Monday, 3 December 2012

Tuhan senyum dalam meletakkan kita bersama.

Salam.

Abang awan, terima kasih kerna post kan pepatah baru "Tepuk bahu sendiri, aku gagah" Just nak share dengan abang awan, saya baru ja putus dengan teman lelaki saya august lepas.

Relationship yang tlah kami bina selama 5 tahun bersama hilang macam tu saja. Saya akui nak bangun semula memang susah dan perit. Nak hilangkan semua memori bersama memang tak akan hilang. Kan? Dan sekarang pun saya masih lagi terasa kehilangan.

Bukan apa. He means everything to me. Tapi nak buat macam mana kan, jodoh kami tak panjang. Dan buat apa kita berharap lagi pada orang yang sudah tak sayang kita? Kan?

Bak kata abang awan;

'Takpa, buat apa kita bersedih, pada jalan yang telah tertulis'

Saya redha dan masih cuba untuk bangun dari hati yang patah ni. Dan tadi saya baru ja baca karya baru abang awan, terima kasih ya! Saya bangga jadi wanita yang gagah. Saya bahagia dalam menikmati hidup baru saya. Mungkin tidak sepenuhnya. Tapi alhamdulillah, saya semakin gagah.

Dan insha Allah, akan terus gagah hadapi semua ini. Terima kasih kerna sentiasa keluarkan pepatah yang indah dan buat saya pikir yang hidup perlu diteruskan. Selagi kita hidup dalam kegelapan dan kesedihan maka selamanya kita tak kan rasa bahagia.

Keep on writing abang awan! Im one of your biggest fan. Kata kata abang awan banyak bantu orang yang macam saya bangun semula.

Thanks a million! :)

--

Walaikumsalam.

Hari ini bila saya baca satu persatu email, banyak saya terima maklum balas yang positif. Alhamdulillah.

Kita terpilih sebenarnya. Terpilih pada jalan dunia yang dicipta Tuhan punya ujian. Bercinta bertahun biarpun hanya 'kosong putus tak dapat apa' sebenarnya banyak yang kita belajar dari salah kita.

Kecewa pada hidup, jangan kita cari salah dia. Jangan. Kecewa atau kegagalan pada sebuah yang terjalin itu kita harus pandang diri kita dan cari dimana salahnya.

Tentang bagaimana sikap ego nya kita untuk tidak mahu mengalah,

Tentang cemburunya kita hanya kerana terikut dengan negetifnya fikiran kita,

Tentang ingin memiliki dia yang kita fikir dia kita punya,

Banyak.

Kalau kita tak lalui itu, kita tak akan dapat sesuatu yang kita peroleh hari ini iaitu; nikmat pada sebuah perjuangan.

Nanti kalau sudah ada pengganti, jangan ulang cerita dulu. Jangan ego tak bertempat. Jangan cemburu tak tentu pasal. Dan tolong berhenti dalam meletakkan dia dalam fikiran kita:

'dia aku punya'

Jangan--

Bercinta itu adalah untuk kita berkawan. Bercinta itu adalah untuk kita berteman. Hargai dia biarpun hanya perkara-perkara kecil dan remeh. Cintai dia dalam hati itu bukan untuk memiliki. Biar dia terbang. Biar dia bernafas pada dunia dia. Kalau kita hargai hidup dengan menghargai antara satu sama lain, relationship itu jujur. Bila jujur, kita temui kebahagiaan.

Jangan pernah mulakan dialog;

"Kenapa awak tak bagi tahu saya?"

Jangan setiap inci itu ditanya setiap apa yang dia buat, dengan siapa dia berkawan, balik jam berapa, pergi pukul berapa segala.

Bawa dia dalam relationship sebagai seseorang peneman hidup kita. Jadikan dia juga sahabat baik yang kita boleh kongsi apa pun cerita tanpa sembunyi apa-apa. Kalau setiapnya itu terjalin erat, dunia itu bersama dia tentu umpama syurga.

Saya gembira bila dikata bahwa tulisan saya serba sedikit buat awak bangun dan bersemangat. Saya teringat pembaca blog saya dari singapura yang email pada saya tempoh hari dengan menyatakan;

90 peratus blog BSA telah buka pemikiran dan hati dia untuk berkahwin setelah sekian lama hidup sendiri. Dan pembaca blog saya itu kini telah menikmati hidupnya dengan kebahagiaan setelah dia memahami apa itu makna disebalik kata 'tertulis' .

'Seseorang yang diberdirikan oleh Tuhan buat kita, si baik hati maka hargai dia hingga nafas kita terhenti'

Kalau kita hargai mahu sesama, Tuhan pasti senyum dalam meletakkan kita bersama.

Yakin!

11:50 siang,
4/12/2012.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment