Tuesday 24 April 2012

Percintaan

Dipermulaan;
"I cintakan you sangat-sangat. I tak tahu macam mana I nak hidup tanpa you.."

Dipertengahan;
"I rindu you yang dulu.."

Diperhujung waktu bila kita jalinkan relationship paling jujur diakhirkan dengan;
"I rasa i tak sesuai dengan you. You terlalu baik untuk i.."

Bila tak jujur dicemuhnya;
"Sampai hati you buat i.."

Bila jemu, jawapan paling akhir adalah;
"Mungkin kita takda jodoh.."

Untuk jaga hati;
"Walaupun kita takda jodoh, i tetap nak jadi kawan baik you sampai bila-bila"

Kemudian,

Setengah jalan tak sampai beberapa bulan: BERCINTA DENGAN YANG LAIN.

Kemudian,

dimulakan lagi dengan permulaan semula seperti diatas.

Ulang berulang kali sampailah kita jumpa suami/isteri untuk journey paling hebat ini. Dunia bercinta sebelum kahwin.

2:45 petang,
25 April 2012.

GURU

Guru,

Setiap satu kapur,
Tertulis pertama dihatimu adalah;
Aku mahu mendidik.

Disetiap pagi,
Saban hari.

Guru,

Tanpa jemu,
Tanpa rasa tidak mahu,
Aku tahu setiapnya yang dididik,
Bisik hatimu;
Ia perlu--

Guru,

Hari ini adalah alasan dari mana ia bermula,
Dari sebatang kapur,
Di setiap bisik hatimu;
Perlu--

Pembimbing sejati,
Tulus disampaikan disetiap hati
Seluruhnya;

'Menjadikan seorang aku'

-BSA

Tumpahkan rasa, walau dimana.

dan bila blackberry aku telah tamat riwayat baterinya, aku jadi seperti ini. Tulis disetiap kepingan kertas, dimana-mana.

Monday 23 April 2012

"kau berdiri kat depan tu dengan harapan: JODOH la kononnya? - Kau Senyum2 tak nampak gigi tu simpulkan: comel lah harapnya?" --BSA
"Bila hati aku tengah kaya cinta, kau taknak menagih. Bila aku dah miskin kasih, baru kau nak tagih.." --BSA
"Lebih baik saya jadi blackberry dari jadi kekasih awak..." --BSA

Sunday 22 April 2012

"macam kertas. Kalau dah remuk, susah nak jadikan balik macam pertama kali. Pertama kali, waktu aku bagi.." --BSA

Saturday 21 April 2012

"Dalam banyak-banyak cahaya, awak pilih jadi apa untuk terangi malam saya?"

"Lilin"

"Kenapa?"

"Kalau dekat lama-lama terasa bahaya, kalau jauh lama-lama hilang cahaya"

--BSA

Kasihankan hati, beri ruang ia untuk mengerti. KUAT bukan untuk siapa-siapa; Untuk kita. --BSA

Thursday 19 April 2012

rayulah, mengadulah, katakanlah, tagihlah-- pada DIA. --BSA
tak dinamakan hidup kalau tak luka, tak dirasai nikmat hidup kalau tak lalui jalan duka. --BSA
Saat kamu menulis puisi, kamu akan menemui satu jiwa didalamnya. Dan itu, adalah diri kamu yang sejujurnya. --BSA

Wednesday 18 April 2012

Manusia memang tak pernah nampak benda depan mata. Bila ia pergi, baru tercari-cari benda yang hilang, iaitu seseorang yang pernah berdiri depan mata. --BSA

Tuesday 17 April 2012

Stalker

Untuk apa stalk hidup orang sedang diri sendiri benci untuk diambil peduli setiap inci ?

Untuk apa jadi seorang yang pengambil tahu sedang diri sendiri juga tak suka diambil tahu?

--BSA

Friday 13 April 2012

Separuh dari beban hidupmu memberat jika masa mudamu itu dihabiskan dengan bercinta. --BSA

Sunday 8 April 2012

"kamu adalah pelengkap untuk dunia bagi manusia bernama lelaki. kerna kamu itu wanita, kesempurnaan lelaki.."--BSA

Wednesday 4 April 2012

Rasa

Hadiah paling mahal diulang tahun aku adalah RASA. Terwujud disatu ketika yang aku sendiri tak pernah tahu ia datang dari mana.

Dan itu adalah;

rasa diantara aku dan kamu.

--BSA
6:15 petang,
4 April 2012.

Monday 2 April 2012

Kalau delete,
Dia terasa.

Kalau tak delete,
Kita terasa.

--BSA