Wednesday 28 November 2012

"Kalau diberi peluang untuk awak berbohong, apa yang awak akan lafazkan?"

"saya tak cintakan awak..."

--BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Mereka tengah tunggu kita buat silap. Sebab apa? Sebab mereka cari kesempurnaan hidup itu, adalah yang utama.

Jangan kita ukur jauh dekat kesempurnaan dalam hidup. Sebab apa? Sebab dalam mencari jalan kesempurnaan, kita tak akan jumpa jalan kebahagiaan.

--BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Jual sajalah EGO awak tu.. Kita semakin dewasa, bukan lagi remaja. Tak kemana pun kalau kita bawak berhari-hari. Kalau awak nak menang sekalipun, Tuhan tak restu. Bukankah saling tegur dan menyapa itu perlu?" --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tak ada yang hebat. Kita semua sama. Cuma yang tak sama, sesuatu yang dipanggil; belum sudah. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Kalau kau mintak aku lepaskan kau, aku boleh bagi apa yang mintak. Tapi bila aku dah lepaskan kau, kau jangan simpan harap untuk dapat aku balik. Kalau kau dapat sekalipun, itu hanya mimpi. Bukan realiti.." --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 27 November 2012

KEBAHAGIAAN

Malaikat saksi paling hampir.

Setiap yang digantung pada tubuh kita:

Kaos,
Celana,
Jam tangan,
Sepatu,

Benda mati justru tahu,
apa itu memaknai kasih sayang:

Kebahagiaan,
Impian,
Harapan,

Ia belum wujud tapi semua orang tetap mahu,
Biarpun mulai dengan angan-angan.

semua manusia tetap mahu itu;

'Kebahagiaan'

Manghargai apa yang ada, biarpun benda-benda mati tidak bernyawa.

Tapi ia lebih memahami,

dari orang yang wujud dan bernyawa,

Tapi kemanusiaannya mati dalam menghargai.

12:21 siang,
28 November 2012.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday 26 November 2012

Surat Untuk Aulia

Diluar hujan.

Secangkir kopi digaul dengan brown sugar yang harum. Aku hidupkan mesin taip yang selalu setia menemani.

Aulia,

Sudah hampir 7 bulan aku bermonoloq rindu. Tentang rasa dari pertama kali aku melihatmu. Diruang kecil perkarangan rumah dimedan, indonesia.

Aulia,

Aku dan kamu kini bersama. Mengharungi ranjau ombak dalam perahu kecil yang digayung aku. Hari ini, kita merasa sangat jaguh antara sesama.

Aulia,

Pernah sekali aku berbisik didalam hati tentang mahu aku padamu. Dikeramaian orang, dimana mereka yang hanya melihat muka diam aku tanpa tahu isi dan bicara kecil antara aku dan Tuhan.

TADAH TANGAN;

"Tuhan, syurga dunia adalah apabila kau menyerahkan dia menjadi isteriku.."

Harap yang tak pernah untuk aku berhenti: tidak.

Aulia,

Pertemuan pertama kita diperkarangan kecil. Kita tak ubah seperti orang yang berwajibkan menyapa kemudian pergi. Sore itu, kita ketemu pada waktu yang telah ditulis Tuhan: menyapa. Selepas khabar dan kegiatan mu dikhabarkan pada aku, kamu diam lagi. Terus melulu ke kamar dan membisu.

Aulia,

Ibumu cantik persis bunga yang sering mekar. Dikesempatan aku ingin kamu, kujadikan kesempatan itu menjadi jambatan penghubung diantara aku dan dirimu. Alhamdulilah, ibumu seorang pencerita yang tegar. Dalam komunikasi, kami nyambung dengan erat.

Aulia,

Masih ingat lagi 5 tahun lalu? Di majlis rasmi perkahwinan, kita bertemu. Iya, dari situ. Pelan-pelan Tuhan suburkan rasa aku untuk terus mendekat. Lalu, angin itu pergi tetapi tidak hilang hingga kini.

Aulia,

Oktober tahun lalu disejadah aku bersujud. Mohon untuk aku mendampingimu sebagai seorang yang istimewa untuk berjuang dalam hidup bersamamu. Tiap malam, tiap detik, aku tak pernah jemu untuk mohon agar kita menyatu.

Aulia,

Kiriman aku di wall facebookmu diendahkan sebagai kiriman dari orang yang hanya punya impian. Atau, mungkin saja darah yang mengalir antara kita itu darah yang hampir sebagai terlalu dekat. Dan ya, aku adalah orang yang punya impian. Impian untuk hidup berjuang bersama-mu.

Aulia,

Puas aku cari bagaimana caranya untuk aku dan dirimu mendekat bukan sebagai teman biasa. Ku kirim email setiap waktu untuk aku khabarkan rasa aku. Lalu, email pun berlalu. Mahal sungguh dirimu untuk membalas email yang isinya punya cinta.

Dari orang yang hanya punya impian, kukirimkan sms buatmu untuk aku sampaikan ini bukan rasa biasa. Seperti biasa, smsku tidak punya harga. Semahal dirimu menerima cinta dalam hidupmu.

SUARA DALAM HATI;

"Tuhan, orang yang paling sukar menerima cinta dalam hidupnya, orang itu adalah orang yang paling setia pada mahu-nya.. Iya kan Tuhan?"

Kukirim monolog dalam hati. Bicara kecil dalam hati Tuhan maha mendengar.

Oktober tujuh datang dengan paling istimewa. Dengan harap Tuhan sampaikan aura, kali ini dengan suara. Kuucapkan padamu selamat ulang tahun waktu itu dikedai makan. Aneh ya, aku punya keberanian untuk lakukan itu: menalifon-mu dengan sejuta satu dentuman dihatiku. Aku seolah berjihad untuk bertempur dengan rasa gementar untuk berhubung denganmu melalui suara. Aku jadi seorang yang pemberani untukmu!

Alhamdulillah, selepas wall di facebook, email, dan sms aku hanya untuk dibaca tanpa serius dalam membalas, Tuhan buka pintu hatimu selepas itu. Dalam hidup aku sendiri, aku tak pernah tahu apa itu arti putus asa selain aku tanamkan keyakinan untuk apa pun tindak aku.

TADAH TANGAN;

"Tuhan, izinkan sedikit rasa aku pada aulia agar turut dirasa dia. Biarpun sedikit, aku yakin menjalar dan merebak.."

Dari talifon akhirnya kita bersua muka di skype. Ya Tuhan, aku seolah berbicara dengan bidadari yang baru Turun dari syurga. Kau adalah wanita paling cantik secantik lautan disamudra. Dihatimu, aku temui matahari. Dihatimu, aku temui bintang. Dan dihatimu, aku temui mendung hujan. Sempurna.

Bila guruh hujan pada hati setiap manusia itu berhenti, maka terbit pelangi yang cantiknya itu dirasai nikmat pada setiap orang yang diuji. Dengan kuasa skype, rasa antara aku dan kamu merebak hingga kita terperangkap dengan rasa yang jauh dalam menemui pintu keluar.

Aulia,

Dengan setiap rasa ikhlas aku buatmu, dengan setiap doa pada sujud ilahi, kamu di bandara LCCT Malaysia untuk suburkan rasa kita. Waktu itu aku seolah bermimpi pada pagi selepas subuh. Kamu berdiri bukan di skype. Tapi berdiri didepan aku dengan baju cantik berwarna jingga. Kemudian, kita kedunia yang kita idamkan seperti sekarang;

"Rasa antara aku dan kamu"

Menyemai cinta pada dirimu bukan seperti rasa biasa. Betapa aku bangga mendampingimu sebagai wanita paling cantik didunia, dan hingga hari ini kita masih berjuang untuk tempat kita kesana:

'masjid dimana imam-mu aku, dan kamu disisiku sebagai seorang isteri buatku'


8:49 malam,
26 November 2012.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jangan salahkan cinta,
Kerna itu hadiah ilahi.

Salahkan diri sendiri,
Kerna selalu ingin memiliki.

--BSA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 23 November 2012

"Antara rasa saya dan rasa awak, awak rasa Tuhan setuju tak?" --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Antara aasa saya dan rasa awak, awak rasa Tuhan setuju tak?" --BSA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 22 November 2012

"Awak ok?"

"..ya. Saya ok"

"TAK! Saya tahu, awak tak ok"

--BSA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Iaitu: tertulis.

Assalamualaikum awan :) 

Kawan saya yang recommend suruh hantar email dekat awan. HAHA.

setelah lama memikirkannya, baru sekarang saya rasa, okay ini masa yang sesuai :D

Saya tak ada masalah cuma sedikit rasa yang tersimpan lama dalam hati. Apa orang cakap ye "memendam rasa" haa

Sebenarnya saya tak tahu macam mana nak mulakan. tapi sejak kebelakangan ni saya dah banyak lukakan perasaan orang lain.

ye, saya sukakan sorang lelaki ni. tak begitu kacak ye kawan saya cakap langsung tak handsome. Saya tak pedulikan tu semua. Saya rasa sangat selesa, sangat selamat. Dia persis ayah saya :)

Saya ni pattern yang tak percayakan lelaki. Pada saya semua lelaki ni bersifat binatang , tak berperikemanusiaan.
Menggunakan wanita hanya untuk nafsu semata. Saya tahu semua lelaki tak macam tu, awan juga. Tapi kebanyakan yang saya jumpa , macam tu. *sigh.

Saya cuma percayakan ayah saya dan arwah datuk saya, mereka lelaki terbaik dalam hidup saya :) tapi lama kelamaan persepsi saya berubah. Ye, saya dikelilingi lelaki yang buat saya percayakan mereka :)

Saya ambil course engineering. tu yang ramai kawan lelaki yang rapat tu :) Hihihihi. And saya sangat disenangi mereka, Alhamdulillah. Tapi dalam ramai ramai tu cuma satu yang menarik hati :) Saya ringkaskan dia sama macam ayah saya :') Senang cakap, saya sayangkan dia. Bila berjauhan dengan keluarga, dia ada di samping saya. Bila saya berkecil hati dengan rakan perempuan, dia p marah kan kawan saya tu :) HAHA. 

Sudah dua tahun saya sukakan dia. ye, dia tahu. Orang cakap kalau suka kan orang lain, simpan, takut perasaan sayang tu berkurang. hanya mengadu pada Allah :) Tapi pada saya, saya lebih suka bagi tahu "weh, aku paling sayang kau hari ni" "weh aku suka kau" "weh hari ni kenapa kau sangat jerk" Itu cara saya, sebab saya sangat takut menyesal tak sempat bagi tahu betapa saya sayangkan dia.

Lagi pun itu yang di terapkan dalam keluarga saya. Sudah hampir tiga tahun saya menunggu dan berdoa ye agar hati saya berubah. Kadang kadang saya rasa, betapa annoying nya saya ni. Bila orang tengok kami memang seperti sepasang kekasih. Saya tak tahu macam mana nak cakap, tapi sejujurnya dia layan saya dengan sangat baik *kadang kadang ikut sesuka hati dia* 

Wahai awan, cuti semester saya dah nak habis, semester hadapan saya akan berjumpa dia lagi.

Kadang kadang saya takut. Saya tutup hati saya untuk lelaki lain. ye saya pernah di maki teruk kerana dia yang sangat saya suka. tapi demi hati saya, saya pertahankan jua :') tapi hati dia sikit pun tak pernah terdetik untuk saya *jangkaan saya* Ibu saya cakap, saya ada satu kelebihan iaitu instinct . naluri. Apa yang terdetik di hati saya, itu yang betul. Kadang kadang orang cuma cakap : Alahh, sangka buruk je tu. Dan apa yang sangka buruk tu lah yang terjadi . dan instinct saya sangat kuat bila dengan encik magic man . HAHA. bila saya macam nak terserempak dengan dia, jantung saya akan berdegup kencang. ye, 5 minit lepas tu dia muncul depan mata saya :) pernah satu hari tu saya tak boleh tidur. Rasa macam tiba tiba nak menangis. terus saya text dia "Anything bad happen" and he said" baru lepas accident" See encik awan :) 

Sekarang ni macam mana saya nak buat biar saya berubah hati sikit. tak ada lah saya cuma nampak dia sorang je. Bila apa apa dia buat tak ada lah perasaan tu menggangu sangat. Maksudnya kalau dia murung, dia demam, saya turut rasa kan kesakitan tu -.-" Mungkin saya terlalu sayangkan dia wahai encik awan. Hihihi.

Wahai encik awan, sampai kan salam saya buat encik magic man ) Semoga dia sentiasa sihat dan berada dalam keadaan ceria. Sampai kan salam rindu saya kepada dia. Biar dia juga rasa apa yang saya rasa setiap kali saya terpandangkan dia :) Wahai awan, beritahu dia :) Tak akan ada orang yang sangat sukakan dia yang terima dia daripada dia langsung tak ada apa apa. Rupa, duit semua zero :P HAHA, macam saya terima dia seadanya :D terima kasih awan :D


--


Walaikumsalam!!!

Panjang lebar tulisan ini terbang terus ke blackberry saya. Pertama saya mohon maaf kerna ambil masa yang cukup lama untuk balas. Kerna sekarang saya terima cambahan email setiap hari.

Email awak diantara email yang saya simpan sikit lama untuk jawab kerna saya teliti dengan setiap luahan rasa hati terpendam awak.

"instinct - naluri"

Seperti dalam tulisan awak, instinct itu selalu buat saya teringat pada biadadari saya. Iaitu kekasih saya yang jelita.

Kekasih saya sering jadi orang yang paling tepat dalam rasa bagaimana saya biarpun seharian saya sibuk dengan urusan saya. Tapi instinct dimana waktu saya lapang, apa yang saya buat dia seolah tahu.

Hebatkan wanita?

Naluri adalah kelebihan orang perempuan yang selalu saya fikir itu terlalu kagum. Dan bayangkan golongan hawa ini boleh baca sesuatu hal hanya dengan rasa.

Pernah saya menulis pepatah BSA dengan ringkasan ayat ini terdahulu:

"Wanita, benda yang dia tak boleh nampak pun dia boleh rasa" --BSA

Dan,

"Awak ok?"
"..ya. Saya ok"
"TAK! Saya tahu, awak tak ok"

See?

Awak,

Pada tulisan awak, tentang tanggapan awak pada lelaki, rasa kecewanya awak pada seseorang hingga tempiasnya turut terasa rintiknya.

Tapi, awak bila kata persepsi awak pelan-pelan terkikis tentang tanggapan yang dulu, sejujurnya itu mendidik awak positif. Kerna satu hari nanti, imam untuk jalan awak itu, adalah lelaki. Alhamdulillah.

Salah satu sebab kenapa saya siar email ini diblog adalah kerana keunikan yang tersendiri. Awak dan si lelaki tidak bercinta, tapi punyai rasa yang dalam. Saya rasa itu menakjubkan!

Awak,

Kalau awak nak tahu, indahnya syurga bagi pasangan itu adalah bercinta selepas nikah. Ya Tuhan, halalnya untuk setiap sentuhan. Dan asal awak tahu juga, percintaan sebelum nikah dan selepas nikah jauh 90 persen tak sama sepertimana kita bercinta sebelum nikah. Perjuangan yang bermula adalah selepas lafaz SAH yang diaminkan sekalian orang, saat itu perjuangan bermula.

Tentang bagaimana awak nak elak untuk meredakan perasaan awak pada lelaki itu, saya tidak punyai satu 'magic tink' selain awak cuba untuk jadi diri sendiri untuk buat apa yang awak suka. Sibukkan diri dengan dunia awak. Dan bila rasa awak sibuk, pelan-pelan dia jadi orang nombor 2 selepas awak jadikan diri awak orang pertama untuk fikir tentang awak sendiri.

Awak,

awak percaya tentang ketentuan dan yang tertulis? Cuba awak fahami setiap apa yang dimaksudkan 'tertulis' .

Kalau awak faham akan maksudnya, awak akan menemui satu jawapan pada persoalan yang tiap hari disoal-soal hati awak tentang dia:

Dibangun pagi awak,
Dimalam tidur awak,
Makan tengah hari awak,
Minum petang awak,

Jarang terlepas babak itu.

Awak,

Cuba jalankan aktiviti.

Cuba sesuatu yang tak pernah awak buat,
Kurangkan masa untuk berfacebook atau juga twitter. Sebab apa? Sebab kalau awak on facebook, tangan tu rasa nak stalk profile facebook dia je kan? Kemudian baca komen dari atas sampai bawah. Kalau ditwitter, sibuk cari siapa mention dia dan cari topik apa dibualkannya. Stalk apa yang di tweet sepanjang hari kot-kot dia tulis tentang awak. Eceh. Cweet !

Ok,

Awak,

Awak niat dia dalam hati awak tapi jangan simpan tinggi dalam meletak harap. Simpan cuma niat untuk kalau-kalau Tuhan setuju rasa awak dengan dia.

Berkawan seperti biasa, dan fahami istilah tertulis. Hati awak akan redha, seluruh anggota awak akan menerima apa yang pernah awak fahami;

Iaitu: tertulis.


1:14 pagi,
23 November 2012.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

kita boleh jadi seperti apa yang dia minta, tanpa mempeduli bagaimana sebenarnya seorang kita hanya kerana RASA kita pada dia. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 20 November 2012

Janji Tuhan, yakin.

Asalamualaikum awan.

halo awan,

sebelumnya saya ingin mengucapkan terima kasih atas waktu yang awan luangkan untuk membaca email dari saya.
awan,

orang bilang awan akan slalu mendengar apa pun keluh kesah, seperti yang awan tulis di blog awan "awan si pendengar setia". untuk itu saya ingin awan mendengar cerita saya kali ini...

awan,

sama seperti awan yang sekarang sudah mempunyai bidadari, saya juga telah punyai arjuna tergagah saya, arjuna gagah yang di kirimkan Tuhan sebagai hadiah terindah bagi seorang saya.

awan,

saya tau jalan yang sulit akan semakin mengasilkan sesuatu yang lebih indah, saat ini saya sedang berada jauh dari arjuna saya, mungkin kini yang ada bukan hanya kata "rindu" mungkin lautan rindu pun saya sudah punya, bahagia, Tuhan beri kita bahagia namun tidak semua manusia suka dengan bahagia yang tuhan beri buat kita, begitu lah saya dan arjuna saya saat ini.

awan,

awan ingat tulisan awan?

"Kalau aku pencil,
Kau adalah kertasnya.

Kalau aku tulis,
Mereka diluar sana jadi pemadamnya"

--BSA

dan saat ini saya rasa saya layu. Saya rasa saya terlalu ingin berada di bahu arjuna saya untuk tenangkan hati saya, untuk luah kan rindu dan bersihkan mereka yang telah menjadi pemadam dalam tulisan cerita cinta antara saya dan arjuna saya.

awan,

apa yang harus saya lakukan? jika jawaban awan adalah saya harus pergi ke tempat arjuna saya berada, saya rasa itu bukan lah jawabannya awan. hal ini tidak semudah seperti membuang rindu dengan bertemu,,

karna..
antara kota mu
dan kota ku
ada lautan yang jadi jarak antara engkau dan aku pisahkan raga namun hati tetap menyatu

antara kota mu dan kota ku,
terselip jutaan rasa rindu
lantunkan nyanyian puisi syahdu sayang ku,
disini aku menunggu..

