Wednesday, 11 July 2012

Kadang-kadang aku penat untuk jadi orang yang pura-pura disebalik senyum palsu.

Sedang perasaan berperang dengan emosi rasa yang tak terhajat dalam hati berkali-kali.

Rasa seolah jadi orang paling bodoh dalam diam bertuhankan perasaan tanpa disadari.

Rasa orang paling buta untuk ianya saja apa-apa walau terpaksa korbankan hati yang kita sendiri tak sadari.

Tapi, manusia mana pilih jalan untuk rasa sakit? Manusia mana mahu rasa tak terpilih?

Diam--

Kadang-kadang aku selalu fikir untuk jadi besi berani untuk jadi orang paling gagah abad ini.

Kental untuk hadap hari-hari walau terpaksa jadi paling hipokrit pada diri sendiri.

Kerna aku tahu, perasaan yang lemah menjadikan emosi jahat kita menang juga tanpa kita sadari.

Dan manusia, selalu kalah dengan iman hanya kerana kita berperang dengan emosi.


1:51 petang,
12 Julai 2012.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment