Wednesday, 28 March 2012

Berdua, selamanya.

Jalan ini cantik,
walau dalam debu.

Jalan ini bercahaya,
walau dugaannya tak pernah padam.

Memahami setiapnya,
Hingga dipertemukan oleh rasa.

Duhai arjuna jiwa,
Bakal suami saya.

Duhai anugerah terindah,
Bakal isteri saya.

Semoga ada,
Hingga hujung nyawa.

Nota: ditulis buat si mempelai yang akan disatukan bulan Julai, selamat berlayar dimedan perkongsian. Adalah nikmat paling mahal apabila semuanya itu; berdua. Moga kekal akhir hayat.

4:22 petang,
28 Mac 2012

No comments:

Post a Comment