Jakarta, Indonesia.

--

Walaikumsalam,

Terima kasih emailnya yang syahdu hingga terasa dihati.

Tentang cerita dan rindu. Dalam perjuangan cinta, kita dipertemukan dengan pemadam pencil.

Tentunya masih segar dalam ingatan saya tentang tulisan lama yang saya khayalkan tentang bencinya orang melihat kebahagiaan.

Tetap terus tersenyum biarpun sedayanya orang cuba untuk jauhkan hubungan apalagi memecah belahkan silaturahim sesama.

Hidup,
Risikonya ada.

Bercinta,
Pengorbanannya besar.

Untuk rencananya, kita sebaik-baik khalifah didunia untuk mahu tetap hidup makmur berbakti. Menghargai manusia lain, dan memahami jalan setiap yang dilalu orang lain biarpun antara mereka bukan ada pertaliaan, tapi hubungan sesama, kita wajib untuk berbuat baik.

Sahabat,

Niat baik kita, saksi baik dekat adalah malaikat. Manakala saksi paling hampir mendengar adalah Tuhan.

Manusia sekarang pecah dua.

Satu,

Golongan yang diantara cintakan kedamaian dimana apa pun yang baik, disatukan. Kerna bagi golongan ini, kebahagiaan itu mahal untuk setiap rasa antara dua hati.

Dua,

Golongan yang iri dan dengki tidak suka akan kebahagiaan orang lain. Kerna jalan golongan ini tidak sempurna sepertimana mata dia melihat kebahagiaan orang lain.

Sahabat,

Biar niat yang ada dalam hati itu mekar.

Sahabat,

Tetap terus jalan dengan keyakinan. Kerna dengan keyakinan, adalah kekuatan untuk jalan hidup yang penuh pancaroba.

Tiup dan hembuskan pada arjuna kamu tentang rindu. Angin yang sampai jauh biarpun berjuta batu, izin Tuhan dia rasa.

Ketahuilah jalan paling hebat, nikmatnya besar tak terkata.

Andai kamu dan arjuna kamu disatukan dalam perjalanan sebelumnya yang berat, kalian berdua akan ditemukan dengan nikmat paling lazat dari Tuhan.

Ini janji.

Janji dari Tuhan kepada setiap yang baik dan sabar.

Gagahlah!


12:01 malam,
21 November 2012.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday 19 November 2012

Kalau dah cinta,
Till Jannah katanya.

Kalau dah tak suka,
Pandang muka kita pun dah taknak.

--BSA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TAK SEDAR BODOH

Malam datang lagi.

Aku benci,
kerna setiap detik hening malam itu,
Rasanya lama.

Kau telah pergi bersama orang yang kau pilih.

Bodoh aku kerna terus mahu,
Menagih simpati pada orang yang hanya mahu pakai aku.

Kenapa aku masin ingin jadi orang bodoh untuk terus bersama dan mendekat?

Lagi bodoh aku tak punya rasa bodoh,
Cuma yang aku tahu adalah mahu.

Aku cuba untuk ikat rasa mahu dekat,
Tapi apa yang aku lalu: tewas dengan SAYANG.

Yang pertama itu hidup,
Aku cuba bunuh tapi tak mati-mati.

Kasihannya aku yang tak difahami semua orang.

Tak semudah lafaz;

Sabar,
Sudahlah,
Jangan fikir lagi,

Sekarang aku cuba bayangkan:

Bahwa sekarang kau sedang maki aku dengan ungkapan ini;

"Aku dah taknak kau lagi!"

Tapi itu yang aku bayangkan.

Realitinya,
Aku ditinggal tanpa ungkapan.

Digantung,
Tapi takda tali.

Macam mana RASA MAHU aku mahu mati?

Kerna yang hilang itu kau,
Rasa aku ada lagi.

Saat ini,
Kau pergi.

Kemudian kau datang lagi:

'Saat kau rasa, kau nak pakai'


1:40 pagi,
20 November 2012.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Kau ingat aku nak menangis? Menangis untuk aku tunjuk kat kau yang aku lemah? Kau ingat air mata aku murah? " --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Tuhan dah tunjuk. Depan mata aku..." --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Saya tak rugi hilang awak. Awak yang rugi hilang saya. Sebab apa? Sebab awak baru kehilangan org yang ikhlas dengan awak" --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 18 November 2012

"Cinta saya pada awak, takda expired date" --BSA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 17 November 2012

"Awak, untuk kejujuran harga dia brapa? Bungkus ya! Kejap lagi saya datang ambil" --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 16 November 2012

Mahal

Kawan,

Jadi manusia itu,
biar diletak harga paling tinggi buat diri kita.

Jangan jadi orang yang hadap dengan cinta dimana berTuhankan perasaan dalam menghukum hati sendiri.

Kawan,

Jadi manusia itu,
orang nilai bukan dari ego yang tebal dalam diri kita.

Kerna jutaan orang diluar sana hukum kita dengan mata,
bukan hati.

Kawan,

Diluar sana,
Banyak yang berkepentingan
tanpa pandang kita dengan kemanusiaan hati.

Diluar sana,
hampir sembilan puluh sembilan persen hukum kita dengan sikap kita,

Biarpun mereka belum cukup kenal,
kita bagaimana.

Kawan,

Jadi manusia biar mahal,
Tapi murah dalam menyapa.

Bukan semai ego,
Tumbuh,
Bergenerasi,

Dan kemudian;

''Dendam"

Jujur,
Tak kemana.


--BSA
6:20 petang,
16 November 2012.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PUTUS!

Bila NAK,
sejuta kata kau tumpahkan untuk jadikan jalan kita Sehala.

Bila TAK NAK,
satu alasan kau laburkan dengan kata

"KOMITMEN"

Bila SUKA,
berkali-kali kau kata

"Saya cintakan awak"

Bila TAK SUKA,
hanya sekali kata kau letak

"Saya tak layak untuk awak"


--BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Datang,
Kemudian singgah.

Singgah,
Kemudian hilang!

--BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Berkata tak sama seperti melaksana. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Bila kita fikir KALAH, kita akan KALAH. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 15 November 2012

"Kalau awak tak ketuk pintu hati saya, macam mana saya nak bukak?" --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Kenapa awak tak marah?"

"Sebab saya bukan awak.."

--BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 14 November 2012

Siapa yang SUDAH,
semua diberi gelar hebat.

kerna apa?
Kerna kita PERNAH.

--BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Kalau dah nak,
Yang tak boleh jadi boleh.

Bila dah taknak,
Yang BOLEH jadi TAK BOLEH.

--BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Kalau aku bagi kau pakai kasut aku yang tak sama saiz dengan kau, agak2 kau rasa selesa tak?" --BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Hidup ini, kita tak boleh minta semua orang untuk suka kita. Kerna pada hati setiap orang itu, tak seperti apa yang kita harapkan; iaitu kebaikan dan keikhlasan. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 13 November 2012

Bukan untuk tuding jari salah siapa, tapi untuk duduk dan bersemuka; harus bagaimana kita? --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Kita dihargai, kerna menghargai. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Siapa yang SUDAH, semua diberi gelar hebat. kerna apa? Kerna kita SUDAH. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 11 November 2012

