Lumrah hidup memang begitu. Orang takkan pandang kita kalau kita bukan siapa-siapa.
Apalagi laki-laki yang hanya bergerak tanpa empat roda milik sendiri. Berapa kerat sangat perempuan mahu dekat?
Adalah lebih baik kalau diambil kita saat kita bukan siapa-siapa. Seorang yang hanya hidup cukup sederhana tanpa kita ada apa. Sekurang-kurangnya, kasih dia pada kita ikhlas tanpa perlu pentas lakonan semata.
"I suka you. i pun tak tahu kenapa you, i cakap sebab i nak sampaikan rasa i pada you.."
Paling jujur sekarang, 'ikhlas' itu paling susah untuk kita baca. Lagi susah kalau latar belakang kita ada nama. Kadang-kadang kita keliru, adakah yang berdiri depan mata ini orang tepat atau sekadar latihan hidup untuk kita kutip pengalaman ?
Juga, paling susah bila kita tak ada apa, tapi didatangi oleh orang yang kata; i cari kebahagiaan, bukan benda. Tapi bila lama bersama ditukar pula tingkah dan fikirannya.
Keadaan yang mahu atau tak untuk kita terima adalah; mungkin kita takda jodoh. Dan percayalah kalau ada, ia tak kemana.
Alasan paling yang boleh diangkat sebagai penyedap hati agar hati tak terlalu disakiti. Tapi, harapan itu apa? Kata-kata bina mahligai singgah sana itu apa?
Wujud saat kita rasa suka? Tercipta saat kita rasa senang? Lahir atas sebab kita takda tempat bergantung, atau semata kita ikut rasa gelojak cinta?
Kalau permulaan diyakinkan hanya dengan kata; takpa, susah senang kita bersama - tunggu, berapa lama dia boleh tahan dengan kata-kata saat kasih dan cinta dia menebal.
Apabila hari semakin memanggil jemu, cuba kenang cinta dulu dia bagaimana, dan lafaz kata dia hari ini menikam seperti apa?
Dahsyat kan?
Paling tragis apabila memori itu adalah racun paling halus bunuh jiwa untuk berkongsi kasih lagi, hingga setiap yang terbentang kita jadi tak rasional dimana yang jadi salah adalah keadaan. Manakala benih kata untuk kita suburkan pada hati orang, umpama baja tidak hidup dalam menyemai kasih setiap hati.
Kadang-kadang kita rasa kasihannya bila orang yang kita sayang, pilih bahu orang lain. Kerana untuk kita sendiri, sudah habis ikrar setianya untuk diri kita peduli setiap susah dia. Cukup hanya sekadar berjanji pada diri sendiri untuk kita pelihara dia. Sedangkan lelaki lain? Mampukah bina janji buat diri sendiri untuk menjaga?
Tapi apabila kita fikir tentang kemampuan benda yang kita masih lagi belum cukup sempurnakan mahu dia, terasa diri mengalah untuk dibiar jalan memilih.
Laki-laki kalau kecewa itu kasihan. Tak ramai disetiap hati mereka itu ada fahaman setia. Tapi bila dia sudah bagi hati untuk perempuan yang bagi dia adalah penguat dia, tapi dibiar saja hanya kerana dia bukan siapa-siapa.
Bukan siapa-siapa.
12.01 malam,
29 Mei 2012.
No comments:
Post a Comment