Sunday, 9 December 2012

Harga 2

"Aku tak suka lelaki macam tu.."

Dialog untuk bersihkan diri. Orang kalau cakap dialog macam itu, isi tersiratnya adalah:

"Aku orang yang paling setia!"

Konon--

Salahkan lelaki hanya kerana memberi harap. Tapi dalam riuh tuding salah orang lelaki, tak langsung dipandang harga diri sendiri kerana terima harap.

Setiap orang ada harga untuk beri hati. Cuba tanya diri sendiri, harga kita berapa? Kalau kita bermain harap: harganya adalah kosong.

Kosong--

Eh kawan,
Mahal lah sikit jadi orang!

Apakah nilai buat diri itu pada 'sebuah harapan?' Sudi dibiar gantung tak bertali? untuk apa kita hulur jiwa digantung sungguhpun kita tahu kita sendiri tak tahu jawapan pasti?
Bercinta sebelum kahwin itu bukan tiket, kawan. Itu serah diri!

Terlalu bodoh bila ikut rasa. Bila sebelah tangan tak berbunyi, salahkan orang lain;

"Kenapa? Kenapa? Kenapa? Aku tak suka lelaki macam dia"

Ok,
salah kan orang lain.

Kita tak salah--

Kerna, hakim dan peguam untuk setiap kejadian hidup kita adalah diri sendiri. Tak ramai yang jatuhkan hukum;

"saya mengaku bersalah"

kerna ego dalam diri adalah dari jenis taknak kalah.

Tanya;
"Saya ini apa untuk awak?"

Kalau dijawab;
"Kawan"

Kenapa terus mahu menari ikut rasa sendiri? Kalau dijawab;

"I'm not ready"

Kenapa duk perasaan yang cinta dia itu kita bakal miliki?

Lelaki;
"Hai sayang.."

Perempuan;
"Hai.. ha? Sayang?? Malu ittew"

Kalau perempuan mahal membalas;
"Sejak bila aku jadi sayang kau?"

Secara siratnya itu adalah harga untuk diri seseorang. Bukan semata layan text dan panggilan sayang, kemudian bila syok sendiri tuding salah;

"Aku tak suka lelaki macam tu"

What?!

Hati bukan semata terpancing dengan harapan. Salahkan orang beri harap, tapi pada masa yang sama layan untuk dibiar harap itu subur dalam hati sendiri.

Cari salah orang itu sama seperti tutup salah sendiri. Bercakap tentang orang sama seperti tersiratnya nak bagitau orang kita ini orang baik-baik.

Ceh--

Mencari kesempurnaan pada manusia, kita hanya akan nampak jahat dia. Baik kita, lupa seolah kita tak pernah kenal. Kerna niat pertama:

"Salah. Salah. Salah."

Kalau kita letak baiknya orang tanpa kita lihat celanya dia, kita akan wujudkan semua orang baik. Dunia ini kalau kita nak cakap salah orang, seolah peluru tu tertembak didada sendiri. Manusia mana yang tak buat salah?

"Aku manusia yang tak sempurna"

Kalau ungkapan itu dilafaz pada bibir sendiri, itu sama saja nak lari dari masalah. Bila berdepan dalam kehidupan, cuba lah berdiri paling depan untuk berhadapan dengan satu perkataan; maaf, boleh kita kawan? - kalau kita benar ditempat yang salah.

Tapi untuk ungkapan itu, jangan mimpi untuk terwujud sekarang. Ego yang nak menang dalam hati tu tebal. Syaitan pun suka bersarang. Bila ego dalam hati taknak bla, hati jadi pendendam. Dendam yang bergenerasi, tak pernah akan sudah. Malah membiak.

Hulur tangan untuk tanda maaf, sekarang ini kita boleh kira. Kerna, diibaratkan jatuh maruah bila hulur maaf apalagi merendah diri terima salah silap.

Tak--

Sekarang semua pun taknak kalah.

Relationship pun terkorban.

Syaitan?

*misi terjaya!*

Dan syaitan telah buktikan, bahwa manusia bagi dia terlalu lemah untuk kawal emosi, apalagi iman.

Horey!

10:39 malam,
9/12/2012


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment