Keadaan tak pernah salah.
Ia datang dengan situasi yang Tuhan bagi. Dengan skrip tiba-tiba tapi sememangnya sudah siap untuk dilalui.
Jangan salahkan keadaan,
Ia bukan datang saja-saja.
Kalau sakit perang emosi, itu cuma mahu manusia atas nama 'kasih'.
Cuba tanya pada sekaliannya orang,
Siapa mahu mengalah kerna sayang?
Lihat.
Paling dekat,
cuba rasa hati sendiri sekarang.
Sengaja dibiar lara atas nama 'sayang'
Sengaja dibiar TAKAPA atas nama 'rasa'
Berkali-kali--
Biarpun detik berlalu itu,
Tak pernah pun diambil oleh orang yang sememangnya kita harap: 'dia'
Tapi,
Diwujud takada harga.
Manusia mana peduli dengan benda depan mata?
Bila hilang,
Dicari rupanya kita ada mutiara.
Selagi kita tak hilang,
Jangan mimpi untuk tinggalkan rasa LARA.
Sampai satu masa,
Mengah datang.
penat--
kau tentu akan berhenti. Lalu berkata;
"untuk apa aku bazir air mata pada orang ini?"
9:56 malam,
13 Ogos 2012.
NOTA: tak sengaja. Tersesat dalam teka-teki hari esok. Istilah rasa ini adalah 'bertuhankan perasaan' . Hanya kerana rasa, kita jadi penghukum hati untuk diri sendiri. Kejam--
No comments:
Post a Comment