Monday, 7 May 2012
Sunday, 6 May 2012
KEBAHAGIAAN
Tuesday, 24 April 2012
Percintaan
"I cintakan you sangat-sangat. I tak tahu macam mana I nak hidup tanpa you.."
Dipertengahan;
"I rindu you yang dulu.."
Diperhujung waktu bila kita jalinkan relationship paling jujur diakhirkan dengan;
"I rasa i tak sesuai dengan you. You terlalu baik untuk i.."
Bila tak jujur dicemuhnya;
"Sampai hati you buat i.."
Bila jemu, jawapan paling akhir adalah;
"Mungkin kita takda jodoh.."
Untuk jaga hati;
"Walaupun kita takda jodoh, i tetap nak jadi kawan baik you sampai bila-bila"
Kemudian,
Setengah jalan tak sampai beberapa bulan: BERCINTA DENGAN YANG LAIN.
Kemudian,
dimulakan lagi dengan permulaan semula seperti diatas.
Ulang berulang kali sampailah kita jumpa suami/isteri untuk journey paling hebat ini. Dunia bercinta sebelum kahwin.
2:45 petang,
25 April 2012.
GURU
Setiap satu kapur,
Tertulis pertama dihatimu adalah;
Aku mahu mendidik.
Disetiap pagi,
Saban hari.
Guru,
Tanpa jemu,
Tanpa rasa tidak mahu,
Aku tahu setiapnya yang dididik,
Bisik hatimu;
Ia perlu--
Guru,
Hari ini adalah alasan dari mana ia bermula,
Dari sebatang kapur,
Di setiap bisik hatimu;
Perlu--
Pembimbing sejati,
Tulus disampaikan disetiap hati
Seluruhnya;
'Menjadikan seorang aku'
-BSA