RESTUI
JALAN AKU
Tuhan,
Tolong
mudahkan jalan ini.
Tuhan,
Tolong
rahmati jalan ini.
Agar
rasa ini boleh dikongsi bersama,
Agar
kita boleh merasa RASA yang sama.
Tuhan,
Hanya
kamu.
Restu
jalan aku.
-BSA
Kau
tahu kenapa sampai sekarang kau masih takda kekasih? Sebab Tuhan tahu kau belum
bersedia. Dia mahu kau belajar untuk mencinta. Cinta pada siapa? Cinta pada
diri sendiri! --BSA
Untuk
apa kita suap makan pada mereka yang satu hari nanti akan ungkit setiap budi
yang pernah mereka laburkan pada kita? Lebih baik kita suap dimulut sendiri
tentang bagaimana susahnya hidup sendiri yang selama ini tak pernah diambil
peduli oleh mereka. Makan siang kita, makan malam kita, sarapan pagi kita.
--BSA
Letakkan
aku sebagai LAUT dihati kamu, dan aku akan cuba penuhkan air disetiap penjuru.
--BSA
Kita
tak tahu disebalik musibah ini apa. Cuma kita hanya tahu; orang yang diuji
disayang Tuhan. --BSA
Harga
diri kamu dinilai dari cara kamu menghormati orang --BSA
Tuhan,
nak isteri? --BSA
PILIHAN
TAK TERPILIH ITU MENYAKITKAN
Dalam
jerit jiwaku,
Aku ingin sekali bertanya;
Kenapa aku berada dalam satu persimpangan memilih
sedangkan kau pun tahu berada dalam kotak terpilih itu adalah korban jelas?
Dalam denyutan nadiku,
Aku selalu ingin akhirkan dengan kata;
Aku ingin sekali bertanya;
Kenapa aku berada dalam satu persimpangan memilih
sedangkan kau pun tahu berada dalam kotak terpilih itu adalah korban jelas?
Dalam denyutan nadiku,
Aku selalu ingin akhirkan dengan kata;
Pilihlah
kebahagiaan kau,
walau aku tahu lara aku ini mungkin lama.
walau aku tahu lara aku ini mungkin lama.
Kerna
aku terlalu berhati-hati memberi hati,
Setiap
permulaan.
Aku
simpulkan sedikit harapan: didoakan semoga kau peroleh kebahagiaan yang maha
sepertimana kau kecapi hari ini walau terpaksa korban aku.
Juga
minta kau aminkan secebis doa dari aku; nikmat hidup paling lazat bermula hari
ini, tanpa kau.
3:00
pagi,
8
januari 2012.
--BSA
Kau
boleh 'sayang' aku. Tapi 'sayang' kau, jangan sampai hati aku bisik; aku rindu
kehidupan aku yang dulu. --BSA
tanamkan
dalam hati; jangan menghakimi setiap yang terjadi hanya kerana kita pernah jadi
mangsa keadaan itu. -BSA
simpulkan
bahwa 'kesedihan' yg menimpa ini, adalah terlalu kecil berbanding mereka diluar
sana saban waktu dipukul musibah lebih besar. -BSA
Siram
air cukup waktu, dan aku akan mekar disetiap kau memerlu. -BSA
dan
ianya akan berulang kembali. Kau sentuh dia hari ini, dia juga akan disentuh
lelaki lain kemudian hari. Kejadian itu takkan pernah curang. Dia datang atas
nama KARMA. -BSA
Kadang-kadang
air mata boleh dianggap senjata halus paling bahaya. --BSA
Tuhan
tidak pernah tidur dan selalu berjaga. Minta setiapnya pada dia; Kun Fa Ya Kun
, dengan izinnya! –-BSA
Orang
yang hebat adalah orang yang mengakui kebohongannya. --BSA
Tolong
jawab soalan aku biarpun terpaksa ambil waktu yang lama agar ia tidak berTAPI.
--BSA
Sekarang,
senyum kau telah ikut hari-hari aku. Aku rasa, kau lah satu-satunya orang yang
telah tembak hati aku dengan peluru hidup kau hingga 'ego' aku mati hanya
dengan senyum kau. --BSA
Skrip
jalan Tuhan memang tak pernah duga, diputusnya hari ini dijumpakan besok kepada
orang yang Tuhan kata; itu kau punya. Berkawan 3 bulan, bersama sampai mati.
Kuasa Tuhan, dia yang beri. Bukan bermakna kita bercinta 6 atau 7 tahun itu milik
kita. –-BSA
Aku
mahu, kau dan mereka kongsi rasa yang sama. Dunia ini gila, cinta juga boleh
buat gila. Tapi apa boleh buat, setiap orang pun dapat bahagian yang setiapnya
hampir sama. Jadi ambil tangan kanan, tepuk bahu kiri sendiri; AKU KUAT! –-BSA
Perkara
yang buat aku tersentak dan tertoleh laju; apabila ada orang pakai minyak wangi
kau dan berselisih dengan aku-BSA
Lihat
orang sebelah sekarang. Renung mata dia paling dalam. Terbangkan khayal kasih
dan pengorbanan yang pernah dia laburkan paling ikhlas. Ucap padanya terima
kasih untuk kasih. Ungkapan itu paling mahal tanpa perlu ada hadiah walau
berapa tinggi nilainya. -BSA
Aku
rasa macam nak tumbuk muka kau. Sebab kau punya comel, selalu buat aku
mimpi-mimpi. –-BSA
Lihat
pengorbanannya dulu, sebelum lihat celanya dia. –-BSA
Terkadang
dibenaknya rasa-- indahnya menjadi teman tanpa wujud perasaan cinta. Kerna
dengan rasa itulah mendidik hatinya tidak menjadi-- manja. –-BSA
KEBERANIAN
Yang
menjadikan diri kita terkadang punyai hati yang paling besar saat kita
diciptakan sebagai seorang manusia tidak sempurna seratus persen untuk jadi
seorang yang pemberani. Dan orang sebelah ini, jawapan kenapa keberanian itu
ada. -–BSA
"Awak
janganlah sayu disana, nanti saya tak subur disini..." --BSA
Akan
ada orang yang akan datang untuk ambil kau untuk dimengerti setiapnya kerna
hidup ini perkongsian dua jiwa. --BSA
"you
terlalu baik untuk i... i rasa i tak sesuai untuk you.."
"Kau
ingat aku ini bahan 'percubaan' untuk kau ambil dan tinggal ?"
--BSA
Harapan
itu dibina dengan kata, diranapkan oleh tingkah. --BSA
Sudah
cukup cinta kita pada Tuhan dimana akhir-akhir ini kita terlalu memberi pada
manusia - tapi kita lupa pada dia? Pencipta kita? --BSA
Sikap
manusia kalau ditimbang oleh mereka, akan dilihat salahnya dulu tanpa sedikit
pun kita meletakkan baiknya dia satu ketika dulu. -BSA
"Kalau
hari-hari jumpa awak, boleh potong kaki.."
"Kenapa?"
"Kerana
senyuman awak.."
--BSA
Nikmat
apabila dikongsi setiap yang terjadi berdua. Agar masing-masing tahu; kekuatan
aku adalah kau, dan keberanian kau adalah aku. --BSA
Sayangkan,
peliharakan, pedulikan, cintakan, prihatinkan dulu, pada HATI SENDIRI - bukan
pada orang yang tak pernah peduli, apalagi kesah jiwa kita ini hidup atau mati
? --BSA
Hati
adalah mata pencil berwarna untuk mencorak hidup kita serupa apa. Dan kalau
kita memilih untuk mewarnai mendung, hati kita tetap mendung. --BSA
Andai
satu hari aku serah jiwa kepada kau, aku mohon. Aku mohon jangan kau 'abaikan'
dia. Kerna wujud dia hanya sekali-pada nama seorang manusia. --BSA
Adakah
hadir kau pada aku hanya untuk digantikan ruang sepi seorang lelaki dan
kemudian kau pergi bersama siapa pun kau mahu dan mengantung aku tak bertali
sampai mati ? -–BSA
"Kau
ingat cinta aku ni semudah tahan bas tepi jalan?" --BSA
kalau
aku ini adalah sebutir peluru, aku akan tepat kearah hati kamu. Biar hati kamu
jatuh dan terus mencari penembaknya: AKU. --BSA
kesempurnaan
wanita adalah berhijab. -–BSA
Menangislah
semahu yang ada kalau itu adalah cara berkesan untuk dilepaskan segala yang
tersirat walau tanpa ada yang sudi untuk disapukan setiap yang mengalir walau
berbaldi turunnya air mata kita. --BSA
untuk
apa kita suap makan pada mereka yang satu hari nanti akan ungkit setiap budi
yang pernah mereka labur pada kita. Lebih baik kita suap dimulut sendiri
tentang bagaimana susahnya hidup sendiri yang selama ini tak pernah diambil
peduli oleh mereka. Makan siang kita, makan malam kita, sarapan pagi kita.
--BSA
Kalau
hati aku ingin berjalan, dia akan menahan BAS di perhentian hati kamu. Kerna
bagi aku, kemana-mana saja dengan kamu, adalah kesempurnaan. --BSA
Terima
buat mereka yang ada untuk warnai setiap sudut cerita hidup saya. Bulan Januari
ini saya jadi kebal untuk jadi orang yang paling sibuk cari aktiviti untuk diri
saya agar hati saya ini terhibur dengan setiap inci yang terbentang.
Buat
pembaca blog BSA, terima kasih kerna lawat ruang saya disini. Tinggal komen,
tulis email, add di facebook dan mari kita berteman. Mari berkongsi rasa dunia
gila bersama. Kalian hebat kerna berani dalam lawan dunia yang saban waktu
pernuh dengan masalah yang menggila. Tahniah buat mereka yang sambut setiap
yang sukar itu dengan senyuman. Itu sudah cukup hebat!
Buat
kalian, terima kasih lagi. Semoga Februari esok hari hadir dengan lebih banyak
tawa dari duka. InsyaAllah.
JANUARI,
2011.
No comments:
Post a Comment