Mungkin harga kau terlalu murah sebab kau bukan siapa-siapa.
Atas alasan nilai kau terlalu kecil hanya kerna kau masih lagi wujud dan ada: sekarang berdiri atas nama bukan siapa-siapa.
Sebab harga bagi seorang manusia itu diangkat hanya bila kita berbuat baik pada mereka.
Lalu,
Untuk jadi mahal, cuba kau hilang sekejap untuk cari makna bukan hanya untuk mereka, tapi diri sendiri yang telah lama ditinggalkan oleh hati sendiri.
Terlalu lama jadi orang lain hingga terlupa mahu sendiri. Fahami jalan berlobang walau sakitnya untuk bangun itu hanya dirasa kita, bukan mereka.
Hargai yang ada, wujudkan diri sendiri untuk buktikan pada mereka bahwa dunia ini pewarna pencil bukan dicipta khas untuk mereka.
Hidup, adalah HAK setiap bagi setiap KITA.
Lihat berapa ramai yang tiba-tiba jadi seorang prihatin bila sekarang kau jadi perhatian orang.
Jadi orang yang diangkat suka hanya kerana kita dikenali walau dulunya seolah kita ini tak pernah dianggap wujud dan ada, pada dunia mereka dulu.
Dulu--
12:10 siang,
12 Julai 2012.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment