Sungguh diletakkan ada pun kemungkinan, dihujung noktah itu, dia tetap dipinggirkan.
Dibalik tembok batu dia berdiri. Dibaling batu, dicaci maki, dicemuh-cemuh. Walau dengan situasi tak pernah berhenti itu, dia berani untuk hidup.
Bukan maksudnya dia sudi ketempat durjana Pudu itu belasan tahun. Kerana sisip tubuhnya, dianugerahkan susuk bengis sedemikian rupa. Dia tidak ada jawapan kenapa dia begitu.
Ditanyakan orang-orang tentang siapa dirinya, dia tidak pernah malu hendak jawabkan. Walau kini diluarnya menekan mendesak dicemuh tanpa henti hanya dengan cop merah di kad pengenalan; Bekas Banduan.
Sudah lumrahnya, manusia itu kadang-kadang menghukum tanpa bela. Diceritakan oleh naluri hati kecilnya yang sangat kasihan pada dinding;
"aku dan kalian semua tidak pernah aku anggap musuh.
Aku tahu, segenap rasa bukan semua manusia kita senang jadikan teman. Adakalanya ingin saja kita cepat-cepat habis waktu , terkadang suasana tidak selesa.
Aku bingung kenapa aku dibuang sebegini hina. Seolah dihukum dengan rasa tak selesa, atau salah aku yang terdahulu. Sebagai manusia, siapa minta untuk dilahirkan menjadi seorang yang durjana?
Semua zuriat yang dilahir diazankan di telinga, hanya untuk memohon keberkatan yang luar biasa. Sosok manusia, semua ingin jadi yang terbaik. Diangkat martabatnya. Tapi kenapa, selalunya yang hukum didunia ini manusia bukan Tuhan yang menjadikan seorang aku.
Adakah hanya kerana cerita lama dan cop merah itu adalah segalanya? Bukan semuanya kita boleh mengenali manusia untuk tempoh 24 jam. Dan siapa kita untuk menghakimi sejarah lama?Kalian sudah buang aku dalam hidup kalian semua. Tanpa aku tahu silap aku hari ini dimana? Tapi ini bukan penamat cerita antara aku dan kalian.
Kalian kuanggap sejarah mahal dan teman paling baik walau hari ini kalian putuskan ikatan persaudaraan."
*seorang lelaki merasakan kenapa manusia ini menjadikan salah itu sebagai hukum dunia selamanya. Seolah istilah 'kesilapan' itu tak pernah wujud dan ada.
3:05 petang,
8 Ogos 2011.
No comments:
Post a Comment