Seorang lelaki duduk bertemankan kopi. Diluar warung hujan hebat. Bisik hatinya bahwa hujan petang ini seolah mengerti.
Tuhan, aku mahu isteri. Seorang wanita yang mengerti setiap yang dilalui lelaki. Apa pun liku, bagaimana pun payah, adalah satu; bersama.
Puas dirinya tanya; adakah sedayanya aku mampu untuk tahan gelora pengertian? Sedang diri sendiri masih lagi sapu titis-titis darah yang tak berhenti mengalir dengan tingkah manusia. Sejujurnya; sampai bila?
Tuhan, aku mahu cari jalan ending. Getus lelaki itu sambil duduk memerhati orang lalu lalang. Tetapi semakin dicari, jalan akhir itu ditemukan banyak perhentian.
Hingga dipertemukan satu cahaya, lalu pergi. Diganti dengan pelangi, kemudian hilang. Diciptakan salji, tapi tak selamanya bersama. Adalah kepastian setiap yang jadi itu bermusim.
Tuhan, terima kasih menemukan waktu. Dalam diam tanpa buru-buru. Kerna jalan ini adalah seperti putus tulisan mu, hidup ini pusingnya kemana jauh pun akan menemukan itu-- Makna.
Persoalan yang diumpamakan layang-layang. Menarik dan ditarik. Jauh tapi kita masih nampak. Dekat, tapi kita mahu dia terbang.
Apalah makna hidup tanpa pengertian. Apalah makna setiapnya itu dilalui hanya sendirian. Tapi apabila memikirkan lazatnya nikmat apabila berkongsi, difikir pula; siapa yang sudi?
Cerita untuk hidup bersama memang indah. Tapi berapa orang yang mahu? Persoalan dalam diri lelaki itu sendiri; manusia kenapa sukar diangkat untuk percaya? Setelah semuanya itu tidak kekal lama, setelah setiapnya itu dikhianati atas nama manusia.
Tuhan, aku percaya masa itu tiba. Diganti derita titis-titis luka angkara manusia itu tak selamanya basah. Satu masa kering dengan bahagia yang dijanjikan kalau bukan didunia, diakhirat tentu ada.
Satu masa, tertoleh dibelakang tentang luka, bilang juga pada mereka yang mengalami nasib yang sama; Janji Tuhan ada.
Hidup kecewanya terlalu. Tapi lepas kita lalu, kita senyum hanya kerana Tuhan mahu duga;
'manusia atas ciptaannya'
6:40 petang,
18 April 2012.
No comments:
Post a Comment