Tuesday, 7 May 2013

Disebalik Nama

Sayang kau dengan dia kan? Sampai kau sendiri tak sedar, orang yang kau sayang itu bukan diri kau sendiri.

"Hey, ini daging kau sendiri! Hey!"

*diam*

Tak apalah biarpun orang nak cakap apa pun tentang kau. Kau sikit pun tak heran dengan setiap peluru kata. Sebab pada kau, kau adalah orang yang paling kenal siapa kau disebalik nama yang mak ayah kau bagi untuk kau. Disebalik rasa tak heran, kau peduli tentang orang yang membisik nama orang yang pernah kau sayang.

Hati kau kata benci dengan nama orang yang pernah bikin hati kau robek, terluka, apalagi kesan guris itu terkesan. Tapi dalam diam, tetap nak dengar setiap suara kecil tentang orang yang kau sayang.

Kerna dalam membenih kasih, bunga akan kembang mekar pada baja pertama. Bunga akan tumbuh, pada rasa siraman air tiap cukup waktu. Hingga satu saat, kau sendiri tak sedar bunga itu mekar.

Khilaf. Dalam sakit berperang dengan emosi;

"Mana perhatian kau, untuk aku?"

Menang diantara perasaan sesama, tak pernah ada rasa salah pun biarpun berjuta detik kau bersama dalam perang relationship kecil atau besar. Kerna bagi kau, ada ruang dalam hati yang terbisik SAYANG walaupun cinta semakin hilang.

Lalu kau bermusuh. Diam untuk tak mahu bercakap sedang diri memilih untuk diam. Antara satu asalan, kau penat selain dari sebab: memori.

Memori yang datang, pada waktu pemula indah pada khayal pertama, lalu cuba lihat apa yang terjadi sekarang: berantakan.

--BSA

No comments:

Post a Comment