalam satu jiwa, berkongsi pahit manis dunia atas nama KITA.

Dinikmati cinta adam dan hawa dalam lingkaran suami isteri, berkasih dengan rasa paling habis mutlak untuk kita sempurnakan akhir hidup ini bahwa sejauh mana pun kita pergi, setinggi mana pun tempat kita duduk, yang menjadi titik kesempurnaan itu adalah hidup berpasangan.

Andai satu hari,
andai aku ditamatkan lelah sendirian.

1:40 petang,
11 Januari 2012

Pembunuh jiwa


"Kalau manusia ini boleh bunuh jiwa untuk tidak mahu terus disakiti digantung tidak bertali ini, aku diantara orang yang tersenarai awal untuk jadi pembunuh jiwa.."- BSA

Tolong, aku rayu.

Beri waktu sebentar walau hanya seminit, selam dan fahami setiap jalan kita. Atau kau tidak mahu lagi untuk mengerti keadaan ini, atau kau memang sengaja biar ini ?

Tolong, mengertilah.

Aku sosok seorang perempuan, kau berdiri sebagai sosok seorang lelaki. Tak sama. Jujur, TAK SAMA kalau mahu dimulakan setiap itu dari aku. Dan aku, mengertilah. Aku sudah cukup jadi seorang yang paling lembik untuk dimulakan setiap langkah kita. Apa kau lagi tidak mengerti kehendak atau mahu aku ?

Aku lelah.

Tolong untuk dijawabkan soalan hanya dengan satu ungkapan selain SAYANG dan Rindu? Adakah hadir kau pada aku hanya untuk digantikan ruang sepi seorang lelaki dan kemudian kau pergi bersama siapa pun kau mahu dan mengantung aku tak bertali sampai mati ?

Wahai kau, aku sakit.

Terkadang aku begitu benci berdiri atas nama sendiri yang saban waktu bangun pagi dengan rasa yang tak pernah pasti. Begitu rasa diri ditekan oleh orang-orang tepi tentang kerja, tentang keluarga, tentang kita tanpa seorang pun cuba untuk faham dan mengerti setiap jerit jiwa aku minta mahu dibawa perhatian.

Memang bodoh bila aku izinkan ini semua terjadi disaat aku sudah berazam untuk tidak mahu terus menyakiti diri sendiri selepas aku disiksa cinta seorang lelaki dulu. Dan sejak pertama kali aku bertemu kau selepas 2 tahun aku bebas dalam kecapi hidup, aku begitu senang hingga perasaan aku dibuai rasa indah untuk dilupakan setiap derita aku yang hilang. Dan bagaimana kau waktu pertama kali itu, ini aku terus terang; AKU BEGITU DIBUAI.

Tentang kita, terlalu banyak memori untuk diingati. Terlalu tebal tiket wayang untuk kita imbas kembali. Setiap apa yang jalan, setiap apa yang terjadi, melalui bersama walau tanpa ada ikatan cinta yang sampai hari ini aku tunggu. Ibarat orang yang paling bodoh untuk menanti keadaan siang ke malam hanya dengan memandang langit, dan menanti siang dari malam dengan mendongak keawan tanpa lakukan apa-apa. Sebab apa? Sebab aku tunggu ungkapan itu dari kau.

Bila aku tanya bahwa apa status hubungan kita, kau kata beri waktu dan kau tak mahu terikat dengan apa-apa komitmen. Tolong. Tolong lah jangan jadi laki-laki pengecut hanya kerana takutkan tanggangjawab yang sepatutnya kau galas memandangkan kita ini seharusnya telah pun melewati satu level berbanding yang lain.

Aku tidak pernah membahas soal rumah tangga. Aku cuma mahu kepastian tentang kedudukan aku dihati kau siapa? Tolong. Tolong lafaz sesuatu sama ada kau suka atau benci. Kerna hati ini telah dicuba aku untuk pergi dalam gelanggang kasih ini. Tapi sayang, hati aku berpihak. Berpihak pula pada orang yang takut dengan komitmen, berpihak kepada orang yang langsung bermain dengan bayang-bayang tak pasti.

Hey, tolong! Kau ingat aku ini apa ? Siksa untuk terus bersama dalam sepi seorang lelaki, tinggal setelah rasa diri kau tak perlu, kemudian datang melutut lagi untuk diisi waktu kosong? Gitu?

Kalau manusia ini boleh bunuh jiwa untuk tidak mahu terus disakiti digantung tidak bertali ini, aku diantara orang yang tersenarai awal untuk jadi pembunuh jiwa. Supaya aku lalui hidup tanpa ada rasa perlu seseorang. Tanpa kasih dan perhatian seorang lelaki. Biar. Biar.

Kau, tolong aku.

Lakukan sesuatu untuk kita agar kau tidak terus menyakiti kerna dalam banyak-banyak kelemahan yang ada ditubuh aku, adalah aku begitu susah untuk pergi kalau kau sendiri tak pernah mahu untuk lafaz tak suka. Siapa pun. Tolong aku agar kau lafaz; BERAMBUS, AKU DAH TAK PERLU KAU. Tolong lafaz itu untuk kau bunuh jiwa aku untuk tidak lagi mengharap apa-apa pada lelaki seperti kau.

Tolong, aku merayu. Dan aku janji, aku TAK AKAN sesekali cari kau selepas kau tembak jiwa aku mati dengan cara yang paling halus iaitu: Ungkapan.

Tolong.

NOTA: kisah tentang seorang wanita yang berkasih dengan laki-laki tanpa ada hubungan yang pasti.

9:45 pagi,
29 Januari 2012.

Tampal tulisan ini didinding: Pulihkan semangat yang hilang!


"Menangislah semahu yang ada kalau itu adalah cara berkesan untuk dilepaskan segala yang tersirat walau tanpa ada yang sudi untuk disapukan setiap yang mengalir walau berbaldi turunnya air mata kita..." -BSA


Pejam mata,

Beri ruang untuk diri sendiri. Disatu sudut, tutup lampu.

Bersendirilah, agar soalan yang ditujukan khas untuk diri sendiri ini dipulihkan dengan sendirinya setelah akhir ini teman-teman tepi tidak mampu untuk jadi penasihat pemulih jiwa paling berkesan. Mengertilah, tak semua wujud mereka ini pernah lalui jalan perit yang pernah kita lalu.

Terkadang kita jemu dengan ungkapan semudah; SABAR. Semudah; TENANG tanpa mereka sendiri lalui jalan liku paling hebat yang pernah kita hadap.

Tak apa, jangan salahkan mereka.

Mereka ini diumpama seperti peri-peri kecil yang mencuba untuk jadi penghibur kita. Jadi alat musik untuk menghiburkan hati lara kita. Walau tidak pernah cukup dan tenangnya, hati kita. Perlahanlah. Jalan tetap ada. Tak apa.

Sahabat saya,

Menangislah semahu yang ada kalau itu adalah cara berkesan untuk dilepaskan segala yang tersirat walau tanpa ada yang sudi untuk disapukan setiap yang mengalir walau berbaldi turunnya air mata kita. Tapi bersyukurlah, air mata itu masih ada untuk jadi peneman untuk dilepaskan jalan yang berliku rabaknya.

Bayangkan pada mereka yang telah kering air mata tidak mampu untuk menangis melepas setiap yang terpendam ini hingga tak kenal mana satu cerita sedih atau cerita gembira. Yang mereka tahu hanya ketawa dan menangis tiap ketika. Dan ya, lalui sebagai seorang yang tidak siuman. kau masih beruntung kerna kau tidak jadi seperti itu. Masih terlalu awal untuk kau hukum hati tidak sengaja untuk jadi seperti itu.

Kawan saya,

Berselawatlah untuk kita selalu ingat pada si pemberi ini. Tuhan yang menjadikan kita. Si pencipta mengapa dan si pengolah skrip paling hebat, sujud pada dia. Dengan ihsan paling kasihan, melutut untuk kata; Tuhanku, akulah insan paling hina yang terlalu banyak khilaf untuk pijak dan berada duniamu. Permudahkan setiap jalan yang kau beri. Aku mohon ampun.

Sahabat saya,

Dengan beribu titik air mata yang jatuh atas sejadah dengan setiap keluh yang kau kisahkan pada dia, dengan berjuta selawat yang setia, dia juga tahu arti kasihan dengan dugaan yang dia beri. Cuma satu: jangan pernah berhenti untuk bercinta dengan dia, si pencipta kita.

Cinta pada manusia yang separuh mati kita beri pada lelaki/perempuan tidak pernah ada arti dan makna sebelum kita kita beri pada si pencipta. Ini jujur. Seharusnya kita tolak persennya untuk kita beri pada manusia. Dan yang paling tepat adalah apabila kita beri pada Tuhan dan selebihkan untuk diri sendiri. Cinta paling dalam untuk si pencipta.

Teman saya,

Jangan diambil kisah dengan ranap jiwa kita kalau kita sedang berusaha bangun untuk pulihkan jiwa dan semangat yang hilang. Harus untuk belajar jadi kebal untuk kita tahan peluru-peluru yang tertembak semata untuk bunuh dan lemahkan jiwa kita. Dan seperti yang saya kata; BELAJAR UNTUK KEBAL adalah bermula dengan diri sendiri.

Sahabat yang paling saya sayang,

Kita kehulur kehilir bercerita dan menarik semua kawan-kawan tepi untuk faham setiap jalan kita itu tidak pernah salah. Malah itu adalah satu cara untuk kita ringankan setiap yang terbeban dengan kejadian yang datang tidak sengaja.

Tapi, dalam sibuk kita bercerita dan cuba untuk cari seorang doktor dalam mengubati hati kita, kita terkadang lupa bahwa orang dan doktor paling hampir dengan kita adalah diri sendiri. Penasihat paling dekat adalah kita.

Jujur, orang tidak pernah akan faham melainkan kita berdiri atas nama sendiri. Orang tak rasa betapa kejam rasa kita melainkan diri kita sendiri. Dengan ini, cuba kita tanya si doktor dan si penasihat diri sendiri; adakah aku mahu terus berada dilingkaran ini atau pilih untuk terbang bebas kecapi dunia hanya bersayapkan diri sendiri?

Sahabat saya yang dikasihi,

Untuk pulihkan jiwa dan ubat hati untuk jadi kering tidak semudah lap air yang tertumpah atas meja. Tidak semudah kita telan panadol untuk pening kepala sementara kita. Semua ambil waktu dalam munasabah diri kita.

Pedulikan mereka yang langsung kita pernah menghargai diri kita. Pedulikan mereka yang tidak pernah kisah hati dan jiwa kita ini sakit atau sihat kah ia. Jalan ini coraknya bermula dengan kita. Hadir mereka hanya gula dalam menambah manis kopi kita.

Mungkin pada mulanya terlebih letak gula, dan apabila kita jalan setiap hari kita tanpa manis pertama kita rasa; kenapa jalan kita tawar dan hilang sesuatu yang tak pasti.

Sahabat saya,

Kata itu adalah manisan yang membunuh. Katakan YA mulai sekarang untuk kita hantar resume pada diri sendiri untuk jadi doktor dan penasihat berpangkat paling tinggi. InsyaAllah, mulai hari ini apabila kau telah mula bertugas, cari aktiviti untuk kau pelan-pelan warna disetiap sudut yang tertinggal. InsyaAllah kau lupa yang jiwa dan semangat kau hilang.

Tenang. Pelan-pelan. Semangat itu akan datang dengan sendirinya kalau kita telah mula kenal diri kita, mahu kita dan perlu kita. Sekali lagi, pelan-pelan ambil masa.

2:53 petang.
31 Januari 2012.

Untuk sejarah: kita pernah berada.

Terima kasih,


untuk setiap yang PERNAH walau sependek dan secepatnya keadaan itu terjadi.

Terima kasih,

Untuk waktu walau tidak diizin Tuhan ini lama. Tapi aku bersyukur, kita pernah punyai sejarah manis bersama walau hari ini kita tidak lagi seperti dulu, dihari pertama.

Tapi aku tetap mahu ucapkan terima kasih untuk kasih, untuk setiap huruf dan tingkah dari kamu biarpun itu tidak lama kerna aku percaya: kau dan aku akan mendampingi orang yang sejujurnya baik kerna keikhlasan yang pernah kita laburkan dulu:

'Disejarah awal perkenalan kita'

12:40 siang,
4 Februari 2012.

Ini cerita pendek tentang manusia

bagaimana lagi dia harus katakan? Dunia itu seakan memanggil dia pulang kerna setiap inci hidupnya, dia dihukum berkali-kali.


Sungguh diletakkan ada pun kemungkinan, dihujung noktah itu, dia tetap dipinggirkan.
Dibalik tembok batu dia berdiri. Dibaling batu, dicaci maki, dicemuh-cemuh. Walau dengan situasi tak pernah berhenti itu, dia berani untuk hidup.

Bukan maksudnya dia sudi ketempat durjana Pudu itu belasan tahun. Kerana sisip tubuhnya, dianugerahkan susuk bengis sedemikian rupa. Dia tidak ada jawapan kenapa dia begitu.

Ditanyakan orang-orang tentang siapa dirinya, dia tidak pernah malu hendak jawabkan. Walau kini diluarnya menekan mendesak dicemuh tanpa henti hanya dengan cop merah di kad pengenalan; Bekas Banduan.
Sudah lumrahnya, manusia itu kadang-kadang menghukum tanpa bela. Diceritakan oleh naluri hati kecilnya yang sangat kasihan pada dinding;
"aku dan kalian semua tidak pernah aku anggap musuh.

Aku tahu, segenap rasa bukan semua manusia kita senang jadikan teman. Adakalanya ingin saja kita cepat-cepat habis waktu , terkadang suasana tidak selesa.

Aku bingung kenapa aku dibuang sebegini hina. Seolah dihukum dengan rasa tak selesa, atau salah aku yang terdahulu. Sebagai manusia, siapa minta untuk dilahirkan menjadi seorang yang durjana?

Semua zuriat yang dilahir diazankan di telinga, hanya untuk memohon keberkatan yang luar biasa. Sosok manusia, semua ingin jadi yang terbaik. Diangkat martabatnya. Tapi kenapa, selalunya yang hukum didunia ini manusia bukan Tuhan yang menjadikan seorang aku.

Adakah hanya kerana cerita lama dan cop merah itu adalah segalanya? Bukan semuanya kita boleh mengenali manusia untuk tempoh 24 jam. Dan siapa kita untuk menghakimi sejarah lama?
Kalian sudah buang aku dalam hidup kalian semua. Tanpa aku tahu silap aku hari ini dimana? Tapi ini bukan penamat cerita antara aku dan kalian.

Kalian kuanggap sejarah mahal dan teman paling baik walau hari ini kalian putuskan ikatan persaudaraan."

*seorang lelaki merasakan kenapa manusia ini menjadikan salah itu sebagai hukum dunia selamanya. Seolah istilah 'kesilapan' itu tak pernah wujud dan ada.

3:05 petang,
8 Ogos 2011.

Pilihan antara aku dan dia.


"Skrip jalan Tuhan memang tak pernah duga, diputusnya hari ini dijumpakan besok kepada orang yang Tuhan kata; itu kau punya. Berkawan 3 bulan, bersama sampai mati. Kuasa Tuhan, dia yang beri. Bukan bermakna kita bercinta 6 atau 7 tahun itu milik kita..-BSA

Berkorban itu sakit. Tapi kalau itu adalah hadiah untuk kau rasa bahagia, aku sanggup untuk dicampakkan dimedan pengorbanan.



Senyum kau, bahagia aku. Cuma aku tak faham, kenapa aku menjadi pilihan antara yang terpilih. Lebih sakit, aku kalah.

Tiada niat untuk aku jadi pesaing. Untuk siapa-siapa. Tapi kenapa aku, kondisi yang aku masih belum boleh berdiri. Setelah hampir bertahun aku bersandar dan menumpang bahu kau setiap kali musibah itu menyinggah hingga setiapnya kau tetap tenang, walau lautan ombak itu datangnya bukan kecil anak.

Tapi kini, aku tersendiri. Kalah dalam kondisi terpilih. Saat kau kata;

"maaf , perasaan aku lebih kuat pada dia"

Buat aku rasa angin taufan itu memang sungguh kejam dan menggila. Umpama aku belum siap, tiba-tiba datang angin menolak dengan laju dan tiba-tiba.

Aku tak pernah salahkan kau atau dia. Orang yang baru kau kenal jika ingin dibandingkan dengan aku. Tapi apa lagi boleh aku kata, dipaksa bagaimana pun kau, kalau hati tetap pada dia, disuruh lupa untuk bersama aku itu kerja sia-sia.

Kalau Tuhan kata ini bahagian aku, aku terima. Skrip jalan Tuhan memang tak pernah duga, diputusnya hari ini dijumpakan besok kepada orang yang Tuhan kata; itu kau punya. Berkawan 3 bulan, bersama sampai mati. Kuasa Tuhan, dia yang beri. Bukan bermakna kita bercinta 6 atau 7 tahun itu milik kita.

Dicuba sedaya upaya mana pun kalau bukan kita yang punya, tak kemana. Cari cinta memang payah. Lagi-lagi usia kita ini sepatutnya sudah boleh diri rumah tangga. Tapi putus pula tertimpa tangga.

Tuhan itu adil , berjuta kali aku ingatkan pada hati-- Sabar. Tuhan sedang sibuk siapkan dia. Nanti kalau tiba masa, angin rasa itu datang, jangan takut mencuba.

Kalau sudah ditanamkan dalam hati; aku takut bercinta, bagaimana kita ingin tahu lelaki atau perempuan mana yang selayaknya untuk kita?

Hati ini terkadang degil, manusia mana tidak ada ego. Tapi sakit berperang dengan emosi sendiri hari-hari. Jangan bohong kata pada orang bahwa; aku bahagia hidup sorang-sorang , sedang malam-malam sepi sering tertanya; hey , aku sendiri. Ada yang mahu diajak menari ?

Sudah. Dikisahkan aku tentang cinta yang terpilih. Bahagian aku, sudah diambil. Tidak semestinya aku berundur bermakna aku kalah. Lelaki dan perempuan itu rama-rama. Terbang kemana pun kalau satu hari nanti Tuhan kata kau punya, kemana lagi dia hendak singgah kalau bukan dihati sang selayaknya!

Tentang aku, menjadi pilihan antara yang terpilih itu sakit. Tapi aku percaya setiapnya yang terjadi itu bukan direka tanpa sebab. Cerita dibelakang itu tentu ada sambungan.

Semoga rama-rama yang datang nanti singgah tak terbang-terbang lagi. Kerna aku juga penat bermain emosi. Minta supaya aku disiapkan suami/isteri yang paling sempurna setelah aku berkali-kali terjatuh dalam tangga cinta.

NOTA: cerita tentang seseorang yang terpaksa berkorban untuk kekasihnya menjalinkan hubungan dengan orang lain walau mereka telah bercinta bertahun-tahun. Tapi apa boleh buat, cinta itu tak boleh dipaksa. Kalau kekasihnya harus memilih orang baru, dia terpaksa senyum seikhlasnya walau tersisip palsu.

2:07 pagi,
14 Oktober 2011.

Rapat

Biar kita tak rapat,
Tapi kau ada.


Jangan kita rapat,
Tapi nanti kau hilang tiba-tiba.

9:25 pagi,
21 Februari 2012.

Cantum

Kita bertemu, 
atas rasa PATAH bersama.


Kita bersama,
atas rasa ingin cuba lagi.

12:44 siang,
22 Februari 2012.

Hukum


Dihukum manusia, hanya dengan BARIS KATA bukan tingkah.

Sungguhpun tingkah itu sengaja dimulai dengan langkah kiri,

kau, dia, mereka, bukan wakil Tuhan untuk menjatuhkan hukum manusia.

--BSA
7:51 malam,
22 Februari 2012.

5 point tentang orang sebelah


BERKASIHyang jadi indah adalah saat kita sedang menjunam dibawa angin resah, orang sebelah tetap ada dan dia adalah orang pertama tanya;

"are you ok?"
" I'm ok.."
"No. I know u are not okay.."
" :'( "
"I'm here"



Menjadi orang yang peduli tentang apa pun walaupun hanya dengan perkara-perkara remeh: walau kau seorang yang takut akan hujan malam.

KEBERANIANYang menjadikan diri kita terkadang punyai hati yang paling besar saat kita diciptakan sebagai seorang manusia tidak sempurna seratus persen untuk jadi seorang yang pemberani. Dan orang sebelah ini, jawapan kenapa keberanian itu ada.

KONFLIKyang jadi kemuncak pertengkaran adalah sesuatu yang menguji dia dan diri sendiri sejauh mana ikhlasnya hati kita. Kerna saat marah inilah akan memberitahu adakah semua yang dia atau kita laburkan untuk berkasih ikhlas tidak berbangkit, tidak diungkit. Dan ungkapaan itu adalah paling jujur dari hati masing-masing saat perhubungan itu bertembung dengan konflik.

BERKONGSISaat kita disempurnakan keadaan dengan tambahan kasih dan perhatian orang sebelah. Saat sedih itu kita rasa hanya dengan separuh bahagian. Kerna telah diautokan hidup berpasangan ini berkongsi. Dan itu adalah paling indah dan jawapan kenapa manusia itu memilih untuk berkasih. Kerna selain dari berteman, saat paling manis adalah berkongsi.

MATISampai saat kau ditanam reput dibawa jasad dan roh pergi jauh, dia tetap tidak jemu kirim doa disini tanpa mengira jauh mana pun alam kau tinggal dan pergi. Saat kasih itu dipanggil sejati, ini adalah jawapan kenapa hidup kita ini harus bergenerasi.

Lihat orang sebelah sekarang. Renung mata dia paling dalam. Terbangkan khayal kasih dan pengorbanan yang pernah dia laburkan paling ikhlas. Ucap padanya terima kasih untuk kasih. Ungkapan itu paling mahal tanpa perlu ada hadiah walau berapa tinggi nilainya.

Lihat pengorbanannya dulu, sebelum lihat celanya dia. Tapi dia juga manusia, kurangnya diADILkan Tuhan semua manusia ada. Lalu ungkap ini;

"Sayang, terima kasih. Terima kasih untuk kasih.."

11:29 malam,
16 Januari 2012.

Korban nyata


[Baca dan masukkan diri kalian kedalam tulisan saya ini. Korban Nyata dimana manusia buta kerana cinta. Dan bagi siapa yang ditinggal cinta sekarang, bersyukurlah kerna lebih ramai diluar sana yang PATAH lebih sengsara berbanding kalian, hari ini.]

"Silap aku sayang orang lebih dari diri sendiri. Beri cukup makan sedang aku kadang-kadang tak pernah nak kisah makan aku cukup atau tak. Jadi orang nombor dua walau dengan diri sendiri. Sudi untuk beri kasih aku pada perempuan lain. Pernah tak kau nampak? Pernah tak? "

Aku lelah.

Kadang-kadang aku seperti orang bodoh yang hanya tahu tunggu malam ke siang dan mengharapkan kau balik, pulang ke aku.

Tapi, sikit pun kau tak peduli jalan yang aku hadap. Walau terpaksa aku jalan dalam gelap, bangun tidur dengan perang emosi, kau tak pernah ambil kisah.

Habis berpuluh pil sehari aku telan semata aku mahu lupakan kau. Habis berbotol ubat batuk aku minum semata untuk aku tidur dalam satu tempoh yang lama agar aku tidak bangun dan memikirkan kau.

Hingga aku dibuang kerja kerna tidak komited pada tugas, hingga sekarang aku terpaksa menumpang ihsan kawan yang pernah aku buang, kau tahu? Tahu? Aku patah.

Dan bila teman baik aku sms kau beritahu kondisi aku yang hampir saparuh mati, kau tambah kusut aku. Aku harap kau datang jenguk aku yang tak terdaya ini, tapi malah kau maki aku dan kata aku ini Perempuan bodoh.

Memang. Kau pun nampak kan bodoh aku? Sebab apa? Sebab bodoh aku kerana kau. Tapi kau tak nampak? Sebab, manusia kan. Mana mahu ditempat yang salah. Kau cuma tahu tuding jari, maki aku, dan pukul. Itu saja yang kau tahu.

Hampir semua kawan aku simpati. Datang dan temankan aku saat aku barai tanpa sedikit pun mereka kisah waktu aku dengan kau, aku paling cukup tak suka lepak dengan kawan-kawan. Sebab setiap kali lepak, kawan-kawan aku suruh aku tinggalkan kau. Tapi waktu itu aku degil. Sampai terbalik meja makanan tu aku buat bila mereka kata macam itu. Tapi bila mereka datang saat aku macam ini, aku sedar. Mereka ini anugerah Tuhan paling mahal.

Silap aku sayang orang lebih dari diri sendiri. Beri cukup makan sedang aku kadang-kadang tak pernah nak kisah makan aku cukup atau tak. Jadi orang nombor dua walau dengan diri sendiri. Sudi untuk beri kasih aku pada perempuan lain. Pernah tak kau nampak? Pernah tak?

Dulu, waktu pertama kali kau mahu aku, habis semua kata kau susun semata mahu kata bahwa aku hanya satu dari berjuta orang, dan aku wanita terpilih tinggal dilaut hati kau.

Perempuan kan, sekeras bagaimana pun umpama kalau tuang air dalam kerak nasi waktu pagi, tak sampai petang dah lembik. Terus cuci periuk semata kau lapar nasi. Umpama hati aku yang kau ambil kononnya kau perlu aku, seperti mana tiap hari kau, cari nasi.

Hipokritnya bila duduk diam mengenang kembali waktu pertama hingga ke hari ini. Bezanya seorang kau dulu dari sekarang. Bukan aku ingin ungkit tentang bagaimananya permulaan kau dulu, tapi kalau ingin bezakan kau hari ini, jujur seperti aku kenal orang baru.

Aku tidak pernah kisah untuk apa-apa. Apalagi tenaga, masa, malah duit sekali pun aku selalu merasakan itu semua remeh. Sebab apa? Sebab kau dalam hati aku, dan kita berkongsi. Banding dengan sekarang, bila kau ada nama, jangankan kata talifon, sms aku pun kau ambil masa untuk jawab sampai 3 hari.

Bodoh kan aku bila dah terlalu sayang sampai aku tak nampak betapa aku adalah korban nyata tidak sengaja. Dan apabila kau jumpa ramai orang baru yang lebih cantik dari aku, kau tinggal tanpa mempeduli dan kisah tentang aku pun, walaupun secebis?

Lagi bodoh, aku boleh kata TAK APA. Aku tak kisah. Walau aku tahu aku terpaksa berkongsi kasih dengan orang lain. Semua sebab aku terlalu sayang. Kerna itu aku tak nampak, mana bodohnya aku.

Hingga satu saat bila aku terima panggilan talifon dari kekasih kau itu dan dia kata aku ini ambil kekasih orang, cukup untuk aku kata; akhir sini. Walau aku terpaksa korban diri untuk lihat kau dengan orang lain. Janji kau bahagia. Bagi aku, untuk relationship, aku sudah cuba. Tapi kau tetap mahu dengan dia.

Cuma satu aku mohon dari kau. Kau jaga dia seperti mana aku sayang kau, walau kau tak pernah nampak. Sebab aku tak mahu perempuan itu buat kau, sepertimana kau ludah kasih aku. Hari ini.

Terima kasih pernah berkasih dengan aku. Walau itu dulu.

9:34 malam,
23 Februari 2012

Cinta segera


"Aku ingin kau tahu, nilai sunyi aku itu bukan segalanya untuk hidup. Dan aku bernafas bukan kerana itu. Aku hidup kerana pemahaman diri aku sendiri dan aku tak perlukan CINTA SEGERA hanya kerana disudut hati aku tak ada siapa-siapa.. "

Diam.

Biar aku cakap. Tentang cinta yang kononnya kau ungkap. Tapi mengertilah, itu lucu. Tak sedikit pun aku tertarik, apa lagi mengangkat lafaz cinta kau itu.

Remeh, itu terlalu enteng. Semudahnya satu perkataan kau ingin aku untuk bersama? Sejauh mana pengertian kau itu? dimana titik mula mahu kau lafaz itu?

Jujur, kau belum berjaya. Bukan saja tak berjaya menarik jiwa aku terbang, tapi memperlihatkan kau itu siapa sebenarnya; seseorang yang mudah melafaz cinta. Menurut kau, ungkap rasa cinta itu mudah? hanya kerana punya sedikit rasa?

Aku bukan murah. Dan bukan kerana itu meletakkan aku ini mahal. Tapi tolong, semua orang boleh ungkap tapi tak boleh memahami dengan sedalamnya. Maksudnya, jalannya, rasanya.

Aku bukan barang untuk kau cop 'I love you' hanya kerana status di FB aku bertukar single. Apalagi sekarang aku sendiri. Dan semalam kau cakap ditelifon; awak tak sunyi ke? - buat aku ingin meludah. Tapi sia-sia. Kau bukan ada depan mata.

Aku bukan manusia lemah hanya kerana aku tidak ada siapa-siapa. Sebaliknya aku ini seorang yang gagah berbanding kau yang hanya bangun tidur lalu memikirkan tentang 'kesunyian'. Aku bukan kau, dan jangan samakan aku dengan orang-orang lain yang hanya tahu menangis hanya kerana cinta.

Sini, aku kasi tahu. Tuhan tidak menjadikan cinta itu sebagai bateri tahan nyawa. Kalau aku tidak punyai dan nikmati cinta itu hari ini, tidak berarti aku mati. Malah, aku boleh kata tahniah untuk diri sendiri. Kerna kau pilih jalan segera sebaliknya aku pilih untuk: nanti dulu.

Aku tak tahu kenapa akhir ini aku ditemukan orang seperti kau? Orang yang saban waktu tanya soalan remeh; kau tak sunyi ke takda kekasih? - kau fikir aku apa? Anak kecil yang tersesat di mall? Atau anak kecil yang ditinggalkan oleh orang tuanya?

Sudahlah.

Aku ingin kau tahu, nilai sunyi aku itu bukan segalanya untuk hidup. Dan aku bernafas bukan kerana itu. Aku hidup kerana pemahaman diri aku sendiri dan aku tak perlukan CINTA SEGERA hanya kerana disudut hati aku tak ada siapa-siapa.

Tolong lah. Aku bukan dia, bukan mereka, atau siapa saja yang hanya tahu terbang dirasa pertama tanpa memahami sudut dan nilai itu sendiri.

Aku dipijak kerana itu. Aku lalui rasa pertama buat aku kata begini. Diambil aku hanya kerana rasa pertama, dicampak aku hanya kerana hilang rasa? Mana 'I love you?' Mana'cinta sampai mati?' Mana 'aku perlu kamu?' Mana? Hanya kerana rasa kita mengusai segala lalu ungkapan itu dilafaz?

Kau, dia, mereka sama. Tidak ada cuba untuk menyelami rasa aku. Cuma ingin mengambil hati aku untuk bersama tanpa memahami dimana mahu aku, suka aku, pillih aku.

Cinta itu bukan sekadar ungkap tapi memahami. Bukan sekadar kau ungkap dengan sedikit rasa 'berdebar' kau kata itu cinta. Bukan.

Tolong jangan talifon aku lima kali sehari semata mahu tanya aku ini sudah makan atau belum. Kerna aku benci untuk orang yang terlalu prihatin atas perasaan cinta. Aku paling benci dengan orang yang meletakkan rasa cinta itu paling tinggi tanpa memahami. Kerna bagi aku itu sama saja. Mudah lafaz dan mudah pergi.

Hidup ini adalah landasan pendirian. Dan aku berpegang pada itu. Tak salah kalau kau mencinta. Tapi menjadi salah apabila kau sendiri tak mengerti dan memahami cinta itu yang sebenarnya.

Bukan ungkapan ukurannya, tapi sejauh mana kita cuba untuk fahami nya.

1:17 pagi,
13 March 20112.

5 Point kalau


KALAU: DIPULAU OLEH ORANG-ORANG TEPI

Rasa berkecamuk?

kan? sebab apa? sebab kita berhadapan dengan manusia. Tolong beritahu aku, berapa persen manusia yang yang bangun dari tidur tak aibkan orang? Tutup malu orang hanya kerana kita ada sifat sayang? Susah. Dengan binatang pun kadang-kadang manusia sepak tanpa ada kasih dan sayang hingga terlupa yang cipta binatang itu Tuhan yang sama.

Tak sampai lima persen yang bangun tidur jadi orang jadi positif untuk tutup aib orang.

Terkadang kita merasa terkorban hanya kerana kita ada silap kecil yang tak pernah ada maaf. Seolah kita dilahir cukup sempurna untuk tidak lakukan salah apa. Medan dunia, ini biasa.

Buat mereka yang tertikam hanya kerana silap kecil hingga kita dipulau oleh kelompok besar, jerit dalam hati: AKU PEDULI APA? Tenangkan hati: kalau manusia itu bangun tidurnya hanya dengan sikap negatif untuk prejudis kepada kita, kita tidak ada kuasa untuk TUTUP MULUT mereka.

Kita cuma ada Tuhan untuk kita tumpahkan air mata kita. Percayalah, yang menitik atas sejadah dengan luahan hati paling bersih, Tuhan kasihan. Dia ada rasa simpati paling dalam untuk kurangkan setiap yang diberi olehnya. JUJUR.

KALAU: DIBURUKKAN OLEH ORANG YANG PERNAH KITA SAYANG

Positifkan semua. Bilang dalam hati; Tak Mengapa. Janji Bukan Dari Kita. Bisik dalam hati yang sering emosi tiap saat untuk kata; dia adalah orang yang pernah aku beri kasih. Paling dalam. Jangan pernah marah hanya kerana perhubungan itu tidak lagi bersama.

Sungguhpun kita diburukkan oleh dia, jangan sesekali salahkan dia. Kerna dia manusia. Fahami ini satu: dia telah memperlihatkan KALAH dia. Walau saban waktu orang pandang sinis pada kita hanya kerana cerita buruk dari dia tentang aib kita. Sekali lagi, kalah dia!

Percayalah, dalam hati kita setiap yang ikhlas itu Tuhan lihat. Redha kan semua. Andai jodoh itu tak panjang, jangan salahkan cinta. Cinta tak pernah salah. Cuma Tuhan beri kita landasan keretapi yang panjang hingga kita belum temui destinasi kita. Banyak kali keretapi mati tepi jalan hanya kerana enjin rosak, tapi kalau kita baiki boleh jalan balik kan?

Serupa dengan hati kita, sakit kita bukan boleh sembuh sehari macam enjin keretapi tadi. Tapi kalau pemahaman itu ada, tidak sukar. Sebab itu aku banyak kali kata, cinta itu bukan sekadar ungkap I LOVE dan rasa DEBAR PERTAMA. Cinta itu pengertian. Sejauh mata kita memahaminya. Dan percaya, destinasi terakhir kita akan menemukan CINTA selepas kita melalui perhentian pemahaman hidup. Tanam dalam hati ini.

KALAU: DIRENDAHKAN KEBOLEHAN

Ingat, siapa pun kalau sudah dinamakan manusia, dia juga melalui proses belajar. Siapa pun. Tolong jangan ada sifat rendah diri hanya kerana yang ada depan kita ini orang hebat, orang besar, orang yang berpangkat.

Usia tidak menjadikan manusia itu serba tahu. Simpan kata-kata ini. Percayalah. Hormat hanya pada mereka yang kenal erti kata HORMAT. Mengalah pada mereka yang tidak hormat. percayalah, kita dah menang. Kerna apa? kerna kita ambil langkah paling sopan untuk positifkan keadaan.

Mengalah bukan bermakna kita tewas, tapi harus pertahankan diri untuk tetap kata: Yang Salah Itu Salah, Yang Tak Salah Itu Tak Salah.

kalian, hanya kita yang mengerti setiap apa yang kita lalui. Bukan mereka. Bukan orang-orang yang berpangkat ini. Dulu mereka pun belajar macam kita. Cuma yang bezanya mereka dah lalu apa yang kita lalui. Seperti hari ini.

KALAU: TIDAK ADA KEYAKINAN DIRI

Tak apa. Pakai pakaian paling segak pun sudah cukup untuk kita rasa yakin untuk berhadapan dengan siapa pun. Kalau rasa kurang, sembur minyak wangi untuk kita kata pada mereka: mukadimah ini awal, saya beri haruman minyak wangi.

Cuba. Sekurang-kurangnya kita berani. Cuba lihat mereka diluar saya yang tidak berpeluang macam kita, seperti hari ini?

KALAU: SEMANGAT KITA MAKIN PUDAR

cuba tanya diri kita, dalam hidup kita kejar apa? cuba selak halaman cita-cita kita bahwa kita mahu jadi apa?

Untuk kearah sana harus punyai apa? Selain pendirian yang kuat kita harus sisip semangat. Bagaimana kita sendiri kalau tidak ada semangat boleh mencapai kearah itu?

Doa pada Tuhan, mintak pada dia. Jangan pernah tinggal untuk sisip doa bahwa permudahkan setiap yang dia bentangkan untuk kita. Perjalanan hidup ini memang telah ditentukan, tapi dia faham. Dia mengerti juga kasihan kerna dia adalah maha mengasihani.

Lalu, untuk semangat yang pudar, hanya ada satu senjata yang paling kuat untuk kita gagah, iaitu DOA. DOA. DOA.

JANGAN LUPA!


2:18 pagi,
19 Mac 2012.

Buat apa kita sedih untuk mereka ketawa?


Untuk Anggun yang akan jalani hidup kelak, papa akan tiup kata ini selalu.
Hidup tak selalu cantik, sahabat tidak semua setia, manakala orang yang kita sayang juga tak selamanya menyayangi kita, melainkan keluarga kita. Jujur.

Papa akan selalu kata untuk Anggun ini, pembesaran Anggun untuk dunia yang kejam sekarang, akan lebih kejam kerna jalan kita menuju akhir zaman.

Simpan air mata, jatuhkan pada yang cipta kita. Kongsikan hanya dengan keluarga kita. Kerna baik buruk kita, orang yang yang simpan cerita kita, keluarga kita . Bukan orang lain yang kata dia ada, tapi satu hari dia jadi musuh kita walau kita pernah kongsi susah senang bersama.

Berapa orang yang prihatin atas nama manusia, berapa kerat orang yang sudi hulur tangan saat kita terjatuh, berapa keping hati yang sudi untuk berkongsi cerita sedih kita, berapa?

Saat kita bukan siapa-siapa, saat kita ini tidak ada apa-apa, saat diri kita tidak ada dahan bagi penyangkut tangan orang yang ingin sesuatu diri kita, siapa yang ikhlas?

Kerna itu, bila Anggun lahir dari rahim ibu nanti, papa selalu ingin bersama Anggun. Selalu ingin ada dalam sedih dan gembira Anggun. Kerna papa tahu, dikhianati itu bakalan ada. Dimusuhi itu menanti, siapa pun kita, kaya miskin pun kita, semua lalui jalan yang sama.

Dalam hidup, kita harus pegang ini. Tak semua hati orang kita boleh puaskan, tak semua hati orang larat kita jaga. Tapi tak apa, untuk relationship dengan siapa pun, yang paling penting adalah jaga setiap yang terjalin itu walau tak sempurna jalannya, sekurang-kurangnya kita cuba untuk jadi orang yang paling dilihat baik walau tak mampunya kita untuk jadi sempurna seperti yang mereka mahu.

Jangan jadi orang yang mudah untuk putuskan silaturahim hanya kerna perkara kecil, jangan mudah tersinggung jika dalam ramai-ramai kawan kita ada yang tak suka dengan kita. Cuma percaya satu; kita juga manusia. Manusia itu memang tak sempurna. Tapi untuk cari orang yang tidak memandang manusia tidak sempurna terlalu sedikit dan kita boleh kira.

Lihat sekarang disetiap status FB kita, berapa ramai yang menyindir antara satu sama lain? Walau yang ditulis itu kekasih sendiri, teman baik sendiri. Semua orang cari kesempurnaan. Tak, kita tak mampu untuk itu. Kita dilahirkan punyai cela. Semua manusia ada.

Cuba lihat ditwitter berapa ramai yang tweet kritik itu dan ini. Sudahlah distatus FB ramai yang menyindir, diruang twitter pula kita memperlihat diri kita sempurna tuding jari untuk sedapkan hati kita, puaskan hati kita, tumpahkan emosi kita, Untuk apa?

Hidup ini berat. Tapi akan sedikit ringan kalau hidup ini kita berkongsi. Kerna itu papa selalu mahu ada untuk Anggun disetiap kata yang mahu dikongsi Anggun, jadikan bahu papa destinasi untuk ditumpahkan air mata Anggun, jadikan mata papa ini tempat Anggun renung untuk sampaikan emosi Anggun, supaya tidak memberat sepertimana tertanggungnya setiap manusia itu jika perkongsian itu tidak ada.

Anggun, papa ada. Tumpahkan apa saja, papa janji akan bersama. Selamanya.
12:26 malam,
27 Mac 2012.

Jauh Disudut Tak Mahu


"Maafkan aku kerna tak mampu untuk jadi yang kau mahu, kerana tulang yang berdiri ini adalah aku seperti yang bukan kau mahu..."


Pernah aku berhabis air mata untuk aku sampaikan hati aku pada kau bahwa aku sedang menagih kasih yang semakin hari semakin hilang. Tapi waktu itu, kau hanya sapu air mata aku dengan satu soalan; Kenapa menangis?

Tidak seperti dulu saat aku berada dalam kondisi bagaimanapun, saat tersulit hebat manapun, terkadang kau umpama orang paling pintar dalam menyelesaikan apapun. Tapi kali ini, sudah tidak ada lagi. Aku terdampar ditepi sambil hari-hari aku terus menanti untuk kau terus tanya: kenapa? kenapa? kenapa? - saat wajah aku tak mampu zahirkan tawa dan senyum paling ikhlas.

Tak apa, aku cuba untuk jadi seperti biasa semata untuk aku tidak mahu beratkan fikiran atau keadaan kita. Kerna aku juga tahu, selain jalan liku kita, ada banyak lagi yang kau harus fikirkan. Hingga disatu saat, aku rasa kalah dengan rasa sendiri. Bagaimana lagi untuk aku zahirkan senyum paling ikhlas kalau hari-hari aku punyai rasa terpendam yang aku sendiri sukar untuk lafaz kan?

Duduk dimeja makan sambil memesan makanan tapi hati masih lagi bertanya sendiri; kenapa sekarang kau sudah berubah? atau kasih aku ini sekarang yang kurang hingga menjadikan kita ini semakin renggang dan hubungan ini tak bernyawa?

Cuma dalam setiap konflik kita, aku terkadang marah dengan diri sendiri kerana ego yang ada ini sukar untuk aku buang. Dan itu adalah jihad paling besar untuk aku tinggalkan. Kerna sifat egois ini terlalu sakit kerna ia dilihat tidak adil kepada kau.

Saban hari aku cuba bangun untuk jadi seorang yang lupa akan semalam. Tapi aku gagal. Dan setiap kali aku bangun dari tidur, perkara yang pertama aku lihat adalah talifon bimbit. Apabila aku tak dapat pesanan dari kau, satu hari aku mendung. Tapi kau tak tahu itu. Kerna, bukan itu yang aku pernah janji kepada kau dulu dimana dihari pertama aku lafaz mahu, aku berjanji untuk kebahagiaan kau.

Tentang lafaz cinta, semua bahagiakan? tanpa sedikit pun kita memikirkan sebaliknya. Bagaimana hidup ini kalau aku dan kau terpaksa berpisah untuk buat haluan masing-masing. Tidak pernah. Tidak pernah kita membahaskan itu. oleh kerana sifat kita berat sebelah, maka sekarang adalah pembelajaran baru bagaimana untuk aku berjalan sendirian.

Jujur susah. Selepas jiwa aku terkorban mati, perkara paling payah dalam hidup aku adalah menghiburkan diri sendiri. Tidak lagi kau. Selepas aku sudah tidak lagi berada didalam hati kau, tempat aku diganti dengan orang lain. Malah, kau mampu nikmati bahagia hingga terlalu cepat kau gantikan tempat aku.

Itu adalah perihal yang amat membahagiakan aku sekarang. Jujur. Kerna itu memperlihatkan bahwa cinta aku pada kau rupanya tidak sehebat yang aku sangka. Kerna bagi aku, aku telah cuba untuk jadi orang yang paling tulus untuk kau. Tapi rupanya tidak. Setulus mana pun cinta yang aku laburkan, kesetian mana pun aku letakkan dalam relationship kita, tidak pernah ada makna. Puas aku sakitkan diri sendiri untuk aku kata: padan muka. Tapi, ia tak pernah ada makna.

Hingga disatu saat aku belajar sendiri apa itu positif, apa itu hikmah, dan apa itu dugaan hidup. Kerna saat aku terjatuh dulu, tidak ada seorang pun yang hadir hulur tangga untuk kata; hey! bangun! Tidak! Malah, saat aku terjatuh semua teman-teman sekeliling aku lari untuk tinggal aku sama seperti kau.

Dengan keterpaksaan aku terpaksa mengadap ruang gambar kita untuk aku hapus satu persatu dalam setiap yang terakam untuk aku kata dalam hati; dia sudah jadi milik orang. Untuk apa? Untuk apa lagi disimpan?

maka; yang terwujud indah belaka dulu, aku simpan sebagai kenangan paling indah dimana aku pernah berada. Dan aku ingin sekali kata Terima Kasih untuk setiap yang terjadi ini. Kerna aku mungkin tidak akan menemukan kesempurnaan hidup tanpa kejadian yang menimpa ini.

Aku kirim doa lima waktu dengan nama panjang kau untuk kau terus bahagia dalam langkah hidup kau, dengan pengganti aku, dengan hidup yang bakal kau corak. Maafkan aku kerna tak mampu untuk jadi yang kau mahu, kerana tulang yang berdiri ini adalah aku seperti yang bukan kau mahu.


3: 25 pagi,
8 April 2012.

Cerita tentang hidup untuk kita memberi dan menerima.


Sudah sampai waktu untuk kau bangun dengan dua belah kaki. Sudah tibanya waktu untuk kau kata; kebalkan hati.

Aku tahu, payah. Tapi kalau kau cuba hingga tak terkecualikan hari, mintak doa hari-hari pada Tuhan, terkadang rencana yang dia bagi, boleh diubah-ubah. Tuhan juga ada rasa kasihan, apalagi kau-- Makhluknya.

Duduk diam, pejam mata. Fikir dalam-dalam jangan lagi ditanya; kenapa? Kerna hidup ini tidak pernah terjawabkan soalan 'kenapa' yang ikhlas ditanyakan oleh hati sendiri. Kerna hidup ini adalah perjuangan untuk sesuap nasi, takkan pernah berhenti selagi kita tak tutup mata.

Bangun itu rasa tempang sekarang. Kan? Kerana ia dalam kondisi belum bersedia. Terhenjut-henjut, terlalu tiba-tiba. Aku pernah rasa, dan kita pernah juga berada. Beza kita masa, beza kita keadaan.

Sampai masa, luka kering. Tapi untuk didik jiwa untuk jadi kering , bukan seperti lap air yang tertumpah atas meja. Ambil masa. Sudah waktunya kau hanya fikir; diri sendiri. Aku ditahap mana?

Mahu disayang lelaki itu adakah kita sudah siap untuk bersedia jadi terbaik untuk dia? Jadi isteri paling mithali buat dia ?

Mahu diisterikan seorang wanita harus ditanya juga diri sendiri sudah cukup kudrat untuk beri makan dia? Pimpin keluarga dengan bijaksana ?

Jatuh tak disimpulkan jelas kenapa, kita mahu cepat-cepat ini kita kejar siapa? Sudah cukup KASIH yang kita beri pada diri sendiri? Sedangkan sekarang pun sudah tahu SAKIT, ditoreh-toreh lagi jiwa hingga tak cukup darah tunggu orang yang tak pernah sudi?

Sudah cukup kuat kita beri CINTA pada pencipta yang tiap waktu tak terlepas untuk mengucap kalimah pada Tuhan? Adakah kita sudah cukup kenal dan cintai agama?

Soal lelaki, soal perempuan mahu dijodohkan aku ini pada siapa, bukan kerja kita. Itu kerja Tuhan. Berikanlah siapa, bancuhkan cukup gula hingga ada rasa, aku sambut irama untuk menari bersama.

Lelaki dan pempuan yang datang itu bersebab. Siapa pun. Walaupun si penghantar surat atau, si penghantar nasi lemak, semua datang ada tujuan. Kalau tanya lelaki; kenapa kita bertemu? Kalau tanya perempuan; kenapa kau hadir? Itu semua dari Tuhan. Kau hanya perlu ikut rasa.

Cuma sekarang keadaan terlalu baru untuk kita fikir rasional, hingga hilang semua pemikiran Degree dan Master kita. Sebab soal hidup dan cinta ini , lima puluh peratus mempengaruhi kita. Lagi sakit, kita buntu untuk cari bahu siapa? Untuk faham dan mengerti setiap yang kita lalui dan rasa. Tidak semua peduli, tidak semua ambil kisah ini sebagai 'tajuk' cerita mereka bagaimana untuk memahami kita.

Sakit.

Cuba kau bayangkan, bila kau jatuh terlambung dengan ombak menggila dunia, habis tersadai disudut tepi. Kau hulur tangan kiri minta dibangunkan kau dari seorang yang kau anggap istimewa; lelaki atau perempuan-- Tidak ada.

Dihulurkan pula tangan kanan untuk sahabat-sahabat lama yang berjuang teruk hidup bersama dulu, kini sudah senang, hanya datang untuk lihat tangan kau lalu pergi begitu saja.

Dan akhirnya kau tersadai dihujung tepi sambil mohon untuk dikeringkan setiapnya yang basah, luka yang terguris paling pedih dan kau cuba bangun walau 'sakit' seteruk mana sekalipun tanpa ada satu pun yang peduli. Hingga satu ketika, Tuhan hantar kawan-kawan tepi. Umpama diawang-awangan bisik pelan-pelan; kami kan ada.

Yang lihat luka kau sambil ambil kapas sapu darah yang mengalir. Melihat kau kesejukkan menggigil dihulurkan tuala untuk dikeringkan setiap yang basah. Atau mungkin juga dikutipkan kau dari kedudukan paling rendah untuk disikatkan rambut kau dan disapu bedak untuk diwangikan setiap rongga kau lalu diangkat menjadi 'seseorang' paling cantik dan yang paling segak.

Hingga satu saat apabila kau toleh kebelakang tentang PATAH dan JATUH nya orang lain, hati kau cepat basah untuk menangis betapa deritanya mereka melalui perpisahan.

Betapa PATAH nya wanita dicurangi lelaki. Betapa sakitnya ditinggalkan sahabat saat hati kau bisik perlu. kerna kau tahu, dulu kau pernah terhumban teruk hingga ADA yang sudi kutip untuk dimengertikan setiapnya.

Kita tidak boleh rasa betapa sengsaranya orang bila kita sendiri tidak pernah hadap. Kita tidak boleh bangunkan orang yang barai jiwanya, jika kita sendiri tak pernah jatuh.

Ini soal hidup, soal beri dan menerima. Percayalah, semua pun kita hadap benda sama. Watak dan masa kita yang berbeza-beza. Cuma jangan kecewa terlalu lama. Bangun!

3:04 pagi,
27 Oktober 2011.