Tersisip kisah dari cerita 28 April 2012 disuatu ketika,
Dahulu--
Tentang persoalan kenapa?
Tentang persoalan jujur sejauh mana?
Tentang persoalan apa mahu mereka?
Tentang persoalan kenapa mereka ke jalan raya?
Tentang apa-apa,
Tentang persoalan yang tertunda.
28 April beritahu mahu mereka,
28 April sampaikan hasrat mereka,
28 April tersisip jiwa besar mereka,
Ditengah kota,
Tanah yang mereka cinta.
Bukan--
Jerit itu bukan kosong semata mahu ingkar
Jerit itu bukan omongan durjana merobek keringat dahulu
Jerit itu bukan hanya minta yang tidak-tidak
Bukan--
Sekadar hulur tangan untuk mohon diberi kasih dinegeri sendiri;
jujur--
Sekadar mahu sampaikan ruang kecil;
tolong rata--
Sekadar simpati menagih cinta yang semakin menghilang hanya kerana puncak
Kenapa?
Disana hanya ada suara,
Disana tidak ada senjata,
Disana hanya suara kedamaian,
Disana adalah jalan keramaian.
Persoalan yang tertunda,
kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Menagih kasih dibumi sendiri itu, dihina?
Menagih cinta itu, seolah kita mengemis dinegeri sendiri?
Bangun--
Biar setiap jiwa merdeka kita tahu harus kemana,
Biar subur dibaja dengan keberanian untuk tuntut hak sepatutnya kita.
Biar setiap jiwa kita diisi dengan semangat; jalan berliku itu tetap ada--
Kerna disebalik pahit,
ada cerita,
Disetiap jalan pada jiwa seorang rakyat,
Ada arti merdeka setiapnya,
Dan itu ada:
Pada hati setiap KITA--
11:38 siang,
6 Jun 2012.
No comments:
Post a Comment