Setiap satu kapur,
Tertulis pertama dihatimu adalah;
Aku mahu mendidik.
Disetiap pagi,
Saban hari.
Guru,
Tanpa jemu,
Tanpa rasa tidak mahu,
Aku tahu setiapnya yang dididik,
Bisik hatimu;
Ia perlu--
Guru,
Hari ini adalah alasan dari mana ia bermula,
Dari sebatang kapur,
Di setiap bisik hatimu;
Perlu--
Pembimbing sejati,
Tulus disampaikan disetiap hati
Seluruhnya;
'Menjadikan seorang aku'
-BSA
No comments:
Post a Comment