Monday, 19 November 2012

TAK SEDAR BODOH

Malam datang lagi.

Aku benci,
kerna setiap detik hening malam itu,
Rasanya lama.

Kau telah pergi bersama orang yang kau pilih.

Bodoh aku kerna terus mahu,
Menagih simpati pada orang yang hanya mahu pakai aku.

Kenapa aku masin ingin jadi orang bodoh untuk terus bersama dan mendekat?

Lagi bodoh aku tak punya rasa bodoh,
Cuma yang aku tahu adalah mahu.

Aku cuba untuk ikat rasa mahu dekat,
Tapi apa yang aku lalu: tewas dengan SAYANG.

Yang pertama itu hidup,
Aku cuba bunuh tapi tak mati-mati.

Kasihannya aku yang tak difahami semua orang.

Tak semudah lafaz;

Sabar,
Sudahlah,
Jangan fikir lagi,

Sekarang aku cuba bayangkan:

Bahwa sekarang kau sedang maki aku dengan ungkapan ini;

"Aku dah taknak kau lagi!"

Tapi itu yang aku bayangkan.

Realitinya,
Aku ditinggal tanpa ungkapan.

Digantung,
Tapi takda tali.

Macam mana RASA MAHU aku mahu mati?

Kerna yang hilang itu kau,
Rasa aku ada lagi.

Saat ini,
Kau pergi.

Kemudian kau datang lagi:

'Saat kau rasa, kau nak pakai'


1:40 pagi,
20 November 2012.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment