Tuesday, 15 May 2012

Lelaki kalau mahu diuji, cuba datang lambat waktu dating. Kalau dia maki, itu tanda dia sudah mula tawar hati. --BSA

Sunday, 13 May 2012

Alasan kenapa aku tak boleh lupakanmu - kerana tiap tidur malamku, adalah sambungan mimpi semalam. Iaitu cinta pertamaku; kamu. --BSA

Saturday, 12 May 2012

Menangis pada yang satu (TUHAN) , kuat pada yang seribu (MANUSIA) --BSA

Selain air mata, kata-kata juga adalah senjata halus berbahaya. --BSA

Thursday, 10 May 2012

Kita menjauh kerana dunia, kita mendekat kerana akhirat. --BSA

Monday, 7 May 2012

Kebahagiaan dalam perhubungan adalah mengenali. Bagaimana dia, cara dia, watak dia, pegangan dia - dan dalam mengenali, kita akan menemui rasa: Iaitu kebahagiaan. --BSA

Sunday, 6 May 2012

KEBAHAGIAAN


Suhaila Abu Bakar,

untuk lalu itu payah,
untuk jalan bertangga-tangga itu perlu gagah.

percaya, 
ini bersebab.

satu saat akan pertemukan dengan hikmah,
adalah janji dimana Tuhan telah janji iaitu;

KEBAHAGIAAN selepas terjatuh.