"Kalau kita hargai apa yang kita ada, tentu kita tak cemburu apa yang orang lain ada.." --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Tahu sebab kita tak nak kalah dengan ego kita? Sebab kita selalu harap dia untuk jadi macam kita..." --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Kalau kita fikir pengorbanan itu perlu sekarang, kita pasti tak terfikir untuk sesuatu yang kita peroleh untuk akan datang.." --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Sabar, belum masa untuk masanya..." --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Muda bercinta, muda2 sudah terpenjara" --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jadi apa yang kita nak jadi. Ianya dari kita, untuk kita. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 10 November 2012

"Muda bercinta, muda2 sudah terpenjara" --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Berdoalah pada Tuhan untuk dilembutkan hati setiap manusia agar memaafkan setiap tingkah kita yang terlanjur melukai tanpa kita sedari. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 9 November 2012

Bila kesombongan dibalas kesombongan, kita akan kalah. 'Kita' --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Ada button unfollow kan? Kalau rasa tak suka baca sebab semak, tekan button tu. Button unfollow" --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Kenapa? Jijik? Kenapa masa mula-mula tak jijik? Sebab suka sangat?" --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 8 November 2012

"Kalau bercinta tapi jiwa terpenjara, buat apa?" --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DIAM PADA MAHU SENDIRI

Bercinta hanya kerana kita mahu punya SESEORANG sepertimana orang diluar sana ada CINTA.

Tapi jujur didalam hati, fikiran dan jiwa kita terpenjara: Maka cinta itu untuk apa?

Kenapa kita berpura untuk jadi sepertimana yang dia suka? tanpa mempeduli mahu hati sendiri?

Jalannya kalau bertahun, itu bukan pemahaman cinta.

Cinta itu untuk dirasai bukan dimiliki.

--BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 7 November 2012

Bila kita dihina, jangan marah. Cukup sekadar RT penghinaan itu. Cuba kita pandang diri kita lalu bilang; kita bukan org macam dia. --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kejahatan yang bergenerasi; dendam.

Rasa kejam manusia adalah disebalik masa lalu yang pernah mereka lalu.

Tak ramai yang mencintai erti disebalik kata;

"Redha"

Ramai yang hanya mahu memenuhi rasa puas disebalik tak tertunai hati;

"dendam"

Lalu,

Bila kita tak redha,
itu bermakna kita dendam.

Dan,

Makna disebalik dendam,
Adalah sahabat bergenerasi pada sebuah kejahatan.


--BSA
7:55 malam,
7 November 2012.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Tingkah saya, adalah dari hormat awak..." --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 6 November 2012

"terkadang kita duduk diam-diam pun boleh jadi salah.." --BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuhan akan bayar.

Samaada disini,
Atau disana.

'Tuhan tidak berhutang'

--BSA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday 5 November 2012

Biar TAMAT hari ini,
dari TAMAT akan datang.

Biar diputus bertali,
Daripada gantung tak bertali.

--BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Bila kita dah jujur,
Curiga.

Kalau kita tak cerita,
Dikata kita tak jujur pula.

--BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Kalau tak kecewa, kita tak belajar hidup..." --BSA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 4 November 2012

"Puisi ajar diri kita makna jujur dalam menulis..." --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"kenapa kita harus malu pada perasaan kita? perasaan itu'kan datang sendiri?" --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 3 November 2012

"Orang yang menghargai kita, adalah orang yang tak pernah kenali kita.." --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 2 November 2012

Memaknai

Justru, benda yang mati lebih memaknai kehidupan daripada benda yang hidup.

Untuk hidup, kebahagiaan itu harus tunduk izin pada benda yang hidup:

'Manusia'

Biarpun benda mati lebih memahami setiap yang tertulis ianya ketentuan:

'Tuhan'

--BSA
1:03 siang,
3 November 2012.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Kalau kita tidak menang sekalipun, kita bukan seorang yang kalah.." --BSA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone