Cantik,
Dunia itu memang indah. Kita bermain dalam warna pelangi sepertimana terbitnya ia selepas hujan.
Indah--
Cantik,
Dalam kegelapan malam, dunia tetap punya cahaya biarpun hujan diganti kilat petir, malam itu tetap ada.
Cantik,
Jadi manusia itu memang payah. Kalau diberi pilihan untuk jadi samaada manusia atau binatang, pasti kita akan pilih sebalik apa yang kita sekarang.
Kerna apa? Kerna setidak-tidaknya, kita tidak dihukum 'tidak punya otak' selamanya hanya kerana kita dikondisi yang salah sebagai seorang manusia.
Bukankah dunia ini adalah pentas manusia dalam menghukum orang suka-suka tanpa diwakilkan Tuhan apa-apa?
Dunia--
Cantik,
Dalam cahaya warna pelangi, hanya kerna kita letakkan khayal itu tinggi betapa hebatnya ia zahirkan keindahan, kita lupa bahwa lembar putih itu kalau dibiar tak dijaga, tertinggal bintik-bintik hitam diatasnya.
Tertinggal,
hanya kerana kurangnya tahu kita.
Tertinggal,
Hanya kerana hebatnya dunia.
Tertinggal--
Cantik,
Dalam terangkan cahaya siang, atau romantisnya cahaya malam, terkadang kita lupa bahwa disetiap cahaya yang ada, tidak semuanya fungsi baik belaka.
Malah, kita tidak pun diberi apa segala petanda untuk kita jaga-jaga setiap yang ada. Kerna zaman sekarang, teman yang baik itu tinggal sisa-sisa.
Tua,
Dunia sudah tua--
Cantik,
Dalam usia kita langkah untuk jalan, banyak lorong yang terkadang buat kita keliru jalan mana harus kita pilih walau yang terbentang sudah dikhabarkan ITU TERBAIK oleh orang tua kita, kita sering anggap itu ringan.
Dibiar,
'masuk keluar' hanya kerana kita ingin mencuba.
Dibiar,
'takapa' hanya kerana kita muda.
Dibiar--
Cantik,
Jarang kita akan dapat teman baik untuk diingatkan setiap yang kita buat baik atau buruk selain hanya ber'alasankan;
"Aku tidak layak untuk bercakap apalagi menasihatkan.. Kerna, sifat dan tingkah laku aku beritahu, aku tak layak untuk itu.."
Hanya kerana diantara mereka terpalin dalam satu dosa dunia, maka disimpul tidak layak untuk menasihatkan teman lain.
Itu salah!
Tapi siapa yang peduli?
Siapa?!
Cantik,
Betapa siksanya kita harungi dunia muda sekarang? Betapa sulitnya kita bangun buka mata untuk hadap hari teka-teki kita? kerna tertulis sudah: 'Tak Elok Membujang lama-lama' itu simpul pelbagai makna walau hanya berbariskan satu rangkap yang pendek.
Cantik,
Betapa payahnya untuk jalan kalau telah ditakdirkan kita jadi kaum hawa. Dalam garis-garis dunia, betapa banyak undang-undang yang perlu kita patuhi.
Cantik,
Tulisan ini tertulis adalah kerana kita semakin tertinggal hanya kerana kita dibawa arus kelajuan.
Tulisan ini terbit adalah kerana dunia sekarang ini macam-macam.
Untuk Terakhir,
Cantik,
Tulisan ini lahir adalah kerana kita terkadang lupa bahwa semua yang kita kecapi dan peroleh sekarang, sementara.
Selamanya tanpa kita fikir alam lain kita selepas dunia.
Tempat berbarisnya kita, untuk dihukum bukan dari manusia, tapi pada wakil Tuhan seadanya.
Dan itu,
Paling-paling adil pada karma-nya.
12:01 malam,
8 Jun 2012.
klik: SINI
No comments:
Post a Comment