Wednesday 28 March 2012

Berdua, selamanya.

Jalan ini cantik,
walau dalam debu.

Jalan ini bercahaya,
walau dugaannya tak pernah padam.

Memahami setiapnya,
Hingga dipertemukan oleh rasa.

Duhai arjuna jiwa,
Bakal suami saya.

Duhai anugerah terindah,
Bakal isteri saya.

Semoga ada,
Hingga hujung nyawa.

Nota: ditulis buat si mempelai yang akan disatukan bulan Julai, selamat berlayar dimedan perkongsian. Adalah nikmat paling mahal apabila semuanya itu; berdua. Moga kekal akhir hayat.

4:22 petang,
28 Mac 2012

Monday 26 March 2012

Buat apa kita sedih untuk mereka ketawa?

Untuk Anggun yang akan jalani hidup kelak, akan aku tiup kata ini selalu.

Hidup tak selalu cantik, sahabat tidak semua setia, manakala orang yang kita sayang juga tak selamanya menyayangi kita, melainkan keluarga kita. Jujur.

Aku akan selalu kata untuk Anggun ini, pembesaran dia untuk dunia yang kejam sekarang akan lebih kejam kerna jalan kita menuju akhir zaman.

Simpan air mata, jatuhkan pada yang cipta kita. Kongsikan hanya dengan keluarga kita. Kerna baik buruk kita, orang yang yang simpan cerita kita, keluarga kita . Bukan orang lain yang kata dia ada, tapi satu hari dia jadi musuh kita walau kita pernah kongsi susah senang bersama.

Berapa orang yang prihatin atas nama manusia, berapa kerat orang yang sudi hulur tangan saat kita terjatuh, berapa keping hati yang sudi untuk berkongsi cerita sedih kita, berapa?

Saat kita bukan siapa-siapa, saat kita ini tidak ada apa-apa, saat diri kita tidak ada dahan bagi penyangkut tangan orang yang ingin sesuatu diri kita, siapa yang ikhlas?

Kerna itu, bila Anggun lahir dari rahim Jelita nanti aku selalu ingin bersama dia. Selalu ingin ada dalam sedih dan gembira dia. Kerna aku tahu, dikhianati itu bakalan ada. Dimusuhi itu menanti, siapa pun kita, kaya miskin pun kita, semua lalui jalan yang sama.

Dalam hidup, kita harus pegang ini. Tak semua hati orang kita boleh puaskan, tak semua hati orang larat kita jaga. Tapi tak apa, untuk relationship dengan siapa pun, yang paling penting adalah jaga setiap yang terjalin itu walau tak sempurna jalannya, sekurang-kurangnya kita cuba untuk jadi orang yang paling dilihat baik walau tak mampunya kita untuk jadi sempurna seperti yang mereka mahu.

Jangan jadi orang yang mudah untuk putuskan silaturahim hanya kerna perkara kecil, jangan mudah tersinggung jika dalam ramai-ramai kawan kita ada yang tak suka dengan kita. Cuma percaya satu; kita juga manusia. Manusia itu memang tak sempurna. Tapi untuk cari orang yang tidak memandang manusia tidak sempurna terlalu sedikit dan kita boleh kira.

Lihat sekarang disetiap status FB kita, berapa ramai yang menyindir antara satu sama lain? Walau yang ditulis itu kekasih sendiri, teman baik sendiri. Semua orang cari kesempurnaan. Tak, kita tak mampu untuk itu. Kita dilahirkan punyai cela. Semua manusia ada.

Cuba lihat ditwitter berapa ramai yang tweet kritik itu dan ini. Sudahlah distatus fb ramai yang menyindir, diruang twitter pula kita memperlihat diri kita sempurna tuding jari untuk sedapkan hati kita, puaskan hati kita, tumpahkan emosi kita, Untuk apa?

Hidup ini berat. Tapi akan sedikit ringan kalau hidup ini kita berkongsi. Kerna itu aku selalu mahu ada untuk Anggun disetiap kata yang mahu dikongsi dia, jadikan bahu aku destinasi untuk ditumpahkan air mata dia, jadikan mata aku ini tempat dia renung untuk sampaikan emosi dia, supaya tidak memberat sepertimana tertanggungnya setiap manusia itu jika perkongsian itu tidak ada.

Anggun, papa ada. Tumpahkan apa saja, papa janji akan bersama. Selamanya.

12:26 malam,
27 Mac 2012.

Saya orang disebalik sindiran anda,
saya juga orang yang dijadikan tajuk bualan anda.

Dan saya,
Manusia seperti anda.

--BSA

Saturday 24 March 2012

"Saya tak mintak awak percaya, saya cuma mintak WAKTU untuk awak dengar saya.." --BSA

Friday 23 March 2012

Erti sebuah pengorbanan

Adalah dimana kita lakukan sesuatu tanpa kita letakkan apa pun status dia.

Adalah bila kita lakukan kebaikan hanya kerana tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk siapa pun di muka bumi ini atas nama manusia.

Adalah niat paling ikhlas bila kita gembirakan hati orang lain hanya kerana kita mahu bukan saja dia bahagia, tapi tempiasnya lebih dalam kita rasa.

Adalah sesuatu yang kita laburkan hanya kita letakkan keikhlasan tanpa kita minta balasan atas apa yang kita pernah berikan.

Izinkan saya untuk ceritakan satu babak ini. Tapi saya mohon anda menerima secara terbuka tanpa prejudis terhadap fahaman politik kerna soalan yang anda tanya, saya dapat rasa paling dalam pada 9 Januari 2012 lalu di Mahkamah Jalan Duta.

Saat hakim mengumumkan bahwa Anwar Ibrahim bebas dari pertuduhan, dan sahabat seperjuangan mengkhabarkan bahwa Anwar Ibrahim Bebas serta merta, saya tidak tahu kenapa air mata saya didepan mahkamah jatuh tak berhenti walau saya cuba untuk berselindung disebalik kain putih yang saya bawa, sambil saya lihat teman-teman tepi juga turut zahirkan sebak yang sama.

Terlalu ramai yang sebak dengan mengumuman itu sambil semua hadirin tadah doa syurkur dengan pembebasan Anwar dan kemudian saya tanya diri saya; kenapa saya mudah untuk tumpahkan air mata di Mahkamah Jalan Duta pagi itu?

adalah kerana selama 12 tahun saya mengikuti perjalanan politik Anwar sejak saya tingkatan 1, tidak terlintas untuk saya minta semua yang saya lakukan dalam setiap waktu berdoa agar keadilan itu ditegakkan dibayar, tidak sesen pun saya minta tambang teksi/bas/tol/minyak kereta/masa saya dibayar untuk kempen dalam perjuangan itu. Dan dengan ini saya temui jawapan kenapa 9 januari itu air mata itu terlalu murah.

Saya tidak pernah merasakan sedalam itu. Maka, erti persahabatan adalah bila kita ikhlas dengan setiap yang kita korbankan semata untuk lihat orang bahagia, percayalah bahwa kita akan terima nikmat hidup paling mahal. Tuhan akan tumpahkan salji dingin untuk kita lalui cuaca panas berkeringat dimana kita berhadapan dengan ragam manusia yang kita sendiri boleh kira berapa orang yang ikhlas.

Untuk anda, fahami. Hidup ini terlalu laju masanya. Tapi saya minta satu, jangan terburu untuk setiap yang lalu. Berkorban itu perlu, tapi kita lihat dulu ianya pada siapa?

Kalau itu adalah langkah terakhir untuk kita boleh selamatkan keadaan, Tuhan telah siapkan jalan paling cantik untuk ke syurga bagi mereka yang selalu berkorban, semata untuk melihat orang lain bahagia.


--BSA
3:50 petang,
23 Mac 2012.

Wednesday 21 March 2012

Kita ikhlas,
Orang suka.

Kita jujur,
Tuhan sayang.

--BSA

Lebih baik kita tak kenal.
dari kenal,
tapi macam tak kenal.

--BSA

Monday 19 March 2012

Ada apa dengan rasa?
Yang jelas kenal hidup dan mati.

Ada apa dengan lafaz cinta?
Kalau reti ungkap, tapi tak memahami?

--BSA
5:44 petang,
19 Mac 2012.

"Terima kasih kerna buang saya. Mungkin lepas ini saya tidak akan dapat orang yang tulus mencintai saya seperti mana tulusnya saya mencintai awak.." --BSA

Saturday 17 March 2012

MAHAL

Untuk beberapa hari ini, aku belajar apa itu kesederhanaan hidup.

Dan,

Walau tak banyak, ia cukup.

Ok awan, RM150 untuk sehelai baju itu mahal. Sekali lagi; MAHAL !

Merasa

Siapa pun,
Tuhan beri peluang untuk kita merasa,

Jadi seorang 'student'
Jadi seorang 'pekerja'

Bagaimana kehidupan seorang student,
Dan bagaimana kehidupan seorang pekerja,

Kita akan berada.
Untuk memahami apa itu arti kata:

Bagaimana rasanya?


Kuala Lumpur,
18 March 2012.

Friday 16 March 2012

Biar kita dikata apa pun oleh mereka, janji ia bukan dari kita. --BSA

Thursday 15 March 2012

Putus asa pamer siapa sebenarnya dirimu. --BSA
"Kalau awak kata saya tak faham awak, sekurang-kurangnya saya cuba untuk memahami.." --BSA

Wednesday 14 March 2012

Perkara paling membimbangkan aku adalah saat hati aku merasakan cinta. Tapi aku khuatir sejauh mana aku boleh jadi pelindungmu dan selama mana kau mampu bertahan dengan perahu usangku? --BSA

Tuesday 13 March 2012

Cahaya lampu hanya menemukan malam. Tapi cahaya aku, menemukan siang malam. --BSA

Monday 12 March 2012

Cinta Segera

"Aku ingin kau tahu, nilai sunyi aku itu bukan segalanya untuk hidup. Dan aku bernafas bukan kerana itu. Aku hidup kerana pemahaman diri aku sendiri dan aku tak perlukan CINTA SEGERA hanya kerana disudut hati aku tak ada siapa-siapa. "


Diam.

Biar aku cakap. Tentang cinta yang kononnya kau ungkap. Tapi mengertilah, itu lucu. Tak sedikit pun aku tertarik, apa lagi mengangkat lafaz cinta kau itu.

Remeh, itu terlalu enteng. Semudahnya satu perkataan kau ingin aku untuk bersama? Sejauh mana pengertian kau itu? dimana titik mula mahu kau lafaz itu?

Jujur, kau belum berjaya. Bukan saja tak berjaya menarik jiwa aku terbang, tapi memperlihatkan kau itu siapa sebenarnya; seseorang yang mudah melafaz cinta. Menurut kau, ungkap rasa cinta itu mudah? hanya kerana punya sedikit rasa?

Aku bukan murah. Dan bukan kerana itu meletakkan aku ini mahal. Tapi tolong, semua orang boleh ungkap tapi tak boleh memahami dengan sedalamnya. Maksudnya, jalannya, rasanya.

Aku bukan barang untuk kau cop 'I love you' hanya kerana status di FB aku bertukar single. Apalagi sekarang aku sendiri. Dan semalam kau cakap ditelifon; awak tak sunyi ke? - buat aku ingin meludah. Tapi sia-sia. Kau bukan ada depan mata.

Aku bukan manusia lemah hanya kerana aku tidak ada siapa-siapa. Sebaliknya aku ini seorang yang gagah berbanding kau yang hanya bangun tidur lalu memikirkan tentang 'kesunyian'. Aku bukan kau, dan jangan samakan aku dengan orang-orang lain yang hanya tahu menangis hanya kerana cinta.

Sini, aku kasi tahu. Tuhan tidak menjadikan cinta itu sebagai bateri tahan nyawa. Kalau aku tidak punyai dan nikmati cinta itu hari ini, tidak berarti aku mati. Malah, aku boleh kata tahniah untuk diri sendiri. Kerna kau pilih jalan segera sebaliknya aku pilih untuk: nanti dulu.

Aku tak tahu kenapa akhir ini aku ditemukan orang seperti kau? Orang yang saban waktu tanya soalan remeh; kau tak sunyi ke takda kekasih? - kau fikir aku apa? Anak kecil yang tersesat di mall? Atau anak kecil yang ditinggalkan oleh orang tuanya?

Sudahlah.

Aku ingin kau tahu, nilai sunyi aku itu bukan segalanya untuk hidup. Dan aku bernafas bukan kerana itu. Aku hidup kerana pemahaman diri aku sendiri dan aku tak perlukan CINTA SEGERA hanya kerana disudut hati aku tak ada siapa-siapa.

Tolong lah. Aku bukan dia, bukan mereka, atau siapa saja yang hanya tahu terbang dirasa pertama tanpa memahami sudut dan nilai itu sendiri.

Aku dipijak kerana itu. Aku lalui rasa pertama buat aku kata begini. Diambil aku hanya kerana rasa pertama, dicampak aku hanya kerana hilang rasa? Mana 'I love you?' Mana 'cinta sampai mati?' Mana 'aku perlu kamu?' Mana? Hanya kerana rasa kita mengusai segala lalu ungkapan itu dilafaz?

Kau, dia, mereka sama. Tidak ada cuba untuk menyelami rasa aku. Cuma ingin mengambil hati aku untuk bersama tanpa memahami dimana mahu aku, suka aku, pillih aku.

Cinta itu bukan sekadar ungkap tapi memahami. Bukan sekadar kau ungkap dengan sedikit rasa 'berdebar' kau kata itu cinta. Bukan.

Tolong jangan talifon aku lima kali sehari semata mahu tanya aku ini sudah makan atau belum. Kerna aku benci untuk orang yang terlalu prihatin atas perasaan cinta. Aku paling benci dengan orang yang meletakkan rasa cinta itu paling tinggi tanpa memahami. Kerna bagi aku itu sama saja. Mudah lafaz dan muda pergi.

Hidup ini adalah landasan pendirian. Dan aku berpegang pada itu. Tak salah kalau kau mencinta. Tapi menjadi salah apabila kau sendiri tak mengerti dan memahami cinta itu yang sebenarnya.

Bukan ungkapan ukurannya, tapi sejauh mana kita cuba untuk fahami nya.

12:08 siang,
12 March 20112.

Kau bagi aku satu,
aku beri semula lima.

Kau buang lima,
Aku takkan terima semula.

--BSA
10:03 malam,
12 March 2012.

menangis pada yang satu (TUHAN) , kuat pada yang seribu (MANUSIA) --BSA
Bukan ungkapan ukurannya, tapi sejauh mana kita cuba untuk fahami nya. --BSA
Izinkan aku bersandar dibahumu sebagai destinasi terakhirku, setelah aku lelah dalam bergelut dengan emosi dunia yang gila. --BSA
Tunjukkan padaku - bahwa diri kau, perlu aku. --BSA

Sunday 11 March 2012

Tanpa Tanda Tanya

sendiriku dalam ramai,
terasa senyap di antara bingar,
bertahan ku di tengah badai,
entah lah,
aku pun tak mengerti karena apa,
ada rintik di pagi ku yang cerah,
saat cinta penjarakan jiwa,
ketika sebuah rasa bungkam kan sejuta tanya,

apa?
bagaimana ?
dan mengapa aku mencinta?

yah,
ntah lah,
aku tak tahu mengapa, 

hati ini kalut,
lidah ini kelu,
tubuh ini kaku,

ketika mata ini hanya tertuju pada mu,
jiwa ini malu.
adalah dirimu jawaban satu di hati ku

--Tia Rizqi Aulia

11 March 2012
Tak apa. MANUSIA TAK AKAN PANDANG KITA KALAU KITA BUKAN SIAPA-SIAPA. Peduikan rasa kecil yang boleh bawa kita tak ke mana. Bina tapak untuk kita beritahu pada mereka ;aku ada harga. Bukan pada yang tak peduli, tapi pada yang saban waktu menghargai. --BSA

Saturday 10 March 2012

Isteri, syukur kita dalam melewati fasa cinta. Hari ini, dari jalan yang pertama. Tidak sesulit bagaimana mereka diluar sana tertimpa dengan musibah besar sebelum berdirinya masjid paling indah, memperisterikan seorang yang cantik bukan pada luarannya. --BSA

Friday 9 March 2012

Yang rugi itu dia,
kerna sudah kehilangan saya.

Orang yang tulus,
Untuknya.

--Tia Rizqi Aulia

Thursday 8 March 2012

Mereka boleh bilang apa pun mengenai diri kamu. Apa pun. Tapi mereka bukan ada 24 jam dalam hidup kamu. Maka; yang mengenali kamu adalah diri kamu sendiri. Dari pertama kecil lihat dunia, hingga hari ini kecapi dunia. --BSA
Kebahagiaan wujud apabila kita sendiri yang mencari pintu masuk, tanpa perlu memikirkan pintu keluar. --BSA
Wujudkan aku dalam pentas hidup kamu. Agar aku tahu, aku penting dalam hidup kamu. ---BSA

Wednesday 7 March 2012

Jangan bina dengan rasa,
kerna ia kenal mati.

Bina dengan persahabatan,
Kerna ia tak kenal mati.

--BSA

11:51 siang,
8 March 2012.

"Wanita, kerna kesempurnaan lelaki itu tak boleh dibeli dengan harga, maka terwujud hari ini sebagai hari pelengkap seorang aku dari perhatian seorang kamu, sosok wanita.." --BSA
Kekurangan aku di isi dengan hadir kau yang telah sempurnakan kekurangan aku itu atas nama; bahagia. --BSA
Rintik hujan ini petanda bahwa aku sedang tumpahkan air dilangit, untuk suburkan benih kasih rindu. --BSA
Kalau kita ingin hati kita dimengerti oleh dia, buka dulu sepenuh hati kita untuk mengerti hati dia. --BSA

Tuesday 6 March 2012

"lelaki faham apabila dihati perempuan itu wujud 'harga' dalam menghargai jiwa lelaki. Lelaki juga ingin dimengerti..." --BSA

Kutipan Film

KUTIPAN FILEM: andai kau punya 1 keberanian saja, mungkin hidupmu akan berbeda. --3 idiots
Jangan dikesahkan jika seorang pendukung kamu sudah tidak lagi mendukungmu. Sebaliknya, kesahkan ratusan malah ribuan pendukung baru yang hadir mendukungmu. --BSA
Pandanglah awan mendung di atas sana, pada tiap lengkung hitamnya terselip doa untuk kita. — @nurul_na_nurul
Lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita menerima. --BSA

Monday 5 March 2012

"Kau boleh letak aku dikandang tertuduh, tapi bukan dimahkamah kau.." --BSA
Bagaimana untuk aku dapatkan jaminan keadilan yang seadilnya jika hakim itu sendiri adalah seorang manusia? --BSA
Andai hari ini kau mengalah untuk kebahagiaan orang lain, satu hari nanti orang lain juga akan mengalah untuk kebahagiaan kau sendiri. Tuhan adil. --BSA

Sunday 4 March 2012

Question

"Ahahahahahahahahahhahaha" --BSA


"Ok.
So if the happy one is awan,
what about kiki?
is he happy as awan?
is he happy like awan?"

--Suraya Mustafa
3:27 pm,
3 March 2012.

Hanya KAU yang kenali diri KAU. Bukan dia, bukan mereka. Tapi KAU. --BSA
Kabahagiaan itu dikecapi apabila seseorang itu mengenali hati kita sedalamnya dengan satu sifat; Keikhlasan. --BSA

Thursday 1 March 2012

Lawan lah perang emosi dengan sifat paling rendah diri, untuk diri sendiri. Mengalah untuk beri kemenangan pada mereka, tidak berarti kau tewas. LAWAN ! --BSA
RT @pepatah: Doaku hari ini: Tuhan, aku ingin menjadi pribadi yang selalu penuh semangat, aku tidak ingin menjadi orang yang lemah.
Saya berkawan dengan semua orang biarpun sosok dia itu seorang yang sombong.

Kerna saya tahu,
Itu khilaf manusia.

dan dia tidak pernah minta untuk dilahirkan jadi begitu;
Seorang yang sombong.

--BSA
10:41 pagi,
2 March 2012.