KADANG-KADANG aku fikir, aku tak pernah kenali kau hari ini. Kadang-kadang aku fikir, aku berkenalan dengan 'sikap' bukan sifat untuk seorang kau hari ini.
Kerna terlalu manis pada jalan pertama, aku selalu tanya dalam diri adakah ini lumrah untuk manis pada jalan pertama?
Atau,
setiap yang dipanggil cinta itu adalah lumrah diawal manis hingga menemukan keadaan yang kita sendiri sering tertanya-tanya;
"kenapa hari ini seolah tak sama seperti mula-mula ?"
Puas aku jadi seorang perawat buat hati sendiri untuk yakinkan pada diri sendiri setiap jalan yang terbentang sekarang ada jalan keluar seperti orang-orang lain yang kecapi kebahagiaan yang maha.
Tapi, setiap kali hati aku bermain dengan emosi yang aku sendiri tak mahu, aku jadi seorang yang paling putus harap. Aku tahu, itu salah.
Jadi seorang penghukum bagi setiap relationship sekarang, bagi aku pemula adalah pemula. Bukan penyambung bagi setiap pemula, iaitu kebahagiaan.
Aku telah korbankan banyak hati hanya kerana aku sendiri tak yakin dengan apa yang aku lalui. Dengan orang itu, dengan orang ini, dan akhirnya aku tak boleh. Perasaan aku tak boleh tinggi.
Aku selalu berdoa agar Tuhan kasihan dengan aku tanpa ada karma dengan setiap korban jiwa yang telah aku buat. Kecewakan hati orang, beri harapan pada orang, tapi aku sendiri tak mampu hanya kerana aku terlalu mencari bahagia.
Betul kata orang. Bercinta saat hati bersedia, bukan bercinta saat rasa tengah sunyi. Jalannya memang takkan pernah kemana.
Tapi, sekurang-kurangnya aku cuba untuk cari kebahagiaan aku sendiri. Aku cuba untuk tetap mahu seperti mana mereka diluar sana. Kerna aku sendiri kosong, sepi sejak kau tinggalkan aku.
Sejak hari itu aku tertembak dengan lafaz tak mahu kau. Aku rasa terkorban. Tubuh aku kaku. Separuh jiwa aku mati. Bagaimana lagi untuk aku jalan kalau sebelum ini setiapnya itu aku dan kau bersama?
Bila jiwa aku mati, rasa aku punah. Untuk aku bangun dari ranap itu, jalannya terlalu payah. Sebab tak pernah aku bayang yang aku akan ditinggalkan seperti ini; patah.
Tak pernah aku bayangkan yang aku sudah tak dipeduli oleh orang yang aku terlalu sayang sepertimana mula-mula. Dulu, jangankan kata demam, pening kepala aku pun kau kelam kabut cari ubat.
Sebab apa? Sebab waktu itu kau masih rasa mencintai. Dikala itu, kasih kau pada aku tak boleh kira. Kalau tanya;
"Awak sayang saya dalam mana?"
"Seperti dalam dilautan"
Bila diberi perumpamaan, macam gula dalam balang. Macam helaian rambut manusia yang beribu tak boleh kira tu. Jadi, setiap yang aku lalui bersama kau itu dulu tak pernah kau anggap itu remeh. Semua prihatin belaka.
Ucapan selamat pagi aku, makan tengah hari aku, makan malam aku, malah selamat malam aku pun dulu kau selalu anggap itu penting. Kata kau, ucap selamat pagi tanpa selamat malam itu tak lengkap.
Tapi bila waktu cinta kau dah habis rasa best, dah sedut rasa manis semua, mula dibisik hati kau aku ini dah tak ada apa. Jangan nak kata talifon, sms pun dah jarang. Balik-balik dengan alasan yang selalu aku telan; sibuk, Sibuk, sibuk.
Kasihan. Aku kasihan sebenarnya dengan hati sendiri. Waktu kau tolak aku sekalipun, aku tak mempeduli apa pun yang aku hadap. Tetap aku merayu untuk kata jangan tinggal aku. Tetap kata jangan pergi dari aku. Murah rasa aku sebagai seorang perempuan. Tapi, aku dah tak pernah kisah itu semua. Sebab aku terlalu sayang kau.
Kalau hati ini boleh menjelma tiba-tiba depan mata, jujur. Aku tahu, itu parah. Membayangkan saja sudah cukup ngeri.
Payah. Aku rasa, mungkin aku ditemukan dengan ramai yang setiapnya itu salah, hingga aku dilihat jadi seorang pengemis untuk kasih orang.
Sudah tertulis setiap manusia itu nikmatnya adalah bila kita berkongsi, sudah ditetapkan kebahagiaan itu ada untuk setiap manusia yang pijak bumi ini, aku tak mahu terkecuali. Aku tetap mahu rasa kebahagiaan itu. Seperti orang lain.
Sekarang, aku hanya bergantung pada doa. Aku cuba untuk jadikan itu senjata paling hebat dalam bunuh emosi dan bisikkan syaitan yang selalu bermain dihati.
Pelan-pelan, aku bangun. Dengan rasa hati-hati aku jalani hari aku. Kerna aku tahu kalau aku terus kecewa begini, Tuhan boleh jadi benci dengan aku.
Kalau aku tetap bersedih untuk jalan yang telah ditulis, itu tak redha namanya. Dan bila tak redha dan berserah, sampai matipun aku tak bahagia.
Sekarang, aku telah berserah pada jalannya. Aku tahu, Tuhan dengar. Aku yakin, Tuhan kasihan.
Aku tetap mahu seperti manusia lainnya;
'Bahagia'
Aku tunggu adam paling hebat dari syurga ilahi untuk aku. Kerna itu adalah janji Tuhan yang tak akan pernah erti mungkiri.
4:48 pagi,
25 September 2012.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment