Tuesday, 24 April 2012

Percintaan

Dipermulaan;
"I cintakan you sangat-sangat. I tak tahu macam mana I nak hidup tanpa you.."

Dipertengahan;
"I rindu you yang dulu.."

Diperhujung waktu bila kita jalinkan relationship paling jujur diakhirkan dengan;
"I rasa i tak sesuai dengan you. You terlalu baik untuk i.."

Bila tak jujur dicemuhnya;
"Sampai hati you buat i.."

Bila jemu, jawapan paling akhir adalah;
"Mungkin kita takda jodoh.."

Untuk jaga hati;
"Walaupun kita takda jodoh, i tetap nak jadi kawan baik you sampai bila-bila"

Kemudian,

Setengah jalan tak sampai beberapa bulan: BERCINTA DENGAN YANG LAIN.

Kemudian,

dimulakan lagi dengan permulaan semula seperti diatas.

Ulang berulang kali sampailah kita jumpa suami/isteri untuk journey paling hebat ini. Dunia bercinta sebelum kahwin.

2:45 petang,
25 April 2012.

GURU

Guru,

Setiap satu kapur,
Tertulis pertama dihatimu adalah;
Aku mahu mendidik.

Disetiap pagi,
Saban hari.

Guru,

Tanpa jemu,
Tanpa rasa tidak mahu,
Aku tahu setiapnya yang dididik,
Bisik hatimu;
Ia perlu--

Guru,

Hari ini adalah alasan dari mana ia bermula,
Dari sebatang kapur,
Di setiap bisik hatimu;
Perlu--

Pembimbing sejati,
Tulus disampaikan disetiap hati
Seluruhnya;

'Menjadikan seorang aku'

-BSA

Tumpahkan rasa, walau dimana.

dan bila blackberry aku telah tamat riwayat baterinya, aku jadi seperti ini. Tulis disetiap kepingan kertas, dimana-mana.

Monday, 23 April 2012

"kau berdiri kat depan tu dengan harapan: JODOH la kononnya? - Kau Senyum2 tak nampak gigi tu simpulkan: comel lah harapnya?" --BSA
"Bila hati aku tengah kaya cinta, kau taknak menagih. Bila aku dah miskin kasih, baru kau nak tagih.." --BSA
"Lebih baik saya jadi blackberry dari jadi kekasih awak..." --BSA

Sunday, 22 April 2012

"macam kertas. Kalau dah remuk, susah nak jadikan balik macam pertama kali. Pertama kali, waktu aku bagi.." --BSA