Kawan saya yang recommend suruh hantar email dekat awan. HAHA.
setelah lama memikirkannya, baru sekarang saya rasa, okay ini masa yang sesuai :D
Saya tak ada masalah cuma sedikit rasa yang tersimpan lama dalam hati. Apa orang cakap ye "memendam rasa" haa
Sebenarnya saya tak tahu macam mana nak mulakan. tapi sejak kebelakangan ni saya dah banyak lukakan perasaan orang lain.
ye, saya sukakan sorang lelaki ni. tak begitu kacak ye kawan saya cakap langsung tak handsome. Saya tak pedulikan tu semua. Saya rasa sangat selesa, sangat selamat. Dia persis ayah saya :)
Saya ni pattern yang tak percayakan lelaki. Pada saya semua lelaki ni bersifat binatang , tak berperikemanusiaan.
Menggunakan wanita hanya untuk nafsu semata. Saya tahu semua lelaki tak macam tu, awan juga. Tapi kebanyakan yang saya jumpa , macam tu. *sigh.
Saya cuma percayakan ayah saya dan arwah datuk saya, mereka lelaki terbaik dalam hidup saya :) tapi lama kelamaan persepsi saya berubah. Ye, saya dikelilingi lelaki yang buat saya percayakan mereka :)
Saya ambil course engineering. tu yang ramai kawan lelaki yang rapat tu :) Hihihihi. And saya sangat disenangi mereka, Alhamdulillah. Tapi dalam ramai ramai tu cuma satu yang menarik hati :) Saya ringkaskan dia sama macam ayah saya :') Senang cakap, saya sayangkan dia. Bila berjauhan dengan keluarga, dia ada di samping saya. Bila saya berkecil hati dengan rakan perempuan, dia p marah kan kawan saya tu :) HAHA.
Sudah dua tahun saya sukakan dia. ye, dia tahu. Orang cakap kalau suka kan orang lain, simpan, takut perasaan sayang tu berkurang. hanya mengadu pada Allah :) Tapi pada saya, saya lebih suka bagi tahu "weh, aku paling sayang kau hari ni" "weh aku suka kau" "weh hari ni kenapa kau sangat jerk" Itu cara saya, sebab saya sangat takut menyesal tak sempat bagi tahu betapa saya sayangkan dia.
Lagi pun itu yang di terapkan dalam keluarga saya. Sudah hampir tiga tahun saya menunggu dan berdoa ye agar hati saya berubah. Kadang kadang saya rasa, betapa annoying nya saya ni. Bila orang tengok kami memang seperti sepasang kekasih. Saya tak tahu macam mana nak cakap, tapi sejujurnya dia layan saya dengan sangat baik *kadang kadang ikut sesuka hati dia*
Wahai awan, cuti semester saya dah nak habis, semester hadapan saya akan berjumpa dia lagi.
Kadang kadang saya takut. Saya tutup hati saya untuk lelaki lain. ye saya pernah di maki teruk kerana dia yang sangat saya suka. tapi demi hati saya, saya pertahankan jua :') tapi hati dia sikit pun tak pernah terdetik untuk saya *jangkaan saya* Ibu saya cakap, saya ada satu kelebihan iaitu instinct . naluri. Apa yang terdetik di hati saya, itu yang betul. Kadang kadang orang cuma cakap : Alahh, sangka buruk je tu. Dan apa yang sangka buruk tu lah yang terjadi . dan instinct saya sangat kuat bila dengan encik magic man . HAHA. bila saya macam nak terserempak dengan dia, jantung saya akan berdegup kencang. ye, 5 minit lepas tu dia muncul depan mata saya :) pernah satu hari tu saya tak boleh tidur. Rasa macam tiba tiba nak menangis. terus saya text dia "Anything bad happen" and he said" baru lepas accident" See encik awan :)
Sekarang ni macam mana saya nak buat biar saya berubah hati sikit. tak ada lah saya cuma nampak dia sorang je. Bila apa apa dia buat tak ada lah perasaan tu menggangu sangat. Maksudnya kalau dia murung, dia demam, saya turut rasa kan kesakitan tu -.-" Mungkin saya terlalu sayangkan dia wahai encik awan. Hihihi.
Wahai encik awan, sampai kan salam saya buat encik magic man ) Semoga dia sentiasa sihat dan berada dalam keadaan ceria. Sampai kan salam rindu saya kepada dia. Biar dia juga rasa apa yang saya rasa setiap kali saya terpandangkan dia :) Wahai awan, beritahu dia :) Tak akan ada orang yang sangat sukakan dia yang terima dia daripada dia langsung tak ada apa apa. Rupa, duit semua zero :P HAHA, macam saya terima dia seadanya :D terima kasih awan :D
--
Walaikumsalam!!!
Panjang lebar tulisan ini terbang terus ke blackberry saya. Pertama saya mohon maaf kerna ambil masa yang cukup lama untuk balas. Kerna sekarang saya terima cambahan email setiap hari.
Email awak diantara email yang saya simpan sikit lama untuk jawab kerna saya teliti dengan setiap luahan rasa hati terpendam awak.
"instinct - naluri"
Seperti dalam tulisan awak, instinct itu selalu buat saya teringat pada biadadari saya. Iaitu kekasih saya yang jelita.
Kekasih saya sering jadi orang yang paling tepat dalam rasa bagaimana saya biarpun seharian saya sibuk dengan urusan saya. Tapi instinct dimana waktu saya lapang, apa yang saya buat dia seolah tahu.
Hebatkan wanita?
Naluri adalah kelebihan orang perempuan yang selalu saya fikir itu terlalu kagum. Dan bayangkan golongan hawa ini boleh baca sesuatu hal hanya dengan rasa.
Pernah saya menulis pepatah BSA dengan ringkasan ayat ini terdahulu:
"Wanita, benda yang dia tak boleh nampak pun dia boleh rasa" --BSA
Dan,
"Awak ok?"
"..ya. Saya ok"
"TAK! Saya tahu, awak tak ok"
See?
Awak,
Pada tulisan awak, tentang tanggapan awak pada lelaki, rasa kecewanya awak pada seseorang hingga tempiasnya turut terasa rintiknya.
Tapi, awak bila kata persepsi awak pelan-pelan terkikis tentang tanggapan yang dulu, sejujurnya itu mendidik awak positif. Kerna satu hari nanti, imam untuk jalan awak itu, adalah lelaki. Alhamdulillah.
Salah satu sebab kenapa saya siar email ini diblog adalah kerana keunikan yang tersendiri. Awak dan si lelaki tidak bercinta, tapi punyai rasa yang dalam. Saya rasa itu menakjubkan!
Awak,
Kalau awak nak tahu, indahnya syurga bagi pasangan itu adalah bercinta selepas nikah. Ya Tuhan, halalnya untuk setiap sentuhan. Dan asal awak tahu juga, percintaan sebelum nikah dan selepas nikah jauh 90 persen tak sama sepertimana kita bercinta sebelum nikah. Perjuangan yang bermula adalah selepas lafaz SAH yang diaminkan sekalian orang, saat itu perjuangan bermula.
Tentang bagaimana awak nak elak untuk meredakan perasaan awak pada lelaki itu, saya tidak punyai satu 'magic tink' selain awak cuba untuk jadi diri sendiri untuk buat apa yang awak suka. Sibukkan diri dengan dunia awak. Dan bila rasa awak sibuk, pelan-pelan dia jadi orang nombor 2 selepas awak jadikan diri awak orang pertama untuk fikir tentang awak sendiri.
Awak,
awak percaya tentang ketentuan dan yang tertulis? Cuba awak fahami setiap apa yang dimaksudkan 'tertulis' .
Kalau awak faham akan maksudnya, awak akan menemui satu jawapan pada persoalan yang tiap hari disoal-soal hati awak tentang dia:
Dibangun pagi awak,
Dimalam tidur awak,
Makan tengah hari awak,
Minum petang awak,
Jarang terlepas babak itu.
Awak,
Cuba jalankan aktiviti.
Cuba sesuatu yang tak pernah awak buat,
Kurangkan masa untuk berfacebook atau juga twitter. Sebab apa? Sebab kalau awak on facebook, tangan tu rasa nak stalk profile facebook dia je kan? Kemudian baca komen dari atas sampai bawah. Kalau ditwitter, sibuk cari siapa mention dia dan cari topik apa dibualkannya. Stalk apa yang di tweet sepanjang hari kot-kot dia tulis tentang awak. Eceh. Cweet !
Ok,
Awak,
Awak niat dia dalam hati awak tapi jangan simpan tinggi dalam meletak harap. Simpan cuma niat untuk kalau-kalau Tuhan setuju rasa awak dengan dia.
Berkawan seperti biasa, dan fahami istilah tertulis. Hati awak akan redha, seluruh anggota awak akan menerima apa yang pernah awak fahami;
Iaitu: tertulis.
1:14 pagi,
23 November 2012.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment