Monday, 16 July 2012

Rama-rama itu diciptakan untuk terbang


RT @kutipanfilm "cinta itu seperti kupu-kupu. kalau dikejar semakin lari. tapi kalau dicuekin dia pasti akan datang sendiri"-butterfly

Dia disitu tersungkur memegang talifon bimbitnya sambil mengharapkan-- bunyi. 

Bisik hati kecilnya; Hey kau dimana, kenapa tak khabarkan berita? 

Sungguh benci baginya menjadi diri sendiri walau berkali-kali dia memesan pada hati; kau tak penat kah bermain emosi? 

Bukan maksudnya untuk dia jadi seorang yang cemburu. Kerna baginya kasih sayang yang terlahir dari hati adalah tulus tiada niat untuk mengekangi. 

Entah kenapa wujudnya perasaan ini tak pernah terdetik pun dia terfikir untuk jadi begini-- pencemburu. 

Terkadang dibenaknya rasa-- indahnya menjadi teman tanpa wujud perasaan cinta. Kerna dengan rasa itulah mendidik hatinya tidak menjadi-- manja. Lalu apa pun tingkah dari lelakinya semua tidak kena. 

Apalagi hari demi hari tanpa dia sedari tingkahnya sudah mengawal sehingga ditelanjangi seluruh password laman maya lelakinya seolah lelakinya tiada privacy. 

Tapi walau apa pun tingkah darinya, lelakinya tetap kata; tak mengapa. Terkalahkan dengan rasa sayang dan cinta menebal. 

Ditanya lagi oleh dia; hey ini perempuan mana? Maka berkelahi lagi mereka dengan emosi yang tak sudah-- cemburu buta. 

Lelakinya nampak tenang walau sikit-sikit hatinya berbisik; aku bosan kalau terus begini. Bukan semuanya hidup ini hanya untuk perempuannya. 

Emosi berdua tak pernah ada 'sudah' kerna perempuannya seolah menyimpan rama-rama didalam botol walau ciptaan Tuhan itu dicipta untuk terbang. 

Dia tidak pernah menyadari sikapnya itu kerna dunianya diberikan kepada lelakinya dan mengharapkan benda sama. Itu salah! 

Dan hingga disatu saat lelaki itu merasa; maaf aku sudah kalah. Dan aku hilang rasa. Buatlah apa, lelakinya sudah tidak merasa. 

Apakah kau terus mau bermain buai - siang malam tidak henti berbuai? Dan terus menyimpan rama-rama didalam botol tanpa mempercayai bahwa-- terbang kemana pun, kau akan kembali pada aku? 

Atau kau terus bermain emosi hingga pihak lelaki merasakan rasa itu sudah tidak ada baru kau fikir-- Sesal ? 


3:14 pagi, 
26 Ogos 2011.

NOTA: Entri ini bukan menghukum satu pihak. lelaki dan perempuan sama. jangan terlalu diikat. kerna cinta ini bermain rasa. cuma bezanya lelaki lebih cepat melihat yang lain manakala perempuan lebih memilih untuk sabar walau serabak mana hatinya berkecai--tapi satu tahap 'ranap' juga kerana merasa tersiksa dan melepas rasa itu. cinta ini bukan untuk diikat tapi dipelihara. baja dengan benih dan siram ia selalu. kerna cinta bukan untuk kita miliki selamanya-- kita hanya mampu merasa.

Harga


Lelaki kan?
Tak boleh tengok perempuan cantik. Apalagi bila takda kekasih, punya laju dia hulur hati.

"I love you"

Untuk perempuan, cuba tanya: diri sendiri nombor berapa?

Murah harga cinta untuk lelaki hanya kerana perempuan itu tak ada siapa. Sebagai tanda, perempuan itu dicop-- AKU PUNYA.

Kalau perempuan itu dah ada kekasih;

" I miss you"

Ungkap rindu sekadar teman, tapi niat lain kalau-kalau boleh buat skandal.

Capai talifon bimbit,
text perempuan;


hai sayang. You tengah buat apa?

Tak ada ikatan. Panggil orang sayang-sayang. Ludah untuk kata 'I miss you' tinggi-tinggi , bila rasa tak suka: DIAMKAN DIRI.

Itu lelaki.
Hulur apa-apa, beri itu ini. Penipu kalau kata; ini saya beri tanda sebagai kawan!

Mentang-mentang ada duit lebih sikit, beli-beli. Duit makan dikatanya; takpa. I belanja.

Jijik. Semurah itu.

Kalau si perempuan itu ada kekasih, si lelaki cakap; eh, I just nak kawan dengan you. Kemudian bila perempuan itu ada krisis dalam perhubungan dengan bf nya lelaki ini cakap; no matter what, I'm with you.

Apakah?

Dan, bila perempuan mengadu pada lelaki itu yang bf dia sekarang seolah tidak mengerti dan fahami dia, terus lelaki itu; takpa. I faham. I kan ada ?

Apa ni?

Lepas tu, bersembang malam-malam semata ingin tunjukkan perhatian dengan dialog;are you okay? Dan kemudian bila si perempuan kata dia ada masalah mula dia kata macam ini; no matter what, I'm with you.

Sekali lagi, apakah?

Bagi hati diberi pada perempuan tanpa fahami makna cinta selari dengan dirinya, bila sudah miliki hati perempuan itu, dan tahu bahwa perempuan itu tak seperti yang dia mahu; TINGGAL.

Dan alasan paling popular; AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA.

Semudah itu.

Ingat hati manusia ini diperdagangkan hanya dengan rasa? Kalau kita mahu, ambil. Akhir jalan kalau kita sudah jemu, kesimpulannya; mungkin kita takda jodoh.

Tak faham, ingat manusia ini diciptakan bodoh?

Yang nak di kejar cepat-cepat untuk berkasih ini untuk apa? Duit dalam bank dah cukup untuk 7 dulang hantaran? Kenduri dua pihak belah lelaki perempuan cukup tanpa loan?

Jadi lelaki, biar mahal.
Jadi lelaki, biar nampak tak hadap dengan apa-apa.

Lebih gagah, jalan sendirian.
Lebih kuat, hadap sendirian.

Jadi perempuan, biar tinggi pilihnya.
Jadi perempuan, biar tak ternilai harganya.

Jadi manusia, biar takda harta.
Jadi orang, biar tak meminta.

Tapi nak buat macam mana? Bila manja mengada lebih dari hati yang mahu. Rasa sunyi dalam hati, sikit-sikit ajak tengok wayang.

Lelaki,
adakah wayang itu tempat segala titik bermula?

Perempuan,
Kenapa? Persoalan adakah setiap rasa ini adalah sesuatu yang boleh diletak dengan 'harga' bukan bahagia. Dan bila tak mampu untuk beri kebahagiaan dengan benda, cari lelaki lain. Semata untuk kata pada hati sendiri juga mereka: AKU ADA.

Lelaki,
Kenapa? Adakah setiap yang kosong itu adalah cinta? Adakah bangun pagi kita semata hati ini kosong tak dijaga? Pantang nampak perempuan yang statusnya tidak ada siapa, dipanggilnya;

"Sayang, sayang, sayang"
"I miss you, I miss you, I miss you"


Takpa difikir, sebenarnya kita sudah tak hormat dia. Atau, cuba fikir seluasnya pada diri sendiri bahwa sebenarnya adalah murah harganya beri hati pada manusia.

Untuk perempuan, belajar untuk jadi mahal untuk lelaki.
Untuk lelaki, jangan terlalu memberi.

salah beri, JIJIK!

1.22 pagi,
17 April 2012.

Makna hidup

Seorang lelaki duduk bertemankan kopi. Diluar warung hujan hebat. Bisik hatinya bahwa hujan petang ini seolah mengerti. 

Tuhan, aku mahu isteri. Seorang wanita yang mengerti setiap yang dilalui lelaki. Apa pun liku, bagaimana pun payah, adalah satu; bersama. 

Puas dirinya tanya; adakah sedayanya aku mampu untuk tahan gelora pengertian? Sedang diri sendiri masih lagi sapu titis-titis darah yang tak berhenti mengalir dengan tingkah manusia. Sejujurnya; sampai bila? 

Tuhan, aku mahu cari jalan ending. Getus lelaki itu sambil duduk memerhati orang lalu lalang. Tetapi semakin dicari, jalan akhir itu ditemukan banyak perhentian. 

Hingga dipertemukan satu cahaya, lalu pergi. Diganti dengan pelangi, kemudian hilang. Diciptakan salji, tapi tak selamanya bersama. Adalah kepastian setiap yang jadi itu bermusim. 

Tuhan, terima kasih menemukan waktu. Dalam diam tanpa buru-buru. Kerna jalan ini adalah seperti putus tulisan mu, hidup ini pusingnya kemana jauh pun akan menemukan itu-- Makna. 

Persoalan yang diumpamakan layang-layang. Menarik dan ditarik. Jauh tapi kita masih nampak. Dekat, tapi kita mahu dia terbang. 

Apalah makna hidup tanpa pengertian. Apalah makna setiapnya itu dilalui hanya sendirian. Tapi apabila memikirkan lazatnya nikmat apabila berkongsi, difikir pula; siapa yang sudi? 

Cerita untuk hidup bersama memang indah. Tapi berapa orang yang mahu? Persoalan dalam diri lelaki itu sendiri; manusia kenapa sukar diangkat untuk percaya? Setelah semuanya itu tidak kekal lama, setelah setiapnya itu dikhianati atas nama manusia. 

Tuhan, aku percaya masa itu tiba. Diganti derita titis-titis luka angkara manusia itu tak selamanya basah. Satu masa kering dengan bahagia yang dijanjikan kalau bukan didunia, diakhirat tentu ada. 

Satu masa, tertoleh dibelakang tentang luka, bilang juga pada mereka yang mengalami nasib yang sama; Janji Tuhan ada. 

Hidup kecewanya terlalu. Tapi lepas kita lalu, kita senyum hanya kerana Tuhan mahu duga; 

'manusia atas ciptaannya' 


6:40 petang, 
18 April 2012.

Dan dia tetap pasangan hidup kau!


Alangkah indahnya jika 'kasih dan cinta' sang perempuan itu kita boleh lahirkan setelah dikandungkan diperut seorang lelaki sembilan bulan lengkap tanpa ada istilah; rasa.


Ditiupkan pada hati seorang perempuan dengan lafaz; walau berkelahinya kau dan aku, kita tetap pasangan hidup! Ikatan rasmi sampai mati.

Umpama si ibu dan si bapa membesarkan anak mereka. Walau bertengkar sebagaimana keras pun, mereka tetap ibu dan bapa kita.

maka, terbit lah pepatah; air yang dicincang takkan putus. yang hanya boleh memisahkan pertalian adalah mati bukan rasa.

8:15 malam,
7 Ogos 2011

Kasih, terima kasih untuk kasih.


Disaat pasangan kalian masih lagi boleh melafaz; sama-sama. Jangan putus untuk kau ungkap kata; Terima Kasih. Setiap hari.

Kerna jika satu saat dia sudah tidak terdaya untuk membalas; sama-sama. Sekurang-kurangnya semalam kau sudah ungkap kata; terima kasih.

Walau dibalas dalam kudrat hati; sama-sama. Kalau kita rapatkan telinga untuk didengarkan apa yang cuba disampaikan saat dia tak termampu dan tak terdaya, itu adalah rasa sesal yang tak terperi.

Hargai setiapnya. Kerna manusia ini akan menghargai orang yang telah mati berbanding orang yang sedang bernafas, kini dan sekarang.

NOTA: Untuk sesiapa yang pernah luang waktu untuk setiapnya mendegar keluh kesah aku, 'Terima Kasih'. Maafkan aku jika aku pernah menjadi orang yang terlalu sibuk dan sering menganggu emosi kau, kau dan kau. kerna aku juga manusia biasa yang tidak terkecuali beremosi dan ingin berkasih.

4:09 pagi,
23 September 2011.


klik: SINI

Egois

Memang aku ego. 

Memang aku gagahkan diri lawan untuk rasa mahu. Kerna sudah terlalu lama aku dibuai dengan rasa dibantu, hingga disatu saat aku rasa terdidik manja dengan keadaan itu.

Hilang pun takapa,
Sepertinya ini bukan yang pertama.

Biar aku sendiri. 
Biar aku belajar bagaimana cara untuk berdiri. Andai dunia hukum aku lagi, sekurang-kurangnya aku boleh bangun sendiri.

Kutip setiap rasa yang terjatuh,
Belai setiap rasa yang tak dipeduli,
Sapu tetes-tetes darah hingga satu hari dipertemukan dengan kering, walau tanpa seorang pun yang ingin iring.

Hingga dipertemukan dengan pulih. Dengan cara bagaimana? Dengan cara pertama kali aku terjatuh ditinggal orang tepi dulu. 

Bangun dengan sendiri tanpa tidak lagi mempersoal KENAPA? Malah jerit kuat-kuat hingga tertembak didada dengan ungkapan; TAK APA! TUHAN ADA!

1:03 pagi,
25 April 2012.



klik: SINI

Senyum walau setewas mana, percaya kita telah menang!

Senyum, 

Walau orang-orang tepi kau sedang bisik yang kau ini seorang yang tidak membina. Bisik dalam hati; aku manusia biasa. 

Senyum, 

Bila orang memperkecilkan diri kau sambil dialogkan dalam hati; hidup adalah dunia aku. Bukan kau! 

Senyum, 

Bila orang memperkeleh setiap butir kata dan idea yang kau usulkan biarpun diketawakan, bisik dalam hati; berapa buah buku yang kau baca dalam masa sebulan? 

Senyum, 

Bila orang tidak menyakini kau itu siapa. Biar. Biar mereka yang benar mengenali kita menyampaikan pada orang-orang yang yakin tadi, kau sebenarnya siapa. 

Senyum, 

Bila kau rasa sunyi sepi mendesak. Sambil bisik dalam hati; aku tak perlu jaga hati orang yang aku sendiri tak pasti adakah dia akan jadi seseorang dalam hidup aku hingga setiapnya aku terluka hanya kerana ingin jaga hati dia. 

Senyum, 

Dengan kesilapan diri sendiri sambil bisik dalam hati; kita mungkin tidak mengenali, tanpa kesilapan ini. 

Senyum, 

Bila dikatakan orang kita gagal sambil bisik dalam hati; sekurang-kurangnya kita mencuba dari orang diluar sana yang tidak berhenti mengata. 

Senyum, 

Dengan setiap kejadian yang kadang-kadang datang dengan kejutan gila. Sebesar mana ujian yang datang, Tuhan sayang. Kata dalam hati; aku tersenarai dalam senarai Tuhan uji. 

Senyum, 

Dengan kehilangan orang yang kita pernah siram kasih, sandarkan harap, cintakan sepenuh hati sambil bisik dalam hati; aku tidak pernah rugi, kasih aku tinggi. Dan ya, orang yang ikhlas dalam relationship diluar sana boleh kira. BOLEH KIRA! 

Senyum, 

Sambil lepaskan seluruh gundah yang bermain disetiap penjuru pikiran kita dengan jerit; biar kita kalah dimata mereka, janji menang dihati sendiri. 

Senyumlah hanya kerana kita sendiri mengenali hati kita. Bukan mereka. Bukan! 

9:54 malam, 
6 May 2012.