Wednesday 13 June 2012

Sampai bila hati kamu itu dibiar sengaja lara?

Aku tahu,
ini susah.

Aku tahu,
ini terpaling sukar.

Tapi duduk dulu,
Cuba untuk diam dulu.

Tanya hati,
bagaimana proses sakit itu jalan?

Soal jiwa,
tanya jahat bagaimana kita?

Seorang manusia,
Yang sedang terduduk ini,

Jadi orang paling bodoh untuk terus berduka,

untuk terus menunggu pada orang yang bikin jiwa kita tersiksa,

untuk terus dibiar,
untuk terus disengaja lara.

Pandang bunda,
Pandang ayahda,

Lihat mereka,
Lihat raut wajah mereka paling dalam.

Berenang pada mata mereka yang tak pernah berhenti berjuang,

UNTUK KAMU !
UNTUK KAMU !

Pernah kalian terfikir bagaimana seorang ibu berkorban untuk itu dan ini,

Pernah kalian terfikir berapa banyak titis peluh ayahanda kamu mengalir untuk besarkan kamu,

Wahai kamu dengar sini,
Wahai kamu percayakan diri,

Kenapa sampai begini teruk jadinya hanya kerana lelaki?
Kenapa sampai begini teruk musnahnya hanya kerana seorang perempuan?

Takkan pernah,
atau peduli tentang diri sendiri hingga setiap waktu buka mata tunggu pada orang yang sebesar zarah tak mahu?

Takkan pernah,
atau kasihan pada hati yang saban hari dipijak sambil jalan oleh kaki sendiri ?

Wahai kamu,
beri ruang.

Wahai kamu,
beri kesempatan.

Kalau dulu waktu kecil panas berpeluh kamu dikipas oleh ibu hanya semata dia mahu kamu rasa dingin, bagaimana rasa kalau dia tahu, SETIAPNYA kamu itu sekarang sengaja untuk hati dibiar lara.

Diremukkan kertas hati sendiri,
Hingga pecah,
Hingga rosak.

Cukup!
Cukup untuk hari ini.

Cukup!
Cukup untuk kita kata; selamat tinggal kesedihan.

Cukup!
Cukup untuk kita katakan; selamat pergi lara

Tarik nafas,
tanya diri.

Duduk diam-diam,
tanya sampai bila harus begini?

Hingga nanti,
TAK tertunaikan seseorang paling baik selepas lalui mimpi buruk sebelum ini kalau terus hadap begini

Lagi sakit yang baik depan mata TUHAN bagi,
dibiar saja terus pergi.

JANGAN--

Duduk diam sendirian,
sambil beri ruang nafas.

Waktu itu kau tanya lagi; adakah aku mahu terus begini, atau pergi pada orang yang TIAP waktu menghargai.

Depan mata SEKARANG
Ambil !

Tapi kalau belum datang-datang,
Tuhan sedang siapkan,

MOHON SABAR.
SABAR--

-BSA

NOTA: terbangkan bahwa; bercinta bila bersedia. Bukan bercinta saat hati rasa sunyi. Jalannya nanti, takkan pernah kemana--

No comments:

Post a Comment