Friday, 5 October 2012

Catatan Seorang Lelaki Kesepian

Aku rasa kalau aku terus macam ni, aku boleh jadi gila.

Dah lama aku tak bercinta. Dalam hidup aku, aku rindu untuk berkasih sayang. Dalam erti kata lain, seperti mereka diluar sana.

Aku rasa bosan. Sampai satu tahap tu, setiap notification facebook yang perempuan hantar; "hai" secara tak langsung otak aku berkerja dengan ungkapan; alamak, dia mesti suka aku.

Hmmm,

Kali terakhir aku bercinta, 13 hari lepas. Sesuatu yang paling lama pernah aku lalui. Kami putus cinta sebab aku selalu bangun lambat. Sarapan pagi aku adalah pukul 12 tengah hari.

Maklumlah, untuk seorang pelajar kolej yang tegar belajar, itu adalah waktu paling awal aku bangun dari tidur setelah malam itu aku berkejar untuk assignment kolej yang berlambak.

Sekarang, aku menjadi penanti yang paling setia. Aku teringin nak nonton movie sambil suap-suap pop corn sampai terkena hidung, duduk depan air pancut di Klcc yang co cweettttt, atau pergi makan malam bersama di food court.

Untuk berkasih, aku suka makan berkongsi. Selain boleh jimat belanja, itu adalah satu nilai romantis pada setiap perhubungan.

Aku bukan orang kaya. Biaya untuk bercinta itu tinggi. Topup je sebulan RM50. Belum jajan-jajan dia lagi. Nak-nak yang suka coklat. Tax untuk coklat mahal. Itu belum tengok movie, makan, tambang bas, Kalau tak berkongsi, sampai bila-bila pun tak boleh menyimpan. Kan?

Nak tahu tips untuk tidak lapar macam mana? Lepas makan berkongsi, waktu pulang adalah waktu untuk aku nikmati makanan yang ada. Buka almari dapur. Kalau macam aku, hidup bujang. Tak boleh lari dari meggi.

Aku jaguh masak meggi tau. Meggi goreng pataya adalah kegemaran aku sendiri. Sebab rasanya sangat lip lap lip lap anak mami.

Tapi, bila aku bagi kucing aku makan, dia tak lalu. Samaada dia tak selera, atau dia dah putus cinta dengan kucing sebelah rumah aku. Sebab dah 3 hari kucing aku duduk dalam bilik sambil pandang awan dekat tingkap. Konon awan tu boleh berbicara lah kan?

Ok, Lepas dapat makan meggi goreng pataya tadi, aku bahagia sekali. Sebab aku dapat cover lapar waktu makan kongsi tadi bersama kekasih aku.

Aku rasa, tingkah ini mesti dalam senarai point yang dia letak dalam perpisahan kami. Selain bangun tidur lambat, aku jarang belanja dia makan. Kali terakhir aku belanja dia makan, waktu member aku kawin. Itu pun makan nasi minyak dengan ayam masak merah dan sedikit sayur nenas. Air pulak, sirap extra limau.

Sekarang, aku dah single. Bila single, aku selalu merasakan akulah yang paling kacak sekali kat kolej. Sebab di kolej ada regular perempuan yang selalu pandang aku kat cafe. Tahulah bila single, tambah pulak kacak, otak aku selalu beri keputusan yang perempuan itu suka aku. Macam notification facebook tu!

Oleh kerana si regular tu pandang aku, aku buat muka sombong. Ego sikit. Maklumlah, kacaklah katakan. Padahal yang mereka pandang dan senyum-senyum tu sebenarnya mereka tengok ketiak basah aku.

Itu pun aku perasan saat aku nak betulkan rambut depan aku dan tiba-tiba aku selak tepi; mashaAllah. Nak tunggu bas, lama. Aku lebih rela jalan kaki. Jauh sikit je pun. Tapi itu lah, dapat perhatian.

Dekat kolej, aku suka tengok seorang perempuan ni. Kalau dia make-up sebijik macam artis. Tapi, bila aku fikir-fikir, kalau dia jadi awek aku, duit PTPTN aku mesti macam air. Kalau aku kerja part time sekali pun, duit gaji sebulan aku boleh habis dalam masa satu hari.

Perempuan yang aku maksudkan tu, anak Dato Kamil. Suraya namanya. Bunyi 'anak Dato Kamil' tu, macam aku ni stok tak sedar diri kan? Tapi cinta itu buta, dan dia pun selalu senyum kat aku tiap kali aku masuk kelas. Ke aku je yang perasan? Opst! Sorry sikit ok, bukan ketiak basah. Aku selalu akan pastikan ia kering waktu aku masuk kelas dengan suraya.

Suraya cantik. Dari atas sampai bawah jaga penampilan. Dari rambut sampai kuku. Kuku? Kadang-kadang aku rasa takut untuk itu. Sebab aku dapat bayangkan bila mak aku jemput dia untuk open house hari raya. Macam mana dia nak basuh pinggan? Sedangkan makan pisang goreng pun pakai garfu sebab tak nak minyak-minyak. Inikan pulak bila suruh basuh kuali kari kambing.

Aku terfikir, agak-agak apalah alasan yang dia nak bagi saat mak aku uji dia untuk basuh kuali tu. Lepas tu tolong untuk tukar lampin adik aku yang selalu tak ikut time bila dia nak tut tutt..

Tapi takpa lah. Bukan aku heran pun. Sebab bukan itu yang aku nak. Aku cuma nak girlfriend yang boleh terima aku seadanya. Contohnya, bangun tengah hari.

Cuba tengok aku. Tak memilih kan? Kan? Tapi, itu pun kekasih aku tak hargai aku lagi. Sanggup mintak putus.

Aku selalu berdoa untuk aku cepat habis belajar walau aku tahu dunia pekerjaan itu gila. Bangun jam 5 pagi, pulang lewat malam. Bila masa pulak nak bercinta kan?

Mmm, takpa. Bak kata BSA, buat apa bersedih pada jalan yang tertulis? Kan? Jadi aku redhakan jelah apa pun yang terbentang. Kan?

Dengan itu, aku berhenti dulu Catatan Seorang Lelaki Kesepian ini. InsyaAllah kalau ada kesempatan, aku akan menulis untuk catatan kedua.

*TUT... Satu notification facebook masuk.*

Eh, oklah aku nak reply hai dari seorang perempuan ni. Aku rasa, dia suka aku.

Ok, Bye!